Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 21, 2015

Catatan pertama dan terakhir 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama tidak merayau dan merapu dalam dunia blogging.  Tahun ini langsung tiada sebarang entri. Rasanya perlu untuk meninggal sedikit catatan walaupun satu untuk tahun ini.

Sebenarnya bukanlah sangat tentang kesibukan yang menghalang utk merapu tapi rasanya lebih kepada kemalasan.  Semangat berblog itu sudah mengendur berbanding pada awal trend kehangatannya.  Nampak dari gayanya bukan blog sendiri yang kendur tetapi blog-blog yang diikuti juga kelihatan semakin jarang dikemaskini.  Mungkin mereka ada alasan tersendiri.

Mudah-mudahan tahun mendatang membangkitkan semula semangat itu.  Semangat untuk meluahkan apa yang dirasa,  apa yang dialami,  atau apa yanh dilihat,  diperhatikan.

Juga mengharapkan tahun 2016 tidak terlalu 'menjerut'  walau hakikatnya sukar sekali.

Selamat tahun 2016. Semoga kehidupan kita semua masih boleh berjalan lancar. 

No comments: