Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 2, 2016

Selamat Tahun Baru

Salam Tahun Baru.

Semalam adalah hari untuk mengeratkan silaturahim. Hidup bukan hanya berlegar tentang diri kita. Kita perlukan orang sekeliling dalam membantu kehidupan kita. Yang paling pentingnya silaturahim adalah di hari kematian kita. Kita tidak boleh menguruskan kematian sendiri tanpa pertolongan orang lain. Kerana waktu itu kita sudah terbujur kaku.

So hidup tidak boleh sombong. Jemputan wajib dipenuhi, Jangan memilih-milih, .Dia bukan kawan aku. Malas la nak gi.....Tak mahu la bercampur dengan orang lain. 

Hellooooooo......jadilah anda kera sumbang kalau tak mahu bergaul dengan orang lain. Telefon di tangan anda 24 jam tak boleh menolong anda di saat kesusahan. Jadi......cuba-cubalah  campak telefon tu jauh-jauh di saat bertemu sahabat, kawan-kawan dan saudara mara. Berinteraksi la secara mesra face to face dengan mereka di saat kita masih ada mereka. Di saat mereka masih ada kita. Tinggallah kenangan manis kita dengan masyarakat luar kerana mereka biasa membantu kita di alam sana di saat mereka beramai-ramai  meyembahyangkan kita, di saat mereka beramai-ramai menceritakan kebaikan kita, di saat mereka beramai-ramai menyedekahkan AlFatihah kerana merindui ringan tulang kita ketika bersama mereka dahulu. 

Allahuakbar! Tulisan ini juga bertujuan menyedarkan diri sendiri betapa hidup ini pun tidak lama. Di tahun baru, di saat masih dipanjangkan umur mencecah hari ke dua tahun baru. Azam baru, tekad baru walaupun matlamat yang sama....Pengabdian diri untukMu, pergantungan hanya kepadaMu.......

No comments: