Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2016

Me time

Me time.  Sangat perlu.  Tak kira la isteri itu surirumah tangga atau bekerja.  Urusan rumah tidak pernah selesai biarpun hanya duduk rumah 24 jam bagi surirumah tangga.  Apatah lagi kalau wanita itu juga bekerja.  Sama-sama mencari sesuap rezeki untuk kukuhkan ekonomi keluarga.  5 @ 6 hari  seminggu penat dengan urusan kerja.  Selesai masa kerja rasmi,  bersambung lagi urusan tidak rasmi di rumah.  Tidak sempat pun merebahkan badan waima seminit dua,  terus menyingsing lengan bersilat di dapur.  Si suami balik rumah terus mengadap tv.  Penat kerja katanya...... Elllooooo cik suami...... Isteri kamu tu robot? Tak reti penat? Kalau rasa isteri tu manusia,  maknanya dia pun penat.  Jadiiiii..... Apa la salahnya tolong apa2 yang patut.  Sama2 penat uruskan rumah kerana sama2  penat juga mencari duit untuk keluarga.  Tapi kalau rasa tak mau menolong,  then biarlah isteri di rumah.  Biarlah dia penat di rumah je..... Tapi mampukah jadi sole breadwinner di zaman sekarang?

Tolonglah apa saja kerja yang boleh meringankan beban isterimu biarpun kamu fikir isterimu mampu menyelesaikannya...... Tolonglah ringankan bebanannya setiap hari bukan hanya pada masa kamu ada mood untuk menolongnya...... Senangkan isteri kerana akhirnya hasil kesenangan itu akan kamu perolehi juga wahai sang suami.  Paling tidak pun keceriaan di wajah isteri kerana dia mempunyai sedikit masa untuk dirinya setiap hari.

Bagi lah 'me time'  pada isterimu at least sebulan sekali.  Kalau tidak pun,  setahun 4 @ 5 kali.  Untuk isterimu recharge kembali tenaganya.  Bagi ruang untuk dia melayan dirinya tanpa dibebani dengan tugasan rumah untuk sehari dalam beberapa kali setahun.  Bagilah isterimu berbuat apa sahaja yg disukainya dalam masa yang sama sang suami bersama anak2 memberesi semua urusan rumah.  Jangan lagi isteri dibebani dgn tugasan rmh yang berlonggok tatkala dia selesai dgn ' me time'  nya.  Percayalah....... Biarpun ibu memerlukan 'me time', dia takkan betah meninggalkan suami dan anak2  berlama-lamaan. Kerana syurga dunia baginya  adalah ketika bersama suami dan anak-anaknya.

No comments: