Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 9, 2016

MacGyver

Satu siri televisyen yang pernah ditayangkan pada tahun 1985. Sesiapa yg lahir tahun 70an tahu la cerita ni tentang apa.  Satu series yang sentiasa dinantikan saban minggu oleh aku,  kakak dan arwah Wan. Apa yang membuatkan kami tertarik dengan series ini adalah kerana terkagum dengan kepandaian pelakon utamanya iaitu Richard Dean Anderson dalam menggunakan medium persekitarannya sebagai alat menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Oh....part kehenseman dia tu penambah kesukaan aku pada series ni la......Alaaa....remaja masa tu kan.......di mataku dia hensem la......ngeh..ngeh

Apabila Astro Hits diperkenalkan, channel ini menyiarkan khusus cerita-cerita lama zaman kanak-kanak dulu. Dan selalu sangat aku merungut bila la series MacGyver akan disiarkan dalam Hits. Rupanya dalam tak sedar series sudah 18 episod Season 1 ditayangkan dalam Astro Hits bila aku mulai menyedarinya. Itupun sebab tertekan channel ini tanpa sengaja. Rugi betulkan....tapi tu lah aku bukanlah selalu ada masa mengadap tv. 

Series ini pun sekarang hanya direkod terlebih dahulu sebelum ada masa untuk menontonnya. Syukur ada kemudahan rekod ni. Kalau tak, memang tak berpeluang la....kihkih

Ada satu series yang aku teringin menontonnya semula....iaitu ' Little House On The Prairie '. Kisah gadis kecil bernama Laura bersama keluarganya di sebuah ladang. Harap Astro mendengar cetusan hatiku......kahkah

Kita tunggu ye...mana la tau kan...sebab series ni pun agak femes la masa aku kecik dulu....Harapan menjadi kenyataan.

No comments: