Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Hannah. Show all posts
Showing posts with label Hannah. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Apabila Kakak Hannah ke dapur...

Cuti pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yg DiPertuan Agong  rabu lalu hanya dihabiskan di rumah. So, masak dan makan je la kerjanya. Ahad lalu ke pasar membeli ikan siakap. Dah lama tak makan, rasa teringin lak siakap stim. Ntah macam mana si Kakak Hannah rajin lak nak menolong. So bagi can je la. Kan sekat kerajinannya kan, lain kali tak mahu menolong lagi kan aku gak yang haru kan. Sambil mata memantau....dan mengarah..hehehehehehe.

Jom layan gambar sambil bercerita....


 Khusyuk memotong bawang putih. Tu.....sayur di depannya yang sudah dipotong. 
Eh...kenapa Hannah kelihatannya begitu tinggi? Hehehehehee......krn berdiri di atas kerusi mainannya......klu tak, takde dapatnya nak memotong2 di atas kabinet dapur tu.......
( sila buat2 tak nampak ketidakkemasan dapurku itu...kihkihkhi)

 Yang ni pun mahu dipotong. Kasi can je la....sudahnya......

 Mengesat air mata....ngeh...ngeh...ngeh....(kijamkah aku?)

 Masukkan semua bahan dipotong ke dalam bekas untuk memerap ikan seketika...sos tiram

 Sos ikan

 dan sedikit garam

Proses melumur dan mensebatikan ikan itu disudahkan olehku...takut lak tangannya kepijaran nanti dengan cili2 yang ada tu.....namun proses menstimnya lupa pulak nak disnapkan gambarnya. Tapi sama je la kan sesape pun bila menstimkan ikan....ngeh...ngeh

Dah siap!!! Silalah jemput makan...nyummmm....nyummm...

Friday, December 30, 2011

Orientasi SK Taman Nirwana

Selamat bersiaran kembali. Beberapa hari menyepi. sibuk dengan meeting sejak hari Selasa. Sekolah dah mula nak dibuka. So penamat tahun 2011, guru2 la meeting dulu. Hari ni pendaftaran dan orientasi ting 1 di sekolah. Tapi aku minta excuse sbb anak aku pun nak didaftarkan. Tahun 1. Aduh...terasa baru semalam melahirkan dia.Tahun depan dah bersekolah! Lepas ni makin cepatlah masa itu berjalan @ berlari....

So disebabkan hubby dah mohon cuti utk hari pertama dan kedua persekolahan ( krn dia tahu isterinya ni payah dapat cuti ), maka aku la membawa Hannah utk pendaftaran dan orientasi hari ni. 

Sesampai di sekolah, semak nama Hannah dari kelas 1 hingga kelas 9 ( ramai gak rupanya pelajar tahun satu  ni...heheheheeh) tak jumpa2. Ingatkan dah tercicir. Semak lagi sekali, barulah ternampak namanya di kelas 1 ( kelas sementara ni sbb pelajar akan disusun semula mengikut pencapaian ujian diagnostik )

Jom layan keterujaan Hannah utk bersekolah.....

 Close up ~ entah apa la yg ada dlm fikirannya ni....

 Beratur menanti giliran di panggil gurunya

Ketika anak2 dibawa ke kelas untuk ujian diagnostik, ibu bapa ditaklimatkan oleh guru besar dan penolong kanan HEM. Ok la....mmg kena dengar la apa2 makluman kan...Yg penting tiada bayaran tambahan dikenakan dan bantuan perekolahan akan diberikan mulai pertengahan bulan Januari 2012. Hahahaha...tu yang best dengar tu..Namun sekolah ada membuat kutipan  sumbangan ikhlas dari ibu bapa untuk menampung sedikit perbelanjaan awal kerana belum ada peruntukan turun dari kerajaan. Faham beno la aku sbb aku pun duk kat sekolah kan....heheheheeh. Sumbang la sikit. Utk pembelajaran anak kita juga kan...

Sementara itu.....
Hannah tengah bergelut dengan ujian diagnostik. Risau kalau2 dia tak mampu bersaing dengan yang lain....huhuhuhu...berdoa aje la agar dia dilapangkan fikiran untk menimba ilmu agar dia menjadi insan yang berjaya 


Selesai taklimat, ibu bapa beratur panjang untuk menerima buku teks. 17 buah! Mak oiiii banyaknya! Patut la orang selalu bising mengatakan beg kanak2 sekolah ni berat.Tu belum masuk lagi buku2 latihan tu. Kalau satu hari 5 subjek, maka 10 buku teks dan aktiviti perlu diheret, digalas setiap hari. Huh....sib baik Hannah. Saiz badan dan ketinggian dia pun lebih kurang je dengan kawan2nya. Kalau Sarah la....huhuhuhu kesiannya memikirkannya. Sbb Sarah tu tersangatlah keciknya...tak sepadan dengan usianya. Harap2 dia blh membesar dengan kadar yang sama layaknya dengan kanak2  7tahun dalam 2 tahun ni....


Selesai urusan buku teks, kena pulak beratur utk membayar segala fail peribadi, ULBS, Pafa dan fail Laporan KSSR. Dan beratur sekali lagi di kelas untuk menerima kad kesihatan, kad rawatan pergigian dan borang SMM. Selesai semua urusan, Hannah yang sudah selesai menjalani ujian diagnostik bolehla dibawa pulang. Tapi sebelum tu....kita round sekolah duluuuuuu......tempat biasa la : tandas dan kantin. Kat kantin tu..aku menyuruh dia membeli dan membayar harga makanan dan minuman. Nampaknya dia pun tak takut2. Atau sebab masa tu...dah tak ramai orng di kantin. He he he he.....kita tunggu je la hari pertama persekolahan nanti. Dengan pelajar tahun1 yg lain, tahun 2 dan tahun 3 lagi! Jangan dia kelaparan dah la.....

Rutin hidup aku pastinya akan berubah 180 darjah lagi. Adjust aktiviti memasak sarapan dan makan malam. Yg pasti makan malam akan dimasak di subuh hari. kerana jadual aku tahun depan pun keluar dari kawasan sekolah seawal 4.30 ( awal tahun kan....biasa la byk aktivti koku - Uniform, Sukan, RnD form 6 ). Amik Imaan, amik Sarah jam 5.30 dan tunggu amik Hannah jam 6.30 pulak. Mana nak sempat dah nak memasak lepas tu....Malam kena tgk3 kerja2 sekolah agama dan kebangsaan. Huh...tentu busy kan....apa2 pun...kita lihat minggu depan...Adios

p/s : Berikan aku kekuatan, kelapangan dan keringanan dalam menjalani cabaran ibu berkerjaya yang mula mempunyai anak bersekolah. Tanpa pembantu rumah kan...tentunya sedikit kekalutan akan dialami. Bak kata kakakku ~ sdh bermula era anak bersekolah utk aku!

Hannah masih berbaju kurung sekolah ketika jam menunjukkan pukul 4.35pm.....Jenuh menyuruh dia menukar baju tapi tak dilayannnn.....he he he...Keterujaan seorang anak kecil utk bersekolah!

Wednesday, December 21, 2011

Tak sabarnya rasa.......

Cuti sekolah hanya tinggal dua minggu je lagi....Rasa cam baru je nak bercuti. Empat minggu jaga exam walaupun bukan setiap hari tapi tetap tak leh balik kg. Nak melancong lak...hmmmm...budget tak ado. Huhuhuhuhu....Sebabnya:




HAaaaa....tu sebabnya. Bila dah ada beg2 bagai tu maknanya anak sulung nak masuk sekolah rendah dah! Segala persediaan baru. Dari beg hingga segalanya la. Beg lak bukan satu tapi dua! Satu sekolah rendah satu lagi sekolah agama. Pas tu bukan calang2 beg. Favourite cartoonnya la...BARBIE dan POWERPUFF GIRL. Yang DORA tu ....hehehehehe Sarah punya. Dah agak dah masa buat perancangan lagi...Sarah mesti minta beg baru la juga walaupun hanya ke nurseri. Tak pe la sebab beg Mickey Mouse dia pun dah 'nazak' dah....Alasan...hehhee..;)

Bukan hanya beg sekolah beg BARBIE, segala barangan lain la....dari bekas pensil, bekas air, dompet syiling malah kasut BARBIE! Beruntung anak sekarang....or ibu nya yg ikut sangat kehendak anak...heheheheh..D

Takpe la....anak baru nak masuk sekolah...hehehhehee...alasan lagi...;)

Teringat masa aku nak sekolah darjah satu dulu...beg sekolah aku punya la besar. Bukan juga beg sekolah aku rasa sebab beg tu macam boleh bawa g jejalan. Besar dan warna maroon. Sangkut di bahu. Dengan saiz badan yang kiut ni..huh....semua orang kampung kata padaku ~ besar beg dari tuan beg! Kalau ada beg beroda cam skrg kan, tentu kata2 seperti itu tidak kedengaran. Namun apa la pilihan budak kg ni ada....apa mak bagi itu la yg diterima. Kasut hanya kasut PALLAS. Sekarang jenama ni masih ada...cuma anak aku je memilih Barbie. Hannah kata ~ beg Barbie, kasut pun mesti BArbie la...Huhuhuhu...anak oh anak...

Percaya atau tidak naluri kita semasa kanak2 dulu sama aje dengan anak2 kita. Hannah tu...hari2 duk heret beg2nya, belek2 bekas pensil, pegang2 dompetnya,olok2 minum air dari bekas air baru tu ( pada hal punya la banyak bekas air Barbie yg lama2 tu dlm kabinet ), pakai kasut...sib baik baju kurung tu je tak disarungnya sekali. Tentu juga sama apa yg ada dlm fikiran dia dengan fikiran kita dulu ~ lambatnya nak buka sekolah! Hehehehehe

Sabarlah anakku...Masanya akan tiba.

p/s baru dapat surat dari SK Taman Nirwana, orientasi dan ujian diagnostik dijalankan pada hari Jumaat 30hb. Huh...aku lak kecut perut. Takut Hannah duk kelas paling hujung!