Berkongsi. Nape topik ini aku sentuh? Krn dlm hidup, dari kecil sampai dah tua pun kita sentiasa berkongsi...Percaya tak? Masa kecil, kita berkongsi mainan, kongsi makanan, kongsi kasih sayang dengan adik beradik yang lain. Dh besar lain lak berkongsinya...kalau bujang, berkongsi cerita tentang hati dan perasaan dgn kawan2 rapat. Tp org dah kawin byk betul kena kongsi... Kongsi tanggungjawab, kongsi tugas dan kerja... Tak mampu semua tanggungjawab nak ditanggung sorang diri tanpa ada bahu lain utk bersandar...
Org selalu berkata, zaman dulu dan sekarang berbeza. YES!!!! Totally different... Dulu ibu bekerja di bendang atau di ladang hanya waktu pagi, tengahari dan petang di rumah menyelesaikan tanggungjawab di rumah. TETAPI sekarang wanita bekerja sama jangka waktu dan sama berat seperti lelaki. Tugas mencari rezeki bukan lagi tugas lelaki sepenuhnya kerana tugas itu sudah dikongsi bersama isteri kerana tuntutan ekonomi semasa... Jadi aku rasa disebabkan itu, kerja-kerja rumah seharusnya dikongsi bersama. Apatah lagi, kalau tidak mempunyai maid yg boleh membantu...ISTERI BUKAN ROBOT YG MAMPU MELAKUKAN SEMUA KERJA DARI PAGI SAMPAI MALAM !!!!
Berkongsi kerja dan tanggungjawab di tempat kerja...Well, ada masa bos hanya nampak kita je! Dlm erti kata lain, bg bos, hanya kita yg boleh buat kerja. Sebenarnya bukan kita ni bagus sangat pun cuma bila kita dpt tugas, kita hanya cuba menyiapkan tugas kita. Sekali kau buat kerja dgn bagus, MAKNANYA kau akan sentiasa diberi tugas. Nama kau pilihan pertama dlm apa2 tugas wpun kerja kau dah menimbun n berlambak.... Tempat kerja kau tu dah takde org lain dah...Kdg2 terfikir hidup ini TIDAK ADIL...
Ah... hidup ni memang tak akan dapat memuaskan hati semua org....
No comments:
Post a Comment