Hmm...aku nk citer tentang kawan2 lama kat ITM Dungun batch 1990 - 93 Diploma Pengurusan Bank. D situ aku mengenali Nor Sheheh Sah Kadri ( Along ), Rosnani SAlleh ( Angah ), Nor Azlinah Rohani ( Alang ), Hafsah Abdul Rahman ( Ateh ) n Khairul Nisa Sulaiman ( Acu). Aku adalah Acik( sesuai la sbb aku paling kecik ). Kami sebaya. Panggilan itu timbul krn kami ditempatkan sebilik di hostel berbentuk rmh sebuah2. Ia mengikut bln kelahiran. Aku dan nisa d bln yang iaitu Nov.D rmh itu jg aku mengenali kak su, rabi. noni, kak ai, azlin,hazlin, azlina, anoi n reen.( kalu ada kwn2 yg terlupa d sebut, maaf byk2...dh lama dh lg pun dh tua ).
Lama terpisah, dh hampir 16 thn... Bila dh menetap d Ampang 3 thn lalu, hati membuak2 nk berjumpa semula..hati ini berkata nisa berada dekat dgn rmh aku...
Bila kakak ipar aku ( kak za) menjejak kasih kwn2nya bila dtg k rmh ms CNY dulu, rasa rindu pada kwn2 lama mkin mencengkam jiwa (wah bhs). So aku pun cuba2 masuk dlm facebook. Wah xsampai seminggu aku dh kontek balik dgn nisa, along, alang n ateh. Angah je kami tak tahu hilang ke mana... Betul naluri hati aku, rupanya nisa cuma tinggal di blkg stadium badminton cheras ( dekat la, rmh baru dia lg dekat dgn rmh aku di taman cempaka )...
So kami dlm proses merancang reunion. Tgk la dlm seminggu dua lagi. Keja pun berlambak. Ari minggu pun ada keja sekolah. Ari ahad ni ada mesy agung PIBG...
Dlm citer seterusnya nanti aku imbas kembali kenangan suka duka aku bersama mrk....Terlalu byk. Sama byknya gambar2 kenangan kami...
Satu je utk pengetahuan mrk, Tengku Yusuf (TY- panggilan manja kami) Ketua Jabatan kami dulu, skrg dh jd Pengarah UITM Dungun . Dia msh ingat aku. Last time aku terserempak dgn dia ms aku berkursus di MElaka 2006 ( Sebenarnya selalu gak terserempak krn kami satu kapal- org ganu ). Tahu knp dia msh ingat aku...sbb dia marah kat aku krn xsambung advance dip ( skrg dh xde: setaraf dgn degree la) dgn result aku yg gempak itu...
gee...begitu cepat ms berlalu...semua dh berderet anak..
Chow dulu la..next time kita kembali ke masa silam..cheng2
No comments:
Post a Comment