Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 7, 2009

Apa2 aje..

Penilaian Kurikulum 1 dah start dh...Hm 1st class aku msuk jg adalh kelas 5 Akru...Ujian ujian pun , kalau dh kaki bercakap tu..tak kira waktu apa pun. Adalah hamba Allah yg suka benar berckp tapi kerja tak pernah buat. Cakap je besar..Kdg2 geram gak tp payahnya nk menyedarkan pelajar tentang kepentingan ilmu. Agaknya sebab mrk tak pernah merasa kepayahan mcm kita zaman sekolah dulu ( Aku la..sbb mak ayah aku cuma peneroka felda yg hasil pendapatan berpunca dr pokok getah ). Aku ingat lagi bila time hujan je, mulalah abah berkira-kira berjimat sbb pokok tak leh nk ditoreh...anak ada 6 yg perlu ditanggung. Namun dgn kepayahan mrk menanggung anak, alhamdullilah setakat ni 3 dh keluar U, dua masih belajar di UITM.

Aku masih ingat lagi keperitan aku dan kakak aku ms di U. Kami anak pertama dan kedua dlm keluarga. Cukup perit utk menamatkan pengajian di U. Duit pinjaman itu lah kami guna dan menyusun budget utk sepanjang 1 semester ( kira-kira 4 - 5 bulan )..selalunya tak cukup ( selalunya yg ringan tangan menghulur bantuan adalah adik aku -Ina yang dh kerja kilang ms itu ). Tak banyak gak sbb gaji dia pun kecil tapi ibarat air hujan di bumi gersang - ia amat berharga.. Bila kakak aku dh kerja, dia lak menbantu aku.

So, bila aku dh kerja, aku bersama kakak membantu keluarga. Adik-adik aku - Nor, Fatiha n Mimi ckup bertuah krn mrk tidk menghadapi maslh kewangan mcm kami.

Kepayahan mengajar kita menghargai apa juga peluang yg ada depan mata. Anak-anak sekarang ckup beruntung krn ibu bapa bekerjaya yg bagus2..Mrk mampu menyediakan anak2 dgn segala mcm kemudahan. Namun, malangnya sebilangan anak-anak tidak menghargai kesenangan yg ada... Cuba lah jadi anak seorang penoreh getah yg tinggal di kampung ( langsung tidak mengenal tuisyen krn tak mampu, tak ada ipod,hfon,laptop or whatsoever gadget2 yg canggih-canggih mcm anak-anak zmn sekarang ), barulah kita sedar akan kepentingan ilmu yg mampu mengubah nasib dan masa depan keluarga.

Cerita pasal anak2 org, anak2 sendiri tak tau lagi camne nanti. Harap2 menjadi insan yg taat dan patut pada ibu dan abah, anak murid yg baik pada guru2, warga berguna pada negara. Insya Allah.Amin


3 comments:

Haizamz said...

Assalamualaikum,

Aku pun cam ko juge...Walaupun bapak aku polis, aku dan adik aku cam budak yang lain juge. Awal tahun bapak aku hanye sediakan duit untuk sepasang baju sekolah dan kasut, yuran dan duit buku. Sampai aku dan adik masuk USM, kami tak ade Video player cam anak2 polis yang lain.Jauh sekali nak gi shopping atau jalan-jalan/berkelah.Kat USM pun, budget dgn loan KPM yang ade.
Bebudak sekarang ni kaye raye.Harap kalu aku ade anak, aku nak ajar juge die erti kehidupan sebenar.

Anonymous said...

Akak juga asal dari keluarga bukan senang, adikberadik 9 orang so nak apa2 perlu usaha lebih, bukan cam bebudak sekarang sebut apa ajer dapat..kalau kita bermula dari dari susah payah kita akan jadi manusia yang appreciate apa saja opportunity cam peluang belajar dll dan bukan nya buang masa datang ke sekolah tak dapat apa instead menimbulkan masalah pulak..bak kata pepatah bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..chiou

Anonymous said...

alahai kakakku, sememangnya kami yang dibawah ni memang bertuah.
apepun, tahnks a lot atas apa jua pengorbanan dan pertolongan yang diberikan selama ini.....we love u all, my dear sis.