Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 17, 2009

Buah tak gugur

Pernah tunggu buah gugur? Tentu tak pernah kan ! Aku pun tak pernah. Tapi dalam kehidupan ini, ada masanya kita menunggu sesuatu atau seseorang. Alhamdulillah dan gembira kalau yang ditunggu muncul tapi kalau tak muncul atau tak dapat. Apa rasa?????? Frust kan !



Lebih frust bila kecewa tadi tak pulak boleh diucapkan. Mahu jaga hati atau mungkin kalau diucapkan pun tak de makna. Kerana tiada perubahan akan berlaku...



Situasi ini dihadapi dalam semua kehidupan insan. Sebagai anak, rasa tak puas hati dipendam kerana tak mahu dianggap anak derhaka, sebagai isteri atau suami, rasa hati juga dipendam kerana mahu jaga hati atau malas nak bergaduh, sebagai pekerja atau org bawah, rasa tak puas hati tetap dipendam kerana tak mahu disenaraihitamkan sebagai org suka melawan. Akhirnya....emosi memuncak.



Satu tempat nak mengadu. Mohon kekuatan. PadaNya Rabul'alamin. DenganNya, segala kekusutan, segala masalah, segala bebanan menjadi ringan. Apa yang berlaku dianggap ujian dariNya untuk menguatkan keimanan. Menjadi insan yang lebih baik, lebih bersabar, lebih bersyukur.



Peluang dan ruang yang hilang mungkin bukan rezeki. Akan sampai masa semuanya menjadi rezeki dengan izinNya. Yang penting bersabar dan redha. Usaha dan usaha lagi. Mungkin respon tak juga muncul tapi pastinya ia meninggalkan kesan walaupun kecil di hati insan lain. Akar mungkin pahit tapi buahnya tentu amat manis. InsyaAllah.

Penghargaan hanya kita dapat apabila kita dah tiada di dunia. Semasa ada, tiada siapa akan memandang atau menghargai. Percayalah..

5 comments:

kak CT said...

Apa agaknya yang membawa wan menulis tentang buah tak gugur ni? Boleh kongsi?? He he

Unknown said...

macam ada yang terbuku je...

Haizamz said...

Buah Tak Gugur...

Setiap yang ada di dunia ini sudah pasti ada dugaan yang bakal dihadapi...etc.

Aku yakin, walau lama camne pun buah tu tak gugur...satu hari akan gugur jua...dengan izinNya. Insyaalllah.

Haizamz said...

Buah Tak Gugur...

Setiap yang ada di dunia ini sudah pasti ada dugaan yang bakal dihadapi...etc.

Aku yakin, walau lama camne pun buah tu tak gugur...satu hari akan gugur jua...dengan izinNya. Insyaalllah.

hannahsarah said...

kak CT ooooo.... tak de pe2. Cuma menulis secara umum je. Biarlah rahsia.Hehehe....