Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2009

Rezeki ada di mana-mana

Rezeki, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Aku amat percaya pada kata-kata itu...Namun, bukanlah bermakna kita tak perlu berusaha. Usaha adalah penentu kejayaan. Namun apalah erti kejayaan dan rezeki kalau kita mendapatnya dengan menutup rezeki orang lain.
Ya, zaman berubah. Semua kejayaan dan anugerah memudahkan kita meniti jalan kecemerlangan dalam karier. Peningkatan gred perkhidmatan, barangkali atau peningkatan dalam pangkat. Matlamat dalam kerjaya berakhir di situ.
Namun, berjayakah kita dalam erti kata sebenar jika kita meniti kejayaan dalam perit lelah orang lain, dalam lelehan peluh orang lain?
Atau adakah kita berhak mempersoalkan hak dan rezeki orang lain???? Siapalah kita sebenarnya untuk mempertikaikan penilaian orang kepada orang yang dimurahkan rezeki itu?
Semua manusia telah ditetapkan rezeki masing-masing dari lahir lagi. Biarlah dia menikmati rezekinya terlebih dahulu. Mungkin rezeki kita akan menyusul tak lama lagi dan mungkin ganjaran rezeki kita lebih besar dari orang tadi. Manalah tahu kan !
Aku tak faham kenapa ada orang yang bertekak mengatakan sesuatu itu rezeki dia sedangkan semua orang tahu belum pun masanya untuk dia menikmati rezeki itu...
p/s u all faham ke apa yg tersirat tu...?

8 comments:

amiechomel said...

mcm faham...
benda yg berlaku dlm mana2 organisasi. rasanya semua berpunca dari PHD...

Unknown said...

Faham..faham.

hannahsarah said...

kalau tahu citer tersurat lagi haru

Haizamz said...

Rezeki di tangan Tuhan. Ape yang kite dapat ada kalanya adalah ujian daripadaNya. Saye percaye ade hikmah di sebalik sesuatu yang terjadi. Hanya Allah mengetahuiNya.

Wan, kau dah balik lambat tak ari ni? Tak sempat nak cite panjang2. Saye sampai umah tadi at about 7.30pm. Penat...

Anyway,...semoga kite bersyukur atas ape yang kite ada.

pok soh said...

tak fahamlah. apa cita sebenarnya. nak tau gak.
tolong jelaskan.....

hannahsarah said...

sori la pok soh, xdpt nak cite terang2. Bagi yg faham, t.s.t la...

Kak CTZ said...

Tak paham...tak paham...ada aper2 yang akak ketinggalan ker?....cuba story ckit ha...nanti bisik2 yer...menarik bunyinya tu....

hannahsarah said...

Kak CTZ, nanti dah reda gelombangnya saya bisik2kan pd akak