Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 10, 2009

Tanda, jangan tak tanda

Hmmm...Hari ini aku berkeras gak nak ke sekolah sbb nak menanda kertas2 exam wpun suami aku macam berat je nak bagi g. Dia bukannya apa, si Sarah asyik duk menggaru2 je ( Sarah kan ada ezema ). Dia tak nak lah Sarah di htr ke nuseri sbb yelah...risau kalau2 anaknya ni tak mendapat jagaan sepenuhnya macamana ibu si Sarah menjaganya. Tapi aku ada bekalkan ubat dan krim untuk disapu. Should be okay la.

So dari jam 8.45am - 1.00pm aku duk khusuk menanda. Berpinar2 mata. Akhirnya alhamdulillah siap la 1 1/2 kelas ting 5 akaun. ( 65 pelajar x 5 soalan ) Cuma tinggal kelas 6 atas akaun seramai 19 org. insya Allah boleh siap dalam 1,2 hari sambil2 melayan anak2 di rumah.

Kalau kat rumah,biasanya kerja2 sekolah aku akan tertangguh sbb sibuk melayan kerenah anak2. Malam tadi baru je habis menanda soalan 1 seorang pelajar, si Sarah dah meragam. Masa tu dia baru je tidur walaupun jam dah 11.30 malam. So terpaksa la tutup lampu dan kipas, melayan dia menyusu dan aku pun melayan mata la... (dah mengantuk beb )

Maka dengan itu,terpaksa la membulatkan tekad dan azam ari ni kena siapkan kertas ting 5 dulu. Bila dah siap kertas2 tu, bolehla menarik nafas lega sikit

Minggu depan buka skul dah sibuk dengan persediaan majlis diskusi yg dijangka akan diadakan pada awal bulan Julai. Satu benda pun tak buat lagi. Semoga perancangan minggu depan berjalan lancar.

2 comments:

Unknown said...

kadang2 terpaksa berkorban. betul la tindakan ta pergi tanda kat skul tu...so, lega la skg ni kan?

hannahsarah said...

lega yg teramat