Sudah 2 hari semenjak aku menanda paper2 exam kat skul itu hari. Semalam langsung tak menanda. Sebabnya, aku g Sogo. Shopping!!!!! Takde dalam perancangan pun. Aku cuma bercadang nak mengemaskan rumah aku krn belum berkesempatan mengemas sepenuhnya sejak balik bercuti. Tapi....bila kakak aku mengajak, aku pun cepat2 bersetuju ( dgn persetujuan suami aku dulu la). Hilang segala perancangan nak membersihkan rumah.
Maka setelah menghantar anak2 ke nuseri, aku pun memanjangkan langkah ke Sogo. Dalam kepala ni, cuma nak cari baju anak2. Sama ada baju2 tu jadi baju raya atau jadi baju basahan sahaja belum dapat dipastikan ( kena tengok kepada saiz baju yg dibeli - kalau besar, simpan utk raya, kalau kecik alamaknya kena pakai selalu la; maksudnya kena pakai terus. xyah simpan lagi nanti makin kecik.)
Maka dengan itu, membeli la aku seluar dalam Barbie (Hannah pesan seluar ni, caya tak ), seluar, kemeja n skirt utk Hannah. Sarah pula dibelikan seluar, t-shirt n skirt. Niatnya nak juga dicarikan seluar dalam utk si Sarah. Jenama Disney semuanya besar ( bukan tak de saiz budak 2 tahun tapi anakku ni teramatlah cutenya, so payah tol nak cari panties utknya ) At last, tak le dibeli.
Kakakku membelikan anak2 daranya yg mengekor kami tu...baju2 raya la. Dapat la mereka 2 pasang baju seorang. Tapi masalah berjalan dgn budak2 ni ialah tak boleh meronda seluruh Sogo. Kejab lapar, kejab nak membuang la, kejab dahaga la...Namun,sempatla gak sambar sepasang sandal jenama Stefani ( harga asal RM88.90, sale 50% dapatla RM44.45 je ).
Sesampai di rumah, sibukla mencuba2 kan hasil belian tadi. Alamak, seluar Minnie Hannah ngam2 je dgn dia ( aku ambil saiz 6, tak tahu la utk budak 6 tahun ke?) Yang lain ok je utk mereka. Apapun masih ada misi lagi utk mencari baju2 raya mereka b2 nanti.
Balik suamiku dari kerja, terus bertanya apa yg dibeli. Aku terus la menunjukkan apa yg dibeli utk anak2.
" Utk ita, apa lak dibeli ?"
" Sandal je" jawabku ringkas. " Utk abang apa lak ?" tanya suamiku lagi.
Alamak, terlupa. Eh,eh bukankah dah dapat hadiah hari lahir masa kat Langkawi tempoh hari ????
Hakikatnya,memang takde apa2 utk suamiku yg tercinta. Hadiah Hari Bapa pun tak ingat nak beli. Apa nak beli yek?
Hari ni, seharian mengemas rumah sambil melayan karenah anak2. Tengahari laklak ( tak panas sangat pun sbb jerebu ) aku membasuh porch bersama Hannah. Bagus Hannah ni, rajin menolong tapi kena tengok mood dia la. Pastu menolong aku basuh bilik air. Setakat sembur air pun jadi la. Budak2 kan kita kena ajar menolong kita wpun ada maid ( dalam kes aku lagi la sbb xde maid )
Teringat aku masa tinggal dgn Wan ( My granny ), darjah tiga aku dah diajak ke dapur membantu dia menyediakan makanan utk kedai makannya. Bukan la kerja berat, setakat mengacau2 lauk supaya tak berketul santan atau mengoreng ikan atau memotong bawang walaupun Wan aku ni ada pembantu. Tetap diheret dua cucunya ni ( aku n kakak aku ) ke dapur. Walaa...hasilnya masa umur 11 atau 12 tahun aku dah boleh masak nasi minyak. Caya tak ??? Nasi je la, lauknya belum pro sepenuhnya.
Masih teringat lagi, aku kena marah sbb gulai di atas api melimpah keluar gara aku menoleh ke arah kakak aku yg sedang buat sesuatu ( apa yg dia buat aku tak ingat tapi menarik perhatian aku la, kalau tak aku tak menoleh nyer la ).
Walaupun kena marah atau sejak kecik sudah ke dapur, namun kebaikannya, aku boleh la memasak utk anak tekak sendiri dan anak2 serta suami ( suamiku selalu puji masakan aku sedap, ye ke bang? )
Moralnya di sini ialah, kita kena ajar anak2 kita menolong kita apa2 yang patut. Tidak ada istilah masih kecik la, dia xleh buat la, kesianla nak suruh2.Kita minta dia menolong mengikut tahap umurnya. Macam aku la, bukannya masa umur 9 tahun tu aku dah pandai mesin kelapa, cuma setakat goreng ikan dah boleh la.
Natijahnya nanti, kita gak yg susah. Anak dah besar tapi xleh nak membantu sbb xtau atau malas nak membantu. Dah jadi buluh payah lak nak melentur.
Apa pun, terserah la pada kita sebagai ibu atau bapa ( kalau lelaki yg membaca entry ni ) mengajak anak kita baik perempuan atau lelaki untuk menolong membantu melakukan kerja2 rumah kerana zaman moden, kerja rumah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Tidak hilang kejantanan kerana melakukan kerja rumah dan tidak juga hilang keegoan kerana menolong ibu atau isteri. Malah ibu makin sayang, isteri lak makin memberi layanan tiptop.
Alahai proses menanda masih belum selesai ni.....( motivasi hilang bila dengar kawan2ku masih ada 3,4 bundle paper belum sentuh)
1 comment:
Ko tak abis tande lagi.....Alhamdulillah aku dah settle. Ko patut ikut aku. he he bukan aper...tak tau ape nak jadi esok luse, terdemam ke, terkursus ke...tup tup tak sempat nak siapkan markah. Aku amik petua ni drp KakPah. Sometimes berguner jugak.
Post a Comment