Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Sehari di SMKPM

Pagi hari dimulakan dengan kelas 5 Akru. Angin satu badan bila kerja diberi minggu lepas masih tak siap2. Actually handout tu dah bagi sebelum ujian lagi (awal bulan Mac ). Dek kerana tiada kesungguhan, tiada usaha, tiada minat, tiada motivasi dan tiada segalanya, maka kertas itu dipandqang sepi.
Tetiba aku rasa sedih, kecewa, marah. Betul2 rasa down. Mana tak, last week ada ceramah tentang niat datang sekolah. Kerana ada niat, maka segala cabaran, segala masalah, segala rintangan segala godaan dapat ditangkis (merujuk kata Ust Khaspi ). Namun, rupanya ceramah itu tidak menusuk kalbu hati anak-anak murid. ( Hanya menusuk kalbu pengetua je kot - sbb lps ceramah, dia bg tahu Ust,ceramah tu menusuk kalbu dia)
Niat hati nak membebel, tak nak mengajar tapi kalau bdk2 ni,tak belajar lagi seronok bagi mereka.
So, tanpa bercakap sepatah perkataan pun (konon2 merajuk la, wpun aku tahu bdk2 ni buat tak reti je klu merajuk pun ), aku menulis jawapan bagi soalan2 yg diberi. Habis masa aku terus keluar......
Panas hati terbawa2 sampai kantin . Sesampai di kantin, apa yg dirasa terus diwar2kan pada rakan2 guru...( Beremosi semacam je). nasib baik lps perut dah diisi, darjah kemarahan pun dah menurun.
Ingatkan sampai di situ je perasaan cuak dgn perangai bdk. Rupa2 ada lagi insiden yg buat aku betul2 terpana... Insiden ini berlaku semasa aku keluar dari tandas. Ada seorang pelajar tgh mengoyak kertas notice board ( bru je kut buat kerja tu,sbb kertas bru tanggal sikit je ). Aku pun apa lagi terus jergah la...Pelajar lelaki melayu itu pandang aku sambil senyum ( aku mengajar seni kelas bdk ni, jadi aku kenal la) dan terus melarikan diri. Yang aku geram ialah, papan tu cantik ditampal kertas. Pelajar tu sesuka hati mak bapak dia mengoyak kertas tu. Papan tu tak lak menghalang jalan dia atau menganggu dia. Habis tu kenapa gatal tangan p rosakkan papan tu... Tu yang aku tak faham????????
Masuk bilik guru aku cerita kat guru disiplin la... Apa lagi kena panggil la itu bdk. Yang tambah geram, bdk tu tak ngaku la. Hei, ingat mata aku buta ke????? Dah terang2 mengoyakkan kertas tu dpn aku, dia tak ngaku. Aku apa lagi... Kamu ni penakut rupanya. Ingatkan berani benar..Habis je kata2 terhambur, aku terus blah. Malas nak layan bdk ada mental problem ni. ( Ada mental problem la tu...klu tak, takkan tak psl2 rosakkan notice board ). Klu skul tak ceria, guru2 yg ditegur oleh pengetua sbb tak berusaha menceriakan skul. Hakikatnya, pelajar skul ni tak senang hati klu tak rosakkan harta benda skul.
Penamat kerja hari ni...nasib baik boleh menceriakan balik hati aku. Aku wat klas tambahan. Wpun pljr yg dtg cuma 9 org ( pljr2 yg sudah dijangka akan dtg ), namun cukup menceriakan aku. Yg dtg ni memang pljr yg betul2 nk belajar. So tak sedar masa berlalu dgn cepat....krn seronok mengajar pljr ada niat utk belajar. Aku tak kesah stay back for one or two hours jika mrk mahu. Harapan aku, biarlah makin ramai pelajar yg nak mengikuti kls tambahan ini. For their own good gak. Bukan aku dpt extra income pun..Sbb aku dh dpt ganjaran lain.Pahala utk aku di akhirat nanti. Insya Allah.

Sunday, March 29, 2009

Suatu pagi di hari minggu

Lokasi : Pasar Muhibah Taman Nirwana





Suasana bingar dengan suara makcik2 membeli ( makcik ke aku ni?? ) sayur sbb kat gerai sayur. Aku tgh memilih2 sayur.


"Laa... kat sini aku letak taugeh ni ". Tetiba aku terdengar suara makcik mencari taugehnya. Rupa2nya bakul sayur aku melindungi taugeh dia. Patut lah mcm dh lama betul dia mencari taugeh dia. Aku pun dgn muka poyo pun minta maaf ( sbb rasa bersalah yg amat sgt la ).


"Tak la, makcik yg salah" Sejak keluar hospital, makcik mcm tak berapa ingat"


Kemudian makcik tu menyambung lagi....


"Minggu lepas makcik terjatuh kat pasar". So aku pun bermulut manis pun bertanyala, camna lak boleh jatuh? Licin ke?


" Tak. Makcik bawak barang berat." ( Lupa nak habaq, makcik ni sebaya nenek aku yg dh 70 thn ). Kesian lak aku dengar.


" Hari ni dtg sbb makcik ckp dgn cucu, ko nak aku mati bawak barang bru ko nak tolong aku


Makcik tu menyambung lagi membebal tentang payahnya nak minta tolong dgn anak2 muda zaman sekarang. Masa tu....kepala dh tak berapa nak dengar apa dia ckp sbb aku tgh memilih2 bawang besar. Aku pun tak ingat dh macam mana perbualan itu berakhir. Tapi...sepanjang perjalanan pulang, aku rasa sedih dan sayu....

Detik di pasar itu menginsafi aku...Entah apa lak nasib aku bila dah tua nanti...Adakah ada insan ( anak dan cucu ) yang menyayangi ibu dan nenek yg tua dan tak larat ni? (skrg pun aku dh rasa lenguh2, lutut kdg2 ngilu, sakit belakang n sakit pinggang -mcm dh tua benar dh! )

Setakat ini aku nampak si Hannah cukup rajin membantu aku which aku amat2 menghargainya kerana wpun dia masih kecik. dia cuba membantu mengikut kemampuan dia sbg anak kecil berumur 4 tahun. Harap2 agar kerajinan ini berlanjutan sampai dia besar. Insya Allah.


"Ya Allah, ku mohon dariMu, jadikanlah anak2ku insan yang mendapat penuh keredhaan dari Mu, insan yang terpilih sentiasa menyayangi aku sebagai ibu mereka, suamiku sbg abah mereka sehingga ke akhir hayat kami, hamba-hamba yang sentiasa patuh pada segala suruhanMu,anak-anak yang sentiasa mendengar kata-kata ibu dan abah mereka, berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Ya Allah perkenankanlah doa dan permintaan dari hambaMu yang lemah dan daif ini. Amin

Tuesday, March 17, 2009

Santai bersama keluarga

Selasa lepas, kami ke Taman Burung utk yg ke3 kalinya. Hannah yg ajak g Taman Burung tapi...sampai di sana, dia bising tak jumpa ikan. Bukan apa, dia gian nak bagi ikan makan macam masa g Taman Rama-rama ari Ahad dua minggu lepas. So sambil melawat makhluk Tuhan ini,sempat la posing2. Laki aku ni gian amik gambar guna kamera baru dia. Banyak la gambar yg dia amik termasuk lah buntut burung merak.

Aku suka gambar kat bawah ni sebab Hannah posing sakan






Hannah suka gambar ni sebab mcm burung dlm citer
Barbie as an Island Princess
Berjalan sakan...( Padahal ada 3 bundle paper ujian belum bertanda ) Wa..wa..wa

Monday, March 16, 2009

Perjalanan hidup

Seminggu yg lalu aku melawat suami kawan aku, Nisa ( kwn kat ITM dulu ) di HUKM. Masa tu dia disyaki menghidapi kanser paru-paru. Malangnya, apa yg ditakuti itulah yg dihadapi oleh Nisa sekarang. Kelmarin suaminya didiagose ada sel kanser. I don't know how serious his condition since Nisa doesn't want anyone call her right now. She said she' s okay. Namun aku faham kerisauan dia....bagaimana nak menghadapi semua ini. Terlalu mendadak. Tak disangka2. Namun siapalah kita utk mengetahui perjalanan hidup kita sehinggalah tiba saatnya. Allah has planned for everyone of us. Tak tahu bagaimana nak dibayangkan kalau anak2 aku kehilangan aku. Apa yg diharapkan agar anak2 ku tidak kekurangan kasih sayang dari abah mereka, sepupu2, mak-mak sedara dan datuk nenek mereka. Insya Allah.

Apa yg dialami oleh Nisa mengingatkan aku pada kawan baik ( masa sekolah dulu ) yg kehilangan orang tersayang Ogos tahun lalu. Meninggalkan dia bersama tiga orang anak ( yg kecil sebaya sarah ). Bagaimanalah kehidupan ini harus ditempuhi.......

Sukar namun tetap diharungi demi anak2...

Saturday, March 7, 2009

Apa2 aje..

Penilaian Kurikulum 1 dah start dh...Hm 1st class aku msuk jg adalh kelas 5 Akru...Ujian ujian pun , kalau dh kaki bercakap tu..tak kira waktu apa pun. Adalah hamba Allah yg suka benar berckp tapi kerja tak pernah buat. Cakap je besar..Kdg2 geram gak tp payahnya nk menyedarkan pelajar tentang kepentingan ilmu. Agaknya sebab mrk tak pernah merasa kepayahan mcm kita zaman sekolah dulu ( Aku la..sbb mak ayah aku cuma peneroka felda yg hasil pendapatan berpunca dr pokok getah ). Aku ingat lagi bila time hujan je, mulalah abah berkira-kira berjimat sbb pokok tak leh nk ditoreh...anak ada 6 yg perlu ditanggung. Namun dgn kepayahan mrk menanggung anak, alhamdullilah setakat ni 3 dh keluar U, dua masih belajar di UITM.

Aku masih ingat lagi keperitan aku dan kakak aku ms di U. Kami anak pertama dan kedua dlm keluarga. Cukup perit utk menamatkan pengajian di U. Duit pinjaman itu lah kami guna dan menyusun budget utk sepanjang 1 semester ( kira-kira 4 - 5 bulan )..selalunya tak cukup ( selalunya yg ringan tangan menghulur bantuan adalah adik aku -Ina yang dh kerja kilang ms itu ). Tak banyak gak sbb gaji dia pun kecil tapi ibarat air hujan di bumi gersang - ia amat berharga.. Bila kakak aku dh kerja, dia lak menbantu aku.

So, bila aku dh kerja, aku bersama kakak membantu keluarga. Adik-adik aku - Nor, Fatiha n Mimi ckup bertuah krn mrk tidk menghadapi maslh kewangan mcm kami.

Kepayahan mengajar kita menghargai apa juga peluang yg ada depan mata. Anak-anak sekarang ckup beruntung krn ibu bapa bekerjaya yg bagus2..Mrk mampu menyediakan anak2 dgn segala mcm kemudahan. Namun, malangnya sebilangan anak-anak tidak menghargai kesenangan yg ada... Cuba lah jadi anak seorang penoreh getah yg tinggal di kampung ( langsung tidak mengenal tuisyen krn tak mampu, tak ada ipod,hfon,laptop or whatsoever gadget2 yg canggih-canggih mcm anak-anak zmn sekarang ), barulah kita sedar akan kepentingan ilmu yg mampu mengubah nasib dan masa depan keluarga.

Cerita pasal anak2 org, anak2 sendiri tak tau lagi camne nanti. Harap2 menjadi insan yg taat dan patut pada ibu dan abah, anak murid yg baik pada guru2, warga berguna pada negara. Insya Allah.Amin


Tuesday, March 3, 2009

Fokus

Fokus??? Segmen apa? Tak eh...tak fokus belajar,apa akibat? Tak fokus kerja, apa jadi? Tak fokus masa drive kereta, apa bahayanya? Ha..Accident la..Nauzubillah..belum lah lagi,mintak jauh pun. Tapi nyaris2 tu ada. 2 ari berturut2...Otak berserabut, duk fikir kerja berlambak, kepala lak dari malam tadi berdenyut2. Ingatkan bangun tido ok la, tp tak gak..Tak mkn ubat lak mlm tadi, sebab dah telan ubat darah rendah. Dia dh mai semula. Apa dia? Penyakit darah rendah la....
This week, sibuk gila2. Smlm bg taklimat kat SU Pep cari nk daftar m/pelajaran ikut Sistem Analisis Pep (SAP). Sampai rmh dh hampir jam 5. Tenangkan sarah dulu (bg dia myusu la apa lg ), amik penyapu sapu rumah atas bawah ( ikut perangai my mom la - xleh tgk rmh bersepah ), sapu kat porch ( daun 2 kering ya rabbi banyak, dlm sehari 2 ni angin kencang n hujan, so paham sendiri la), g dapur, masak serba ringkas utk isi perut ( makanan terakhir jam 8.30 pg )...Apa boleh buat...sambung kerja2 rutin sampai la jam 10 mlm. Lps layan blog sekejab, tido sampai pagi hingga malas nk g sekolah.
Besok ada taklimat guru Ting 3 lak cara nk key in markah TOV utk Headcount. Tak tahu la balik kul brp lak esok.. Lusa seperti biasa taklimat 2i. Balik lewat lagi...Plate kereta belum baiki lagi ( plate kereta patah dua minggu lps ms kat sekolah, bdk main bola terkena plate kereta, aku pakai double sided tape je sementara waktu ). Minggu lps asyik hujan je, so tape dh abis gam- tanggal la plate tu mlm tadi....mlm tadi aku kerjakan plate tu dgn tape lagi la
Kertas Ujian belum stapler lagi.. 9 helai utk 150 pelajar.. Banyak gua cakap lu...( Nk minta tlg hannah n sarah stapler, mrk kecik lagi )...
So motivasi utk diri sendiri... buat la sikit2 selagi larat dan termampu

Monday, March 2, 2009

Satu Anugerah

Aku nk citer psl one of my friends ( my bestfriend la, sebab dia duk sebelah je, apa2 mslh, apa2 citer , apa2 tak puas hati pada bos, nk mengumpat ke mesti dgn akak tu ). Dia baru dpt kenaikan gred. Tahniah. Dan dia juga bru dpt kerja baru....sbg AJK PIBG. Tahniah juga la...
Namun yang mengusik jiwa dia ialah, tak ramai yg mengucapkan tahniah bila dia dpt kenaikan gred tapi berduyun2 dtg mengucapkan tahniah bila dia dpt kerja tambahan tanpa gaji sbg AJK PIBG. Padan muka ko dpt kerja lagi!!! Apakah mentaliti kita begitu????
Nampaknya ya...Bertepuk tangan bila kawan kita mendapat tambahan kerja. Bukan simpati atau tangan yg dihulurkan....
Begitu juga kalau kita hanya pembantu dlm kerja2 utama. Yg selalu bertungkus lumus adalah kepala atau ketua adhoc. Anak2 buah di bawah hanya bertanya sekadar mengambil syarat je.....Bukan tanggungjawab aku pun, kenapa mesti buat? Itu yg kita tanam dlm diri kita..kenapa aku nk buat, bukan aku kena marah kalau kerja tak siap. Habis masa kat sekolah, masa utk balik...lantak la kerja2 nk kena buat... Tiada kerjasama, tiada rasa komitmen pada tanggungjawab,tiada rasa bersalah menyebabkan kerja kita tak siap, org lain kena siapkan!!!!
Alangkah malangnya hidup kerana menyusahkan org lain....

Biarlah hidup memberi makna...( setuju tak kak siti?) Double congrats gak utk akak. Hehehe

]