Sudah tiga minggu bersekolah. Tempat yang sama dengan suasana yang semakin menekan. ( Aku malas nak sentuh tentang suasana di sekolah ni krn mahu tak mahu kita kena terima dan bersabar dgn situasi yang dihadapi ). Kawan2 yang kecohkan sekolah ramai yang pindah. Sedih tapi kehidupan sebagai guru terpaksa diteruskan. Kawan2 guru baru posting atau transfer pun ramai disusuli dengan GSTT seramai hampir 25 orang. Kawan baru takkan sama dengan yang lama. Namun keserasian dan kemesraan boleh dipupuk. Cuma bila kita sudah di tahap umur hampir 40an ni...semestinya kawan2 sebaya umur ni mudah sikit menyerasikan diri. ( adake perkataan ni?). Kawan meja sebelah pengganti kak Ruzilah ( Susilawati namanya ), berumur awal 30an. Boleh masuk geng gak sbb aku kan masih muda. Kah..kah...kah...Orang kata badan kecik muka pun nampak muda la....Itu orang kata. Bukan aku kata arr....
Tahun ni jadual aku semua Ting 6 sebanyak 24 waktu. Tidak termasuk masa R&D dan Kokurikulum la. Ting 6 bawah belum mendaftar, so setakat ni 16 waktu la...sikit kan. Tapi aku masih gak busy dengan pelarasan kokurikulum pelajar Ting 6. Aku satu2nya guru kokurikulum yang dilantik oleh JPNS setakat hari ni. Sekarang sibuk dengan pendaftaran penubuhan kadet pertahanan awam ( kadet ni blum wujud di sekolah, so kena mulakan penubuhan dari awal step - htr permohonan ke JPNS la then proceed to JPAM, kena update maklumat dari JPAM spt kursus2 dan silibus ). Pening gak la...tapi aku boleh buat!!! ( semangat utk diri sendiri ni ).
Masa2 terluang sebegini biasanya aku menaip latihan dan skema latihan untuk dimasukkan dalam fail. Menyenangkan pelajar dan menyenangkan aku di masa2 akan datang kerana mulai tahun ini pengkhususan aku adalah subjek Pengajian Perniagaan ( PP ) sepenuh masa bukan lagi Perakaunan. Jadi insya Allah sampai pencen la aku mengajar PP. Bila semua dah didokumentasikan, senang la nak buat rujukan di masa2 depan.
TAPI....aku mulai terasa rindu pada pelajar2 Ting 4 -5 terutama subjek Prinsip Perakaunan. Bila kawan2 bercerita tentang kerenah pelajar Ting 3,4 atau 5, aku jadi mati kutu. Pertamanya aku tidak mengenali mereka secara dekat dan aku pun tidak mengajar mereka. Uwaaaa.......sedih la. Budak2 tu belum tentu jumpa aku di Ting 6 kan? Cuma sesekali bila aku diberikan relief kelas Ting 3 - 5, haa....masa yang singkat itu la dapat berkenal-kenalan dengan mereka...Memang la takkan ingatnya nama dan muka dia orang dalam masa singkat tapi sekurang2nya aku masih ada peluang untuk mengenali sesetengah dari mereka.
Setelah tiga minggu bersekolah, aku sudah dapat adjust diriku dengan satu lagi kerja2 rumah - iron baju anak2 ke tadika. Selalunya malam jumaat adalah malam utk aku iron baju sendiri selama seminggu, malam sabtu baju suami 5 helai, malam ahad adalah turn baju anak2 yg dua orang tu...dua pasang seorang. Jadi tugas mengosok hanya bersambung kembali pada malam selasa dan rabu hanya utk baju Hannah dan Sarah. Hari Jumaat mereka hanya memakai t-shirt dan seluar track. Rutin tidur pun selewat jam 9 setelah siap menjemur baju yang dibasuh. Sarah biasanya tiada masalah utk tidur awal tapi Hannah hanya tidur seawal jam 10. Kekadang 11 malam pun belum tidur. Walaupun lampu sudah dimatikan pun, dia masih boleh bermain masak2 atau main barbie dalam kegelapan. Tidak cukup tidur akan menyebabkan dia buat perangai awal pagi.....Sekarang ni nampaknya dia pun dah boleh adjust dirinya dengan waktu tidur. Kekadang jam 8.30 dia dah tertidur. Penat agaknya seharian di tadika.....
Syukur alhamdulillah kerana anak2 dapat menyesuaikan diri dengan abah mereka di waktu pagi. Terharu gak bila hubby boleh handle mereka untuk mandi dan menyiapkan mereka tatkala aku sudah pun melangkah ke sekolah seawal jam 6.40 pagi. Aku tahu tentu kalut malah kata hubby selalunya muka Hannah tak dibasuh pun gara2 dia menjerit tak mahu mukanya dibasuh. Bak kata orang tua - mandi kerbau la.....Sib baik Sarah senang utk diuruskan. Sesungguhnya Allah itu maha adil......Tugas hubby menghantar mereka di waktu pagi, tugas aku lak mengambil mereka di waktu petang. Pada awal dulu selalu Hannah merengek meminta aku menghantar mereka seperti mana aku menghantar mereka ke nurseri selama 4 tahun ini tapi mengenangkan mereka akan terpaksa bangun seawal jam 6 pagi untuk bersiap dan dihantar olehku pada jam 7, tentulah kesian dan tentulah juga aku akan selalu lambat ke sekolah ( sekolah aku tak la jauh tapi KL ni kan selalu jammed terutama depan sekolah - sekolah aku dengan sekolah rendah cina sebelah menyebelah + penghuni kondo yang parking kereta depan sekolah )...huh...tak sanggup aku!!! Tak sanggup menadah telinga dengan suara nyaring orang atasan yg akan marah tak kira tempat dan keadaan ( aku tak kesah kena marah tapi biarlah dalam bilik dan dengan nada suara yang tenang hati mendengarnya ). Sekarang Hannah dan Sarah sudah dapat menerima hakikat mereka akan dihantar oleh abah mereka dan aku akan mengambil mereka waktu petang. Teringat satu hari hubby pulang awal dan dia mengambil mereka di kindergarten. Wah....meraung la Hannah dalam kereta. Marah sebab abah dia g amik mereka bukan ibu mereka.Kah..kah..... Sejak itu kami kena patuh pada rutin itu...
Wah....panjang lak kali ini. Hari ni sekolah ganti cuti CNY. Kelas pagi jam 8.10 kemudian pelajar Ting 6 terpaksa menghadiri pelancaran bas komuniti Datuk Ong Tee Keat di pusat khidmat masyarat Parlimen Pandan diiringi oleh guru akademik Ting 6 dan kaunselor. So aku ada masa lapang la......( latihan dan skema latihan 3 minggu ni sudah siap ). Apapun aku tetap di sekolah sedangkan anak-anakku bersama abah mereka entah ke mana pulak minggu ni berjalan2 tanpa aku....waduhh....tension n jelasnya

3 comments:
gitulah ta kehidupan sbg ibu berkerjaya. Anak2 sebesar itu mmg byk feelnya,yg besar masalah lain plk.Baca post ni teringat masa anak2 kecik dulu..tapi saya x ssh sgt, duk kg & bandar kecik je...la ni plk dah masuk zon selesa.Ini sebenarnya detik manis ta, so nikmati dgn gembira!
ya allah..minggu pertama tension gila. skrg dk ok dah...diri dah dapt adapt dgn tatahidup anak2 bersekolah... ni time mencabar ni hinggalah mrk dah pandai urus diri sendiri....
minggu pertama saya tak tension sgt sbb meeting 3 hari di dungun, semua diuruskan ayahnya, minggu kedua tu saya dah tahu dah, aiman perlu dikejutkan awal, dilayan bercakap, cerita2 barulah dia ok utk gi mandi dan urusan seterusnya, kalau mengejut suruh gi mandi memang parahlah, azri ok je..
Post a Comment