Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 19, 2010

Enam Tahun Yang Lalu.....



Pada tarikh ini....
Jua pada hari ni....
Enam tahun sudah berlalu...
Masih tetap segar di ingatan
Pertemuan ke lima kita sah diijab kabulkan.....

Jodoh kita ditentukanNya...
Kuterima takdir terindah dariNya...
Dengan segala kepasrahan dan ketaatan...

Ada masanya panas membara bagaikan mentari
Ada ketikanya dingin membeku
Ada saatnya tenang bagai air di kali
Biar sesekali badai menerjah...

Ada tikanya erat bagai belangkas
Tidak mampu terpisah
Namun kekadang bagai benua Amerika dan Afrika
Jauh terasing....

Biar apa pun situasinya
telah kutetapkan dalam hati ini
Hanya kau yang satu
kerana telah kusemai cinta
di hatiku
tatkala kau melafazkan ijab dan kabulnya!



p/s aku percaya impian ketiga perkahwinanku akan tercapai jua......( masihkah my dear hubby ingat? )

4 comments:

Unknown said...

Tahniah utk Ta & Judin. Meski pilihan keluarga, barokahnya nampak nyata. Terima kasih kerana serasi dalam keluarga kami.Terima kasih kerana menerima kami seadanya. Semoga Ta & Judin terus berbahagia selama-lamanya dunia & akhirat. Gaduh sikit2 tu adat la..

amiechomel said...

happy anniversary! ingat lagi kami baru berjinak2 dgn ambik gambar kahwin masa tu, punyala byk gambar nikah u all, sekali ada tgn gatal yg terformat kamera, ilang semua gambar, belum transfer pulak tu! tension gile!

Haizamz said...

Happy Anniversary..........

Insyaallah hubby akan ingat...
sesuci kasih isteri melayani suami, akan dibalas olehNya...akan dikenang sampai bila2.

Anyway...
boleh ajar BM tu klu x ckup cikgu BM nxt year :)))
Semoga selamat bersalin ank ke-3...sahabatku....Wan

ninarif said...

sooo sweet!!! can't help but to notice pertemuan kelima sebagai suami isteri!!! i loikeee!! semoga dianugerahkan kebahagiaan yang tiada tolok bandingannya Amiin...