Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 10, 2010

Ringan-ringankan lah

Teringat2 perbualanku dengan seorang rakan sekerja. Tentang suaminya. Seorang typical konservatif lelaki melayu ( aku rasa la ). Maksudnya - lelaki yang menganggap semua kerja rumah, urusan anak2 adalah urusan kaum perempuan @ ibu @ isteri. Satu situasi yang aku rasa amatlah tidak patut berlaku dalam perkongsian hidup. Satu situasi si ibu @ isteri yang sedang bertungkus lumus di dapur di satu petang hari bekerja menyiapkkan makanan untuk dinikmati sekeluarga di waktu malam. Normal la kan..... TAPI yang menjengkelkan hatiku ialah - si isteri yang sedang sibuk memasak itu diminta menutup api di dapur ( memberhentikan sementara apa jua urusannya di dapur ) dan diminta mengambil anak di sekolah. Apa suami itu sedang lakukan? Satu urusan yang tidak boleh dihentikan ker???? Hinggakan si isteri yang terpaksa mengambil anak mereka di sekolah!!

SEDANG BERSANTAI SAMBIL MEMBACA AKHBAR!!!!!! Normal la kan.......

Ya Allah...betapa bagiku sungguh tidak bertimbang rasanya. Lain la kalau si isteri masa itu pun sedang bersantai. Tengah bersingsing lengan baju menyiapkan makanan malam!! Mana pertimbangan sewajarnya dari suaminya???

Sememangnya segala urusan rumahtangga di atas bahu kawanku itu. Dari urusan bayaran bil
( tu biasa la ) hinggalah urusan membaiki segala barangan yang rosak di rumah ( tak de la baiki sendiri tapi urusan menelefon @ mengangkat barang2 itu untuk dihantar ke kedai dah biasa baginya).

Agaknya suaminya ingat kerja sebagai guru ni macam zaman dulu2 kala??? Kerja separuh hari! Heloooooo....... guru sekarang ni jam 3 tu pun belum tentu berada di rumah. Kerja sentiasa berlambak. Tak cukup masa di sekolah, dikelek bawa balik ke rumah untuk disiapkan. Mana ada kerja pejabat dibawa balik rumah??? Orang kerja pejabat, rutin kerja hanya setakat di pejabat. Waktu di rumah tidak terganggu dengan bebanan kerja yg masih belum siap tu......

Setelah berbelas tahun kawin, baru 2,3 tahun kebelakangan ini je suaminya dah pandai ke pasar. Jadi urusan itu sudah dilepaskan sepenuhnya pada suaminya. Bagus juga tu.....sekurangnya satu beban dah kurang biarpun berlambak lagi bebanan yang boleh dikongsi bersama.

Syukurlah sesiapa yang mendapat suami yang ringan tulang membantu. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sesuai dengan matlamat perkahwinan itu sendiri kan - saling melengkapi antara satu sama lain, saling berkongsi, saling membantu, saling ingat mengingati.....

Aku jua tetap bersyukur dengan suamiku. Dia banyak membantu dari segi penjagaan@ urusan anak2 walaupun mungkin tidak banyak membantu dalam urusan rumah ( mengemas, menyapu atau memasak bukanlah kemahirannya ). Namun....itu dah cukup bagiku terutama urusan menyiapkan anak2 untuk ke tadika mereka di waktu pagi tu......TAPI kalau boleh membantu bab2 membersihkan sawang2 ke, basuh porch ker, lagi baguskan.......hehehe

Sesungguhnya wanita seperti kita ni cukup kuat..... walau kekadang kita yang menanam kekuatan itu dalam diri untuk meneruskan kehidupan.

3 comments:

Hamizah said...

betl2 jantan suaminya tu..
kenalah sama2 buat keja rumah,gaji sama2pki..

Unknown said...

ego menguasai lelaki itu.. saya cukup faham..x tau nak cakap apa, geraaammnya!

ninarif said...

akak kirimkan lah salam buat kawan akak tu.. cakap kat dia SAKITNYER HATI!!! tapi semoga Allah berikan dia kebaikan yang berlipat2 ganda pada dia... semoga dengan kesabarannya akan dapat rahmat daripadaNya amiin..