Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 16, 2011

Barang lama dibuang jangan...

Semalam aku mengemas2 baju yg mana dh xleh dipakai.Tak byk yg xleh dipakai sbb x muat tp sbb dh berbulu2. Ada bju yg 10 thn msh lg elok . Cuma singkat sikit kainnya atau ketat bahagian pinggang. Ada bju bru 2,3 thn tp dh berbulu2 bagai kot berbulu mat salleh pakai musim sejuk. Hehehe....

Sebenarnya lepas kawin, aku jarang menempah baju kebaya @ kurung moden. Selalu berbaju kurung tradisional je. Ada tak ada cuma 2 tahun kebelakangan ni baju kurung riau. Bukan tak mahu berkebaya tapi....perut ada sikit menonjol selepas bersalin 3 anak ni, so seganlah sikit nak berkebaya. Ingat lagi banyak kebaya pendekku yg ditempah khas untuk majlis bertandang dan berziarah selepas kawin terpaksa disedekahkan krn sebulan lpas kawin aku disahkan mengandung anak sulung. Lps bersalinkan Hannah, baju2 tu xleh dipakai langsung kerana ketat di bahagian tertentu. Hahaha...Hissshhhh....takla naik mendadak beratku tp agak berisi berbanding anak dara. Tak caya??? Sekarang ni berat pun hanya 48kg je!

Sekarang ni tak tahu ke mana nak disedekahkan baju2 yg masih elok tu. Dulu sedekahkan pada anak jiran mak kt kg. Tu pun tak byk mrk mau. Anak2 moden, jarang mahu berbaju kurung ke mana. Hisshhh....mengata anak orang! Aku sendiri pun jarang berbaju kurung setiap kali keluar. Baju kurung tu pun sbb etika berpakaian seorang guru. Tak leh pakai seluar. Klu tak, tentu byk suit pejabat aku borong. Aku suka tgk wanita2 yg bersuit ke pejabat. Nampak elegen. Namun apakan daya, termaktub kami tak leh sebegitu ke sekolah.

Dalam setahun ada la 9,10 pasang baju kurung baru. Alaa....paling mahal pun setakat RM60 je..( tolak baju2 sutera ye ) Bayangkan almariku tu...penuh tersangkut baju2. Habis ruang penyangkut, terlipat di bahagian bawah almari lak! Perempuan kan. Kekadang bosan tgk corak baju yg sama. So beli la yg baru. Kena pulak, ada seorang uncle cina yg selalu dtg ke sekolah bawa kain2. Tak mahal sgt pun dia jual. Pas tu boleh pulak bayar ikut suka hati kita. Berapa lama n banyak mana pun kita nak. Haaaa.....pakat borong la kekawan aku pun. Yg syoknya, corak baju kami sama, warna je berbeza. Tapi...kami tak kesah pun! Ala....buat je mcm baju uniform sekolah. Kan sesetengah sekolah ada baju rasmi sekolah utk apa2 majlis sekolah kan. So mcm tu laaaa..............

p/s Kat mana nak sedekah baju2 tu??? So far masih terperuk dalam almari kat bilik bawah!!

3 comments:

Haizamz said...

baju lama mmg byk...dah mmg sardin almari...nk letak mane yer? nak dibuang sayang, nak kasi org pun mcm x sesuai, baju lama le katakan...camno wan,....aku pun tkut runtuh almariku...
ha3..tp bab' uncle' tu aku stuju..seronok pakai corak sama dan warna lain...yg best tu kdg2 semua sama dalam 1 hari...itulah KAMI, di smkpm....cuma bju aku x sbyk ko la..sbb tailor aku, cikgu add math- klu hujung tahun dia marking...jd setiap awal thn mmg x berpeluang pkai bju baru, aku msih menunggu 4 bjuku yg blum siap.....

hannahsarah said...

hahaha...pompuan kan!! apa kita nk buat dgn bju2 tu??

IBNI HAMAD said...

bagi kat kami...sll gak kami sedekahkan kat umah anak yatim n cleaner kat ofis aku.hehehehehehe