Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 3, 2011

Burung Hantu kesiangan

Minggu yang begitu mengecewakan hingga semangat pun hilang. Insiden yang berlaku Jumaat lalu menjadi tajuk dalam suratkhabar dan tv. Aku tidak mahu mengulas tentang apa yang berlaku kerana semua tertakluk kepada peraturan. Nak denda pelajar, you have to follow the rules. If you follow those rules, Insya Allah you won't get into trouble. That's it. Simple!

Tetapi apa yang menyedihkan rentetan dari itu, pelajar sudah tidak hormatkan guru kerana anggapan mereka mempunyai sokongan dari pihak2 tertentu.

" Kamu mahu tangkap, tangkap la ma. "

"Tara takut ma"

Itulah butir2 bicara pelajar yang melanggar disiplin sepanjang persekolahan minggu ini. Keluar masuk kelas sesuka hati terutama kelas2 belakang. Larangan tidak diendah, teguran tidak diambil pusing. Sentuhan jangan sesekali!

Nisbah pelajar kaum ini adalah majoriti. Majoriti guru kulit macam aku. Kaunselor org cam aku gak. Pentadbir cam aku gak. Guru perempuan 90%.

Adakah peratusan ini memberi makna????? Apabila politik masuk campur dalam urusan sekolah, ia memberi makna!

Bukan isu sensitif yang cuba diungkit, tapi menerusi pengamatan itulah yang berlaku. Dalam kelas, sesama rakan tak tahu nama kawan kalau bangsanya lain. Hmmm.....adakah perpaduan sudah semakin luntur? Adakah kemodenan mengurangkan kemesraan antara kaum?

Masalah disiplin pelajar akan menganggu P & P. Selalunya soal keselamatan selalu dititikberatkan oleh guru ( terutama guru perempuan ) sebelum menegur kesalahan pelajar yang bukan sebangsa. Bukan takut tapi siapa mahu membela andai berlaku apa2 ke atas kita.
( Apa yg berlaku pada kawan sudah ckup membuktikan bahawa guru tiada pembelaan dan perlindungan ). Sekolah lain aku tak tahu la.....

Silap menegur - haa menyusul la laporan polis dgn alasan sekolah tak amik tindakan. Takkan la kejadian berlaku pagi, tengah hari terus tindakan ke atas guru mesti diambil. Kang mana2 pun ada prosedurnya. Masalah timbul bila ada pihak cuba menangguk di air keruh!!!! Ada pihak mahu mencari sokongan. Tahun pilihanraya kan..... faham2 sendiri la.

Malangnya, ia merosakkan kesucian institusi pendidikan. Merendahkan martabat profesion perguruan. Terasa kecilnya diri bila diperlakukan ( walaupun tidak secara langsung )oleh individu2 yang merasakan diri mereka berjaya, kaya dan cerdik ( tak semua pun mereka itu kaya, cerdik dan berjaya pun !!!)

Sesungguhnya situasi ini umpama angin berputar, ombak bersabung. Apakan daya kelapa muda tidak berminyak. Silap percaturan, dihentam biarpun niatnya mahu mendidik. Guru bagaikan burung hantu kesiangan kerana zaman sekarang, ibu bapa menyebelahi anak. Lebih berkuasa daripada guru. Jangan salah langkah kerana jika tersalah, saman menyusul!

Guru sudah terikat kaki, tangan dan mulut dalam hal2 ini. Tugas hakiki mengajar bukan mendidik anak orang. Itu tanggapan ibu bapa sekarang. Sungguh sedih sekali...................


No comments: