Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 31, 2009

Sehari di SMKPM

Pagi hari dimulakan dengan kelas 5 Akru. Angin satu badan bila kerja diberi minggu lepas masih tak siap2. Actually handout tu dah bagi sebelum ujian lagi (awal bulan Mac ). Dek kerana tiada kesungguhan, tiada usaha, tiada minat, tiada motivasi dan tiada segalanya, maka kertas itu dipandqang sepi.
Tetiba aku rasa sedih, kecewa, marah. Betul2 rasa down. Mana tak, last week ada ceramah tentang niat datang sekolah. Kerana ada niat, maka segala cabaran, segala masalah, segala rintangan segala godaan dapat ditangkis (merujuk kata Ust Khaspi ). Namun, rupanya ceramah itu tidak menusuk kalbu hati anak-anak murid. ( Hanya menusuk kalbu pengetua je kot - sbb lps ceramah, dia bg tahu Ust,ceramah tu menusuk kalbu dia)
Niat hati nak membebel, tak nak mengajar tapi kalau bdk2 ni,tak belajar lagi seronok bagi mereka.
So, tanpa bercakap sepatah perkataan pun (konon2 merajuk la, wpun aku tahu bdk2 ni buat tak reti je klu merajuk pun ), aku menulis jawapan bagi soalan2 yg diberi. Habis masa aku terus keluar......
Panas hati terbawa2 sampai kantin . Sesampai di kantin, apa yg dirasa terus diwar2kan pada rakan2 guru...( Beremosi semacam je). nasib baik lps perut dah diisi, darjah kemarahan pun dah menurun.
Ingatkan sampai di situ je perasaan cuak dgn perangai bdk. Rupa2 ada lagi insiden yg buat aku betul2 terpana... Insiden ini berlaku semasa aku keluar dari tandas. Ada seorang pelajar tgh mengoyak kertas notice board ( bru je kut buat kerja tu,sbb kertas bru tanggal sikit je ). Aku pun apa lagi terus jergah la...Pelajar lelaki melayu itu pandang aku sambil senyum ( aku mengajar seni kelas bdk ni, jadi aku kenal la) dan terus melarikan diri. Yang aku geram ialah, papan tu cantik ditampal kertas. Pelajar tu sesuka hati mak bapak dia mengoyak kertas tu. Papan tu tak lak menghalang jalan dia atau menganggu dia. Habis tu kenapa gatal tangan p rosakkan papan tu... Tu yang aku tak faham????????
Masuk bilik guru aku cerita kat guru disiplin la... Apa lagi kena panggil la itu bdk. Yang tambah geram, bdk tu tak ngaku la. Hei, ingat mata aku buta ke????? Dah terang2 mengoyakkan kertas tu dpn aku, dia tak ngaku. Aku apa lagi... Kamu ni penakut rupanya. Ingatkan berani benar..Habis je kata2 terhambur, aku terus blah. Malas nak layan bdk ada mental problem ni. ( Ada mental problem la tu...klu tak, takkan tak psl2 rosakkan notice board ). Klu skul tak ceria, guru2 yg ditegur oleh pengetua sbb tak berusaha menceriakan skul. Hakikatnya, pelajar skul ni tak senang hati klu tak rosakkan harta benda skul.
Penamat kerja hari ni...nasib baik boleh menceriakan balik hati aku. Aku wat klas tambahan. Wpun pljr yg dtg cuma 9 org ( pljr2 yg sudah dijangka akan dtg ), namun cukup menceriakan aku. Yg dtg ni memang pljr yg betul2 nk belajar. So tak sedar masa berlalu dgn cepat....krn seronok mengajar pljr ada niat utk belajar. Aku tak kesah stay back for one or two hours jika mrk mahu. Harapan aku, biarlah makin ramai pelajar yg nak mengikuti kls tambahan ini. For their own good gak. Bukan aku dpt extra income pun..Sbb aku dh dpt ganjaran lain.Pahala utk aku di akhirat nanti. Insya Allah.

1 comment:

Unknown said...

amboi panjangnya tak larat aku nak baca. aku nak gak ada facebook tapi a din tak nak ajar mcmana nak buat.....so baca oragnya dah le