Lokasi : Pasar Muhibah Taman Nirwana
Suasana bingar dengan suara makcik2 membeli ( makcik ke aku ni?? ) sayur sbb kat gerai sayur. Aku tgh memilih2 sayur.
"Laa... kat sini aku letak taugeh ni ". Tetiba aku terdengar suara makcik mencari taugehnya. Rupa2nya bakul sayur aku melindungi taugeh dia. Patut lah mcm dh lama betul dia mencari taugeh dia. Aku pun dgn muka poyo pun minta maaf ( sbb rasa bersalah yg amat sgt la ).
"Tak la, makcik yg salah" Sejak keluar hospital, makcik mcm tak berapa ingat"
Kemudian makcik tu menyambung lagi....
"Minggu lepas makcik terjatuh kat pasar". So aku pun bermulut manis pun bertanyala, camna lak boleh jatuh? Licin ke?
" Tak. Makcik bawak barang berat." ( Lupa nak habaq, makcik ni sebaya nenek aku yg dh 70 thn ). Kesian lak aku dengar.
" Hari ni dtg sbb makcik ckp dgn cucu, ko nak aku mati bawak barang bru ko nak tolong aku
Makcik tu menyambung lagi membebal tentang payahnya nak minta tolong dgn anak2 muda zaman sekarang. Masa tu....kepala dh tak berapa nak dengar apa dia ckp sbb aku tgh memilih2 bawang besar. Aku pun tak ingat dh macam mana perbualan itu berakhir. Tapi...sepanjang perjalanan pulang, aku rasa sedih dan sayu....
Detik di pasar itu menginsafi aku...Entah apa lak nasib aku bila dah tua nanti...Adakah ada insan ( anak dan cucu ) yang menyayangi ibu dan nenek yg tua dan tak larat ni? (skrg pun aku dh rasa lenguh2, lutut kdg2 ngilu, sakit belakang n sakit pinggang -mcm dh tua benar dh! )
Setakat ini aku nampak si Hannah cukup rajin membantu aku which aku amat2 menghargainya kerana wpun dia masih kecik. dia cuba membantu mengikut kemampuan dia sbg anak kecil berumur 4 tahun. Harap2 agar kerajinan ini berlanjutan sampai dia besar. Insya Allah.
"Ya Allah, ku mohon dariMu, jadikanlah anak2ku insan yang mendapat penuh keredhaan dari Mu, insan yang terpilih sentiasa menyayangi aku sebagai ibu mereka, suamiku sbg abah mereka sehingga ke akhir hayat kami, hamba-hamba yang sentiasa patuh pada segala suruhanMu,anak-anak yang sentiasa mendengar kata-kata ibu dan abah mereka, berjaya dan selamat dunia dan akhirat. Ya Allah perkenankanlah doa dan permintaan dari hambaMu yang lemah dan daif ini. Amin
1 comment:
seronok juga baca kisah2 ta bermonolog ni!...tulis la lagi!
Post a Comment