Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 19, 2009

Buah tak gugur - Part 2

Semalam g skul, ada xtvt kokurikulum. 3 org ahli je datang. Buat kalendar slogan kepenggunaan ( maklumlah kelab pengguna ). Terserempak dgn kak ct, terus dia tanya apa yg tak gugur? ( Post Buah Tak gugur ) Aku hanya tersenyum. Dia terus menyambung; Hmmm...mcm ada citer je...Aku senyum lagi.
Petang lak g Kelab Darul Ehsan (KDE). Ada hitea perpisahan PK1 naik pangkat Pengetua berpindah ke skul lain. Ok la tapi aku suka makanan kat Dewan Felda la ( jamuan persaraan pengetua lama tahun 2007 ).

Hannah menunggu time utk makan - tak makan beria pun dia ni...

Mantan PK1 berucap - satu je yg aku ingat ; dia kata berat dia dah turun 2kg dlam sebulan jadi pengetua

Bersama kawan-kawan dan mantan PK1 ( kiranya dia bos aku la sbb hal-hal peperiksaan kan bincang dgn dia. Skrg terasa kehilangan gak sbb xde org boleh diajak berbincang kalau ada masalah tentang peperiksaan. )

Ni lepas makan-makan. Anak-anak aku suka tengok ikan. Hannah kata kalau ada makanan boleh bagi ikan makan

Ni kerja Hannah masa aku tengah membasuh porch ( dah 2 hari proses basuh rumah hasil kunjungan anjing2 tu blum selesai ).

Tengah seronok menyalurkan kreativiti
Kerja2 sbg surirumah tak abis2. Malam aku sambung lagi dgn mengemop satu rumah ( Hannah n Sarah dah tido. Tapi 2,3 kali gak berhenti sbb sarah menangis nak susu ). Dah 12.30 pagi, kain belum lipat. Sambung dulu lipat kain sebelum tido. Letak kepala atas bantal terus mimpi. Penat oooiiiii..
Pagi ni malas nak buat breakfast. Hannah bangun je kami terus g Pesta Buku. Dalam plastik tu dah ada 3 buku aku beli.
Ni la dia. 2 buku hasil nukilan Abd Jalil Ali ( Ketua Pengarang Karangkraf ) n 1001 persoalan psikologi anak2. Aku terbaca coretan dia dlm majalah Midi ( byk majalah dia tulis sebenarnya ). Citer pasal adat resam rumahtangga. Aku rasa releven dgn kehidupan aku - isteri,ibu n wanita berkerjaya. Byk nasihat dan coretan yg boleh menambahkan semangat aku. Dan tak lupa majalah masakan. Aku suka mengumpul majalah begini. Rajin gak masak kalau ada kelapangan n kerajinan. Kerajinan ini muncul tak kira waktu. Kekadang balik rumah pukul 4 ptg pun aku sempat buat kuih minum petang n utk makan malam lagi. ( Resepi kuih apam kak Pah bagi belum buat lagi wpun telur dah beli jumaat lepas). Insya Allah esok menjadi kuih tu kalau aku beli air soda esok.

Penutup kerja utk hari minggu ialah cuci 2 bilik air. Sebelum tu masak utk makan malam. Wah.. superwoman betul aku ( ramai lagi kat luar sana mcm aku ni - kak ct tak termasuk ye sbb ada maid ).
Hmmm...lupa nak komen pasal tajuk atas ni.Buah masih tak gugur la ( Nazrul, wpun akn gugur tapi proses menunggu tu kadang2 buat kita fed up )
Apa2 pun, tak sabar tunggu minggu depan lak....( my hubby dah ajak tgk dinosaur lak - aku tak tahu la klu dia nak g dgn anak2 je sbb sabtu tu aku ada LaDaP lagi )
Ciao.





4 comments:

Haizamz said...

Aku rasa aku boleh teka la 'buah yang tak gugur tu apa', if i am not mistaken la...he he . rahsiaku rahsiamu...

kakct said...

Ambooi Wan...kak ct ada maid tapi ari ni pi pasar tani pagi2, masak ,membersih kipas siling, tinggi lak tu , basuh baju kerja yang seminggu ngan tangan, basuh bilik air sendiri, p anta anak beli baju sekolah dia yang kena bahan kimia kat lab, p jengok anak kat asrama SMT Sepang hantar apa2 yang patut,makanan, duit dll, balik adik nak datang masak ckit lagi, adik datang sampai dkt kul 10, tido kan anak ,ngadap komp lak buat soklan mid semester, tu yang menyambil jenguk blog wan jap...ni masih lagi depan komputer...hu hu tak der maid pun ada different version punya cbuk..penat gak dah ni...jangan kata kak ct tak buat benda2 tu, cuma ada pembantu lah...he he..panjang akak komen ha..nak tido jap lagi..daa.

Kak ct said...

BTW jam kat komen tu salah...sekarang dah kul 12.05..he he..nite

Unknown said...

Cepatla masukkan resepi apam tu..