Rumah tanpa tiang mesti tak akan jadi rumah. Kan? Kan?Kan?
Semalam lepas kelas akaun aku kat 5Akru, aku panggil sorang budak lelaki. Tak tau napa terasadgn nak slow talk bdk ni. Dia ni tak pernah serius masa aku mengajar, tak pernah buat latihan aku ( pura-pura buat pun tidak ). First thing aku tanya pasal keluarga dia. Brp adikberadik? Mak ayah kerja apa? dan macam-macam soalan rencam lain. Akhir sekali soalan maut aku, kamu sembahyang tak?
Tanpa berselindung, dia jawab jujur , saya tak sembahyang. Sudah kuduga. Bila tanya mak tak marah,dia jawab mak dah penat dah marah. Terkedu aku. Bagi aku, baik mak atau ayah dia tak patut penat atau mengalah bila tiba soal didikan anak-anak apatah lagi itu bekalan dia sepanjang hidup. TAnpa bekalan didikan agama, susah bagi kita utk mengharungi cabaran dan godaan hidup.
Secebis nasihat kutitipkan pada budak ini. Nampak dari air muka dan gerak badan macam dia tersentak dgn nasihat aku dan macam insaf. Tak lak kutahu apa tersirat dalam benak fikiran dia.
Tak banyak sikit pun jadi la...nasihat aku terbekas dalam hatinya.
Tugas guru zaman sekarang cukup mencabar. Bukan mengajar tapi mendidik. Ruang utk mendidik tanpa campurtangan dari pihak luar. Ibu atau bapa tak menyokong tindakan anak2. Percayalah tak ada guru yang sengaja mencari salah anak2 kita. Semuanya utk kebajikan. Kalau tugas mendidk anak di rumah dikongsi bersama guru, aku percaya anak2 kita akan menjadi insan kamil.
Malangnya kalau ibu atau bapa sendiri tak sembahyang, rambut merah berkaler, kuku rambut bapa pun panjang, adakah anak tak mengikut contoh?
Ya Allah, kupohon dariMu, tetapkan lah hati kami dalam cahaya keimananMu, jauhi kami dari gejala dan anasir jahat yang mahu memalingkan hati kami dariMu, peliharakanlah anak-anak kami dalam lindungan rahmatMu, jadikanlah anak-anak kami insan yang solehah dan menyayangi kami sepertimana kami menyayangi mereka. Sesungguhnya Engkau amat penyayang dan pemurah. Makbulkan lah doa kami.Amin
1 comment:
Dengan kegawatan ekonomi, kerja yang mungkin takde...guru jadi sasaran kerjaya.GSTT...etc
Semoga ramai guru menjadi Cikgu sejati yang peka, prihatin dan dedidorez cam kau, aku, dan kengkawan kite yang lain.
Alhamdulillah Syukur.
Post a Comment