Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, May 23, 2009

LaDaP, Nasi ayam, MidValley, Jakel

Esok pagi ada LADAP. Tajuknya JSU dan Pembinaan Item. Dah boleh rasa betapa bosannya. Memang la LADAP tu penting tapi pemilihan tajuk tu......yg membuatkan orang berat hati nak ikut. Bosan la kalau asyik dengan akademik. Sesekali tukarla mood sikit. Tajuk tentang pendidikan ke, motivasi ke atau apa2 yg tak de kaitan dengan bidang tugas lima hari seminggu tu...( Aku harap Nazrul yg akan mengambil alih tugas SU Ladap nanti akan mengotakan janji nak menjemput Prof Mohd Kamil- Penulis buku Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman atau Pn Norbi - Penulis Asam Pedas Gula Melaka tu ). Kedua2 buku amat bagus. Satu motivasi bagi kita seorang guru mengharungi cabaran dalam pendidikan dan seorang insan dalam mencari keredhaan Maha Pencipta.
Esok pagi2 gak aku kena buat nasi ayam. Sebab pertama, nak tinggalkan suami dgn anak2 sbb aku ada Ladap. Sebab kedua, adik2 aku yg ada kat rumah sekarang menunggu janji aku, nak merasa nasi ayam aku yg terkenal dgn kesedapannya ( menurut kata suami aku la ). Aku masak nasi je bersama sos lada n sup tu. Ayam dah perap tadi so adik aku akan mengorengnya tengahari esok. Lepas tu mrk nyam-nyam ( nasi masuk perut la )
Suamiku pulak nak bawak anak2 n adik2ku ke Midvalley. Tu pun kalau si Hannah bangun awal ( aku doubt pasal ni sbb Hannah bru je tido ). Kalau tak, suamiku nak g dgn Sarah je ( dia beria2 nak g MPH sebenarnya - ada his favorite author kat sana esok ). Kalau itu berlaku, maka melepas la hajat adik2ku nak g Midvalley ( sbb kena jaga Hannah kat rumah la sementara abahnya g Midvalley )
Lusa lak aku bercadang nak g cari baju raya ( awal sangat ke?). Makluman utk semua- raya bulan Sept .Kain baju kurung la. Sebab cuti sekolah nak balik Trganu, boleh bawa baju2 tu sekali utk mak aku jahit ( dia dah warning awal2 lagi; tempahan hanya dibuka setakat bulan Jun ). Haha...Tak salahkan mak aku gak, dia dah tua, anak2 lak tak pandai menjahit. Dia kena jahit baju kurung anak2nya 6 org perempuan, cucu perempuan lak ada 7 orang. Kalau sorang dua pasang, maka dia kena jahit 28 pasang termasuk baju dia sendiri la. Tu belum lagi baju2
bestfriend2 dia ( jiran2 mak aku la ).
Minggu depan masih lagi exam. So spt biasa aku akan sibuk dari pagi2 hari lagi apatah lagi dua paper aku ari Isnin n Selasa.
Yang tragisnya....sambutan hari Guru pada hari Jumaat 29hb. Wawawa... Dah hilang seri hari guru tu bila lambat sangat sambutannya. ( Nak wat camne bila Pengetua nak gak ia disambut di hari terakhir persekolahan penggal ni )
Caio dulu. Nak kena bangun subuh2 sapei sbb nak masak nasi ayam

5 comments:

Haizamz said...

Wah...penat2 lepad Ladap sedap ade nasi ayam yg org lain masak. kalu kao masak sbg potluck pon sodap...tadi aku sempat tegok kengkawan main badminton, teringin nak join tapi tak daye...
Aku memang kepenatan ari ni..6 hari yg sangat penat. Aku dah email Prof. Tapi yg tak best, sbb kite dah guna sosial ethic. tu maka ladap yg tinggal hanya utk akademik. Takpe aku cobe jaye minta penceramah galmour cerite ttg bende2 yg boleh freshkan kite seme. kite buat je le kat dewan...lagi sejuk kan.

Unknown said...

so, hannah gi x MidValley tu? Dah brp hari Ladap? Cukup 7? Baju raya kaler apa lak tahun ni?

hannahsarah said...

Nazrul, kan baru skali social ethic. Takkan la 4x tu seme pasal akademik. Bosan la... Dapatkan Pn Norbi,sekurang2nya boleh fresh balik matlamat kita dalam pendidikan.

Kak G, ada 4x lg kot Ladap tu.. Prgram g Midvalley tetap berjalan ikut perancangan. Hmm..kaler tahun ni, kata abg kaler merah. Ntah serius ntah main2

Haizamz said...

Wan,

Untuk 2nd season LADAP nanti akan ada 30% utk non academic. Aku kan usahakan maner2 penceramah yg sengkatan dengan Pn.Norbi dan MKI.Insyaallah. Nanti aku buat plan tu. Aku pun nak dengar jugak penceramah yg dapat bg kite sedar diri dan banyak bermuhasabah. Semoga niat suci kite ni dimakhbulkan.

amiechomel said...

kak ta, aritu kitorang ladap pasal protokol, menarik gak! bukannya kita tau sangat pasal protokol kan. kitorang belajar protokol susunan bendera, gambar, masa makan, pakaian... syok gak ah... especially sebab penceramah nyer lawak...