Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, September 6, 2009

Keluar dari pertapaan

Setelah lama terperap di rumah setiap kali hujung minggu ( hanya hubby je kuar sorang2 atau aku je kuar tanpa anak2 ) gara2 H1N1, maka hari ini kami sekeluarga keluar ke Promosi Kraf Aidilfitri kat Kompleks Kraf. Sebelum keluar, dua beradik ni alas perut dulu. Dengan kek semalam la...apa lagi

Cepetlah kak, adik nak gak ni...

Nah, akak suapkan...bukak mulut tu..


Sesampai kami kat Kompleks Kraf, nampak sunyi je. Tak de orang walaupun jam dah pukul 11 pagi. Mungkin kerana tak besar kot pameran kali ni. Aku pun tak tahu klu suamiku tak memberitahu adanya pameran ni. Well, tak ramai orang lagi seronok nak membeli belah atau menengok2. ( Tengok2 aje ke??? aku tak caya dengan diriku ni....sure ada yang dibeli nanti.

Hah...kan betul, first booth je aku dah tergoda dengan hiasan dinding yang tertera kalimah ALLAH dan Muhammad. Tanpa fikir panjang dan sebab dah berjanji dengan suamiku aku akan beli satu hiasan untuk rumah setelah dia belikan lukisan pemandangan kat CM 2 bulan lepas. Infact hiasan yg aku beli ni harganya 1/3 lebih rendah dari yang dia beli....Janji dah tertunai.

Dah ronda satu pusingan, kita lepak dulu....

Wajah-wajah ceria di waktu pagi....

Pusingan kedua ialah tempat demonstrasi makanan dan cara membuatnya. First booth dari Sarawak. Apa lagi...kek lapis la...Khusyuk menengok kek2 tu...terliur tengok!!!!

Hannah tengah khusyuk menghayati kesedapan kek lapis tu....sampai terpejam mata

Second booth buat biskut batang buruk. Ko orang tahu ke buat batang buruk ni. Aku surrender aku memang tak pandai dan tak pernah buat pun. Ini yang tradisi punya...kulitnya dibuat sendiri bukan pakai kulit popia tu...Barulah aku tahu camne biskut ini dibuat.

Ni tempat lemang. Nampak tak lemang yang tengah dibakar tu...Panas tuh tapi sbb nak bergambar, tahan je la...

Dodol lak nak dikacau...betul2 kacau tu tapi sebelah tangan je. Sebelah lagi tu..anak dara tu tak nak jalan sendiri...

Khusyuk menengok adik tu menggentel siput - salah satu makanan kegemaran Hannah dan Sarah. Dek krn itu, belila sebungkus 250g dengan harga RM5.00. Murah la kot

Habis berpusing2 kat tempat demostrasi makanan, kita g tempat kegemaran wanita terutama aku la...Brooch dan aksessori. Tu tengah menengok2 mana nak beli ni...

Tak tahu nak beli yang mana, at last aku rembat dua set brooch.Haha....brooch raya. Lagipun aku punya brooch banyak dah yang hilang batu2 permata yg berharga tu...

Dah beli brooch, alamak.....ternampak lak rantai dan gelang one set yang cantik...Hati berkira2 nak beli, otak memikir2 budget. Tapi....akhirnya rembat gak satu setelah sekian lama, bertahun2 aku selalu tak jadi beli aksesori walaupun sudah berada di tangan. This time pejam mata, tangan hulur duit...

Penat berjalan kita rehat dulu. Kalau tak puasa, aku gerenti kami dah tentu makan ice cream. Disebabkan bulan puasa, so kami berhenti rehat dengan ....melihat persembahan muzik.

Tengok tu...hubby tersenyum girang mendengar irama kegemarannya...Nak tahu apa dia???

Persembahan muzik oleh Samsudin Lamin. My hubby kan suka irama klasik. So kena dengan halwa telinga dia la...tu yang tersenyum lebar tu...

Table runner tu cantik. Sulaman tangan tapi harganya....mak oi..tak sanggup aku nak spend that much for that table runner dengan kelincahan anak2 aku tu...Nak tahu berapa harganya? RM295.00. Mak2 datin je beli kot. Tunggu la aku dapat gelaran tu nanti satu hari nanti, baru aku beli. Insya Allah.

Ni cara menyulam kelingkam...Pernah tengok hasilnya sulaman ni. Tak tahu la ko orang pernah tengok tak? Benang warna perak bersinar...

Dah nak balik ni...kita berbuai dulu

Tegak je model fountain ni...

Balik rumah...disebabkan malam tadi tak sempat nak main basikal, maka birthday tu...menyambung la menggerek basikalnya...


Itulah dulu aktiviti di hari ke16 puasa. Tinggal satu hujung minggu lagi sebelum pulang beraya.
Kita jumpa lagi di lain entry. Cioa.

2 comments:

Haizamz said...

Kompleks Kraf...aku namapak ads tu last week.tak sempAT NAK GI PUN...smlm aku pun kleluar dr kepompong since 2 weeks ago tak gi mane2.aku gi KLCC. Best takde manusia sangat.aku pun takleh gi kompleks karf...nanti banyak je aku capai...tgh budjet la skrg ni.aku nak buy armchair kat umah. single leather sofa aku yg masa baru kawin ni dah usang...spoil ruang tamu..

ninarif said...

Ya Allah.. ruginya x p! kalau tak boleh tengok orang buat btg buruk camne.. sob sob sob..