Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 9, 2009

Happy Birthday To Sarah

Inilah birthday girl

Lagi

Teruja melihat kek Mickeynya

Tiup lilin tapi hanya padam dengan pertolongan kakak

Comotnya

Kesedapan hingga menjilat jari....

Lagi...


Pagi tadi jam 7.41, genap dua tahun usia Nur Sarah. Mengingati kembali proses kelahirannya cukuplah mengusik jiwa. Kelahirannya tahun itu selepas 20 hari kematian atuk aku dan 4 hari sebelum raya AidilFitri.Satu hilang dan satu muncul…Subhanallah

Dek kerana nakkan anak Terangganu, kami sanggup berulang-alik sampai dua kali dalam bulan puasa itu. Pertama kali semasa atuk aku meninggal. Pulang kerana kematian. Mengenangkan ada dua minggu lagi sebelum due, maka berbelah bagi gak nak pulang semula ke KL. Takut pulang kan bersalin di sana pulak. Tak balik kan, jenuh gak nak cari mc. Masa tu belum ada kebenaran untuk cuti awal bersalin.


Dalam berbelah-bagi itu, aku buat keputusan nekad. Balik KL!! Rupanya keputusan itu tepat sebab dalam dua minggu itu aku belum ada tanda-tanda untuk bersalin. Ada dua jangkaan bersalin iaitu 1 Okt dan 10 Okt. Scan kat UKM dijangka tarikh pertama dan mengikut tarikh akhir period tapi scan kat klinik lak doctor jangkakan tarikh kedua. Hah…sudah. Mana-mana la,asalkan senang prosesnya dan selamat.

“ Sabtu kita balik !” kata suamiku. Sabtu yang dipilih itu adalah pada 30hb September.

HAH! Terkejut. Tapi setuju je. Tawakkal je la kalau bersalin dalam perjalanan. Sekarang hospital kan dimana-mana. Tak susah pun.Mungkin kerana mengenangkan kalau aku sakit di tengah malam dan takde orang nak menjaga si Hannah, maka suami membuat keputusan itu.

So berangkat kami tiga beranak pulang ke Terengganu. 1hb Okt – aku masih sihat dan tiada tanda-tanda nak bersalin. Hari itu juga pergi klinik ibu dan kanak-kanak kampung mak mertua, jumpa doctor dan minta mc untuk isnin dan selasa jika tidak bersalin lagi.

4hb Okt – masih macam tiga hari lepas. Sihat dan tiada tanda2. So g klinik swasta ( klinik Dr Nizul, minta mc untuk dua hari lagi ). Hari jumaat tu g klinik Dr Muhaimin lak minta MC untuk satu hari. Alhamdulillah kedua-dua klinik ni memahami keadaan aku.

Hari Ahad 7hb Okt, disebabkan belum bersalin, aku kena la g klinik ibu dan anak lagi. Doktor bagi surat rujukan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah ( HSNZ ) kerana kes lewat bersalin dengan ditemani suamiku. Seusai urusan di klinik, suamiku bergegas ke airport untuk pulang ke KL.

So keesokannya aku ke HSNZ dengan ditemani oleh mak aku dan birasku yang baik dan boleh diharap tu ( Che Mail la sape lagi…). Dan Hannah ditinggalkan bersama Cik Ngahnya ( Kak Za – isteri Che Mail la. Memula check in HSNZ tengahari dapat wad 2nd class je sbb 1st class dah penuh. Tak kesah le mana-mana pun asal dapat bersalin senang dan selamat. Tapi menjelang lewat petang aku dapat 1st class. Well, ok gak tuh!

Malam itu jam 8, seorang doctor India datang memeriksa.

“Ok, kalau puan tak bersalin malam ni, esok kita tengok2 la apa yang patut”

Gulp.

Mengenangkan keseorangan meyebabkan hati ini sayu. Suami di KL. Nak balik pun dah tentu tak dapat sebab cuti raya dia bermula pada hari rabu. Kugagahkan diri dan semangat ini. Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh harungi semuanya sendirian.

Tepat 10 malam, ketika khusyuk membaca majalah yang dibawa oleh adikku ( Nor yang tinggal bersama keluarga mertuanya di Cabang Tiga – kerja wartawan Sinar Harian, so banyaklah majalah Karangkraf yang dibawanya untuk aku baca ), Plup!

Eh..eh..apa yang pecah? Walaupun bersalin kali kedua, aku tak pernah mengalami keadaan ini. Ketuban air pecah. Kali pertama dulu tak perasan keadaan ini lagipun mak aku kata dulu aku ketuban darah.

“Nurse! Nurse! ” Laungku. Kebetulan meja mereka tak jauh dari bilikku. Habis basah kain batik yang dipakai. Setelah diperiksa oleh nurse dan doctor, mereka menjangkakan aku akan bersalin awal pagi.

Ha…bermula proses kesakitan itu. Ya Allah, sayu hati bertambah2. Kalau dulu ada suami disisi. Kali ini sendirian menahan kesakitan. Ya Allah tak putus2 berdoa agar segala mudah. Tanpa suami, tanpa mek dan tanpa ditemani sesiapa walaupun adik bersanggupan untuk menemani aku. Biarlah kuharungi sendirian. Alang2 xde suami disisi biarlah tak ditemani sesiapa pun jua.

Malam itu sememangnya seperti empat tahun sebelumnya, semasa melahirkan Hannah. Malam tanpa sepincing tidur yang nyenyak. Malam yang terasa panjang. Mengharungi segala kesakitan.

4 pagi diperiksa lagi memandangkan kesakitan itu makin memuncak. Namun pemeriksaan dari yang pakar mengatakan segalanya lambat lagi. Ya Allah, hanya Kau yang maha berkuasa.

6.40 pagi….masih dalam wad. Aku dah tak tahan lagi. Nurse! Nurse ! Kali ini suara seakan tak keluar lagi dah. Nasib baik akak sebelah katil ( hari yg sama bersalin dgn aku tapi melalui pembedahan jam 9 pagi itu ) menolong memanggilkan nurse. Seorang nurse yang sama dari malam tadi ( baik orangnya, asyik menenangkan aku je ) datang terkocoh-kocoh memeriksa lagi.

Hah…? Terdengar dia terkejut. “ Dah 7 dah”

Maka dengan segera aku ditolak ke labour room tepat jam 7 pagi setelah segala persediaan selesai. Yang sayunya….bila hendak ditolak ke labour room, seorang nurse memberi aku kebenaran membawa suami masuk ke labour room. Waaaa….aku menangis lagi ( dalam hati je )

“ Suami saya kat KL. Esok baru dapat balik ” Lemah dan hiba nada suaraku.

Tanpa ada jawapan balas dari nurse ( agaknya dia pun sayu gak kot ), aku terus ditolak masuk ke labour room

Di dalam labour room itu, sebelah katil aku terdengar suara seorang perempuan. Haha…...dalam kesakitan itu aku sempat memasang telinga. Seorang perempuan muda atau seorang bakal ibu yang tiada pengalaman. Ku dengar dia mencuba dari aku mula masuk labour room hingga la aku selamat bersalin. Dari mencuba cara biasa sampai la dia ditolak ke dewan bedah kerana babynya hampir lemas.

Tepat 7.41 pagi, lahirlah seorang puteri lagi dengan berat 2.64kg setelah 3 kali percubaan . Segalanya mudah, senang dan cepat. Tanpa menitiskan setitik pun air mata kerana suami tiada disisi, aku menjadi seorang yang cukup tabah mengharunginya seorang diri.( Mungkin kerana Allah tahu aku tiada peneman disaat itu, maka laluannya agak mudah ). Menitis air mata kegembiraan kerana kelahiran itu, diqamatkan oleh atuknya yang setia menunggu diluar sejak jam 8 pagi bersama opahnya.

Suamiku hanya dapat melihat wajah anaknya melalui video call. Tak sabar dia nak balik. Sebenarnya dari malam aku sakit tu pun, dia dah nak balik tapi aku melarang sebab hari rabu dah cuti raya. Tak lama pun Cuma sehari je lagi pun.

Setelah keluar dari labour room tengahari, dapat la mak, ayah,adik aku, Che mail melihat ahli keluarga baru. Petang pulak Cik Na sekeluarga datang melawat.

Hari ketiga barulah dapat keluar dari HSNZ. Mak aku datang setiap hari selama 3 hari itu. Betapa besar pengorbanan mak aku. Dijemput oleh my beloved hubby. Walaaaa…..seronoknya.

Saat tak boleh lupa ialah bila Hannah teruja melihat aku bila keluar dari kereta ( dah 3 hari tak jumpa kan ) tapi….bila melihat ada baby, dia terus menangis dan cuba menyakitkan adiknya.Mungkin dia rasa dia tidak dipedulikan lagi. Aku cuba memeluknya namun gagal menghentikan tangisannya. Akhirnya dia dibawa ke rumah mak mertua oleh suamiku.Mujurlah petang itu, sekembali Hannah dari rumah mak mertua, dia dah boleh menerima kehadiran adiknya.

Raya tahun itu tanpa ketupat, tanpa rending. Sedihnya….tapi apa boleh buat….tapi tetap berbaju raya!

Satu lagi insiden yang tidak boleh dilupakan sepanjang berpantang di kampung ialah bila Hannah dibawa pulang ke rumah mak mertua oleh kakak ipar aku. Dan bila dihantar semula dia tak mahu dengan aku. Sedihnya. Aku menangis beria2 lak gak sampai dipujuk oleh suami melalui phone pun ( my hubby dah kat KL masa tu ), rasa sedih itu masih tak hilang. Haha….masa itu aku fikir anak aku dah tak sayang aku.

Setelah dua tahun membesarkan Sarah, ternyata dia anak yang pandai walaupun terpaksa memberikan lebih perhatian pada penyakit lelah dan ezemanya. Dua tahun dia dah petah berkata2. Walaupun kuat mengamuk namun itulah kerenah seorang anak. Kita akan merindui saat-saat membesarkan mereka kerana jangkamasa mereka bersama kita bukan lama. Terlalu singkat. Pejam celik pejam celik mereka dah meningkat remaja.


Buat anakku tersayang Sarah…ibu doakan agar Sarah membesar menjadi seorang muslimah yang taat, patuh pada ajaran Islam, berjaya dunia dan akhirat, menjadi anak yang solehah, mendoakan ibu dan abah bila kami tiada di dunia ini.

p/s : Hadiah utk Sarah masih belum beli. Takde idea tapi biasanya tiga tahun pertama Hannah aku belikan barang kemas, so rasanya Sarah pun sama la











5 comments:

najmiah said...

Happy birthday untuk Sarah. Moga cepat besar dan jadi anak yang berguna, dan berbakti pada semua orang. Semoga sihat dan ceria selalu.

amiechomel said...

Happy birthday sarah! Be a good girl!

wanrosida said...

selamat hari lahir..semoga Allah merahmati sarah untuk terus berbakti pada ibu dab abh...

dari,
umar luqman

Haizamz said...

Happy Birthday Sarah,

Semoga jadi anak yang solehah. Auntie doakan kesejahteraan Sarah dunia dan akhirat.

Senyum Selalu:)

hannahsarah said...

terima kasih semua atas ucapan dan doa2 itu. Insya Allah Sarah akan menjadi insan yg kamil. Berkat doa untie2 semua