Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, October 23, 2009

Open House, Bukit Belacan

Dek kerana kesibukan di sekolah ( kerana program Hari Karnival Keusahawanan esok ) dan di rumah serta ketiadaan computer hampir 2 hari ( Kawan S/U Headcount pinjam utk penghantaran data HC Trial SPM ke PPD ), maka event yang berlaku hari Sabtu, Ahad dan Isnin hanya boleh dikarang hari ini. Hopefully la….Basi pun basi la citerni....apa boleh buat. Memang bz giler...


Hari Sabtu – Hari open house kami. Segalanya bermula pada malam Jumaat apabila canopy dipasang. Mereka datang memasang canopy jam 11 malam. Lewat satu jam dari yang dijanjikan. Tak pe la…mungkin sebab banyak tempahan.


Cadangan asal cuma nak memasang dalam kawasan pagar rumah kami. TAPI….bila saiz conopy itu 20x20, nak tak nak kena pasang di depan rumah. Merentangi jalan. Semuanya salah aku sebab semasa menempah aku tidak bertanyakan saiz canopy tersebut kerana dalam fikiranku mereka tentu mempunyai banyak saiz. Memandangkan mereka hanya ada satu saiz je…so, pasang aje le…


Mengenangkan kami hanya membuat open house bukannya kenduri mengahwinkan Hannah atau Sarah, maka suamiku membuat keputusan mencari canopy yang agak kecil di Tesco. So itulah yang kami pasang di ruang porch kami. Segan gak nampak guna canopy yang disewa. Takut orang datang berperingkat2. Kalau kenduri mungkin la sebab orang akan datang serentak.


Jam 10 pagi – maid harian yang diupah khas untuk hari berkenaan sampai ke rumah. Berjemput dari rumahnya di Pandan Cahaya. Dalam masa yang sama, makanan yang ditempah dari caterer Saujana Impian sampai. Jauhnya…menempah makanan. ( Itu caterer yg biasa dengan kakakku – setiap kali dia mengadakan jamuan, khidmat caterer itu lah yang digunakan). Kami pun puas hati dengan makanan dan harga itu. So jauh pun jauh la….


Jam 11 – meja dipasang oleh pekerja canopy.


Jam 12 – Open house bermula. Tetamu pertama kakakku sekeluarga. ( Dia menghantar bubur kacang yg dibuatnya dan roti jala yg ditempah di Kajang ). Sebab itu lah dia tetamu pertama.


Selepas zohor, tetamu mulai datang. Makin lama makin ramai….sampai tidak terlayan dengan sepenuhnya dan yang paling terkilan ialah aku terlupa untuk mengambil gambar2 untuk dimasukkan dalam blog dan FB. Yang ada Cuma gambar kakakku sekeluarga kerana masa itu masih tiada orang, so dapatla berposing. Bila orang dah datang sedikit demi sedikit, hah..…masa itu semua dah tak ingat nak amik gambar. Waaaaaa…..ralatnya!!!!

Sambutan hangat dari jemputan mengurangkan rasa ralat itu. Alhamdulillah. Kami pun takut2 gak kalau ramai jemputan tidak dapat memenuhi jemputan kami. Syukur padaNya. Hajat untuk menjamu kawan2 baru dan lama dapat terlaksana dengan mudah.


Rasa gembira yang teramat apabila dapat berjumpa semula kawan2 lama kat ITM dulu. Seronok dapat bersua dengan Nor Shehah ( along ), Nor Azlinah ( alang ), Hafsah ( ateh) n Khairul Nisa ( acu ). Cuma setakat ni kami totally lost contact dgn Rosnani (angah ). Entah di mana la dia sekarang…………..

Namun kerana kesuntukan masa dan kesibukan melayani tetamu menyebabkan perjumpaan dengan adik beradik tu tidak sepenuhnya mencapai kemuncaknya. Insya Allah ada rezeki lagi aku akan menjemput mereka lagi menjamu selera. Kali ni nasi dagang ( tunggu mak aku datang dulu la….aku mana pandai buat nasi dagang – nama je org Terengganu….huhuhuh..)


Malam Sabtu tu dua-dua flat la..Penat weh!!! So proses mengemas tidak sepenuhnya dapat dilaksanakan. Aku membiarkan aje bekas-bekas hidangan itu. Nasib baik Kak Sri dah membasuh periuk2 besar tu sebelum dia balik.


Pagi Ahad – Proses membasuh bekas hidangan dan mengemas rumah. Penatnyer….


Nak basuh porch dah tak larat. So tangguh dulu. Harap2 ada masa sebelum sekolah hari Selasa. Petang ada 2 open house – Nursery Hannah dan rumah Kak Ila. Wajib g tu…so selepas zohor g nursery dulu walaupun perut tak berapa sihat. Lepas tu g rmh Kak Ila. Tersesat jab…salah baca peta yang dia bagi. Tapi rupa2nya ramai gak org lain yg sesat, tak jumpa rumah Kak Ila. Semua org kata dia tak pandai lukis peta.Hahaha….

Pagi2 Isnin – basuh porch sebelum buat kerja lain. Kalau dah buat kerja lain, tentu porch ni tertangguh lagi. Sesudah itu, entah apa mimpi suamiku mengajak ke Bukit Belacan ( hmm…dia pun cuti gak bila tahu bini dia cuti deepavali lagi ). Aku no problem aje


Namun, tiada keseronokan la…Pertama bagi budak2 tu, airnya terlalu sejuk. Kedua bila hanya kami sekeluarga je, rasa macam tak meriah lak. Tak macam masa bersantai kat Kem Merbau Menyusut dulu. So tak lama pun kami di sana.


Tengok je la…dua tiga keeping diambil sempena cuti deepavali ni…







Ni canopy yang tak digunakan...

Enam tetamu pertama


Dua gambar kat atas tu di Bukit Belacan. Dek kerana dah lama tak bermain kat park, so ni dulu yg diterjah oleh anak-anakku

Kesejukan bermain air

Kehijauan Bukit Belacan

Sambung main lagi....

Dalam perjalanan pulang rumah setelah sekali round kat Carrefour Ampang. Biasala ais krim menu utama...kihkih

Comotnyer....

Mata yang mengantuk


2 comments:

najmiah said...

nampak ok tapi kenapa x ramai orang gi Bkt Belacan tu ya? Dgr cerita Imah tp frust gak lah x dpt tgk kemeriahan open house Ta tu...

hannahsarah said...

sbb sekolah je cuti deepavali ari isnin tu...Yg lain kerja, so sbb tu xramai org