Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, September 13, 2010

Eid Fitri 2010

Syukur Alhamdulillah setelah mengharungi segala ujian di bulan Ramadhan, kami menyambut Eidul Fitri 2010 di rumah makku. Mengikut plan asal, beraya di rumah mak mertua tapi memikirkan semua kakak ipar dan adik2 ipar beraya di rumah mak mertua, maka plan asal bertukar. Jadinya makku tak beraya tanpa anak2 yang jauh dan mak mertuaku nanti pun takkan berada keseorangan tanpa anak2 di tahun depan. Ya la....kalau semua ipar beraya di ruamh mak mertua tahun ni, tahun depan gerenti tak de sesape bersama ( kecuali kak long yg kebetulan mak mertuanya hanya di depan rumah mak mertuaku). Maka dengan itu, perubahan tempat beraya bertukar. Tapi biasanya pun lepas tengah hari kami bergerak ke rumah satu lagi la...

Seperti biasa la di petang raya, mestilah juadah hari raya perlu disediakan. Rendang, ketupat dan menu nasi tomato ( request mak aku ) jadi hidangan utama di pagi raya. Rumah mak aku tak putus2 dikunjungi tetamu seusai solat raya. Berpeluh gak la ketiak dan lenguh la kaki duk bergerak sana sini melayan tetamu.

Tema tahun ni - kelabu tapi dah cam biru lak bila ditouchup oleh software fotografi

Di hari kedua singgah rumah tok adik ( moyang suamiku ) masa kami on the way g Bachok. Anak buah suami kawin hari tu....Ala...takde gambar pengantin sbb masa tu suamiku tengah duk mendukung Sarah yang terlentok tido.....

Ni hari ketiga - bersiap sedia nak beraya rumah tok aku di Bukit Bading.

Hannah atas riba tokku - menunjukkan tangannya bekas cucuk masuk air masa kat hospital

Ni saja2 posing mengisi masa di waktu petang di hari raya pertama....

Hari ke empat - hanya tinggal aku satu famili n adik iparku yang tgh berpantang di rumah mak mertua. Rumah mak aku lak...kakakku baru sampai dari Perak semalam. Adikku pulak kekadang kat rumah mak, kekadang kat Kuala Terengganu ( rumah keluarga suaminya). Terasa lama lak cuti kali ni kerana suami pun bercuti hingga Ahad depan. Alamaknya kena plan sesuatu la supaya tak bosan.....( ke Pantai Rhu Sepuluh tu wajib masuk dalam agenda ni....)

Apa2 pun syukur masih berkesempatan menyambut Hari Raya bersama insan2 tersayang... Moga kesempatan itu masih diberikan dalam tahun2 mendatang. Amin

No comments: