Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, May 21, 2010

Anak-anak dan makanan

Satu masalah yang aku tahu ialah kanak-kanak payah untuk disuruh makan. Anak-anakku tidak terkecuali tapi.....minggu ini kurasakan makin meruncing.

Hannah cuma minta susu coklat dia. Boleh minum 3 - 4 botol sejak balik dari nurseri jam 5.30 petang hinggalah waktu tidur. Itu sahaja tanpa sedikit pun makanan.
Sarah lak obses dengan biskut. Biskut la dimakannya lepas sekeping, sekeping lagi...sekeping lagi. Selalunya oat crunch la favorite dia. Dak pun chipsmore. Cream craker pun dibalun je....

Dan selalunya bila malam, aku offer nasi, mereka menolak. Kekadang fikir mereka bosan nasi, aku buat mee, tapi sama gak. Hari aku masak nasi, mereka minta mee, hari masak mee, nasi lak diminta. Akhirnya apa pun tak masuk mulut mereka tuh.....

Dalam keadaan sekarang di mana kekadang rasa mual dan loya je bila bau masakan, aku cuba sedayanya menyediakan sesuatu yg aku rasa mereka akan makan sbb ada waktunya makanan seperti lempeng kelapa or jemput2 atau pau atau roti akan disentuh jua. Namun segalanya tidak begitu pada minggu ni.... sakitkah anak2ku? Seperti biasa je kutengok..................lincah!!!

Dah lama tak bagi dia orang makan multivitamin. Rasanya kena beli semula la!!

Susah hatikan bila anak2 tak mau makan........

Thursday, May 20, 2010

Pengetua, Guru Besar tidak cekap

ARKIB : 19/05/2010

Akhir-akhir ini sering dipaparkan di dada akhbar mengenai beban tugas guru yang semakin bertambah. Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa Kementerian Pelajaran dan pucuk pimpinan kerajaan adalah punca segala-galanya.

Hakikat ini tidaklah benar semuanya. Ini kerana setiap arahan mahu pun sesuatu bidang tugas yang diturunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah lazimnya melalui pelbagai peringkat kajian atas kewajaran sesuatu tugas itu perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah.

Beban tugas yang semakin berat dan bertambah seringkali datang dari kerenah Pengetua dan Guru Besar itu sendiri yang tidak cekap dalam memimpin guru-guru di sekolah. Perlu disedari bahawa bukan semua guru merasa terbeban dengan tugas yang kononnya makin bertambah kini.

Sebaliknya bebanan tugas ini timbul di sekolah yang dipimpin oleh golongan Pengetua dan Guru Besar yang tidak memiliki kemahiran memimpin dunia pendidikan dengan ertikata yang sebenar.

Mengambil contoh, rungutan bahawa guru kini dibebani tugas perkeranian dan pelbagai lagi tugas pendokumentasian. Dalam hal ini Pengetua dan Guru Besar yang harus dipersalahkan kerana mereka yang tidak bijak menghalakan tugas-tugas seperti perkeranian, pungutan data dan pendokumentasian sesuatu dokumen.

Mereka lebih terarah untuk mengarahkan guru-guru melakukan tugas-tugas seperti ini kerana apabila diberikan tanggunjawab ini kepada guru, ia akan selesai dengan baik kerana nilai kecekapan dan kebertanggungjawaban guru adalah tinggi dengan anggapan bahawa sesuatu tugas itu akan selesai dengan baik tanpa risiko kegagalan.

Malahan ditambah pula sikap sesetengah Pengetua dan Guru Besar yang meletakkan keutamaan cita-cita peribadi mengatasi kemampuan dan kesediaan organisasi itu sendiri. Maka akan terjadilah guru terpaksa bertugas saban Sabtu tanpa cuti. Guru-guru terpaksa akur kerana di akhir tahun risau akan penilaian Pengetua dan Guru Besar. Dakwat pena Pengetua dan Guru Besar lebih hitam di saat-saat sebegini.

Guru-guru seringkali lebih tertekan dan terbeban seandainya organisasi mereka dipimpin oleh Pengetua mahupun Guru Besar yang buta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerana semua dokumen perlu disediakan dalam tulisan tangan yang sudah semakin ketinggalan kini. Ini termasuklah terpaksa menyediakan rancangan pengajaran berulangkali dalam sehari sedangkan KPM telah menyediakannnya dengan lengkap segala isi dan huraiannya sekali.

Oleh itu seluruh warga KPM, Kesatuan Guru dan warga pendidik harus merenungi hakikat beban guru yang menjadi sebutan di saat ini. Walaupun pelbagai jawatankuasa ditubuhkan namun semua cadangan tidak terlaksana sehingga ke saat ini.

Saturday, May 15, 2010

Luahan hati seorang guru

Sudah dua tahun setiap kali sambutan hari guru, guru2 bersama pelajar dikehendaki ke sekolah untuk gotong royong perdana peringkat nasional. Semua sekolah di seluruh negara. Bukan berat tulang untuk datang bergotong royong tapi persoalannya kenapa pada bulan Mei? Tahun lepas lagi haru...tarikh keramat untuk guru iaitu 16 Mei terpaksa datang berpeluh di sekolah. Tahun ni 15 Mei. Dalam banyak2 hari setahun, kenapa bulan Mei???? Kenapa tidak hari@ bulan lain? Adakah pada bulan tersebut guru menjadi tukang kutip sampah? Agak2nya bila sambutan hari polis, ada tak polis kena bergotong royong di balai? Hari jururawat, jururawat kena bergotong royong di hospital? Tentera bergotong royong di kem2 bila sambutan hari tentera?

Rasanya tak de kan!! Malah mereka dapat imbuhan naik gaji lagi!!! Guru mana ada semua itu? Pergi kursus pun, berkongsi bilik hotel seramai 2,3 orang. Kalau kerja di bidang lain dalam sektor kerajaan, dengan gred DG41 tu, mereka tak perlu pun berkongsi bilik! Tenaga diperah tanpa mengira hari, siang atau malam.

Mana ada jabatan kerajaan lain sekarang yang datang bekerja pada hari Sabtu???? Kami guru2 ni setiap sabtu mesti ada je program. Tiada istilah sabtu minggu kedua atau keempat. Agak2nya guru2 ni takde keluarga kot!! Boleh je dikerah ke sekolah bila2 masa atau disebabkan pandangan umum mengatakan kerja cikgu ni separuh hari? Cuba la orang2 di luar sana duduk berkampung di sekolah selama sebulan dan lihat realiti kehidupan seorang guru. Dengan jadual waktu mengajar melebihi 24 waktu seminggu, tugas perkeranian yang tak pernah susut biarpun brtungkus lumus dibuat. Tempat kerja pun bersesak2 @ berkongsi meja. Aircon ada tapi sekadar hiasan. Dipasang pun tak de beza! Suasana kerja lansung tidak kondusif. Berpeluh2 dalam bilik guru yang tertutup tingkapnya kerana ada 'aircon'. ( Teringat kata Dr Jamil- kerana istilah bilik guru tidak ditukar kepada istilah pejabat guru, maka itu guru tidak mendapat keselesaan sebagaimana pegawai2 kerajaan yang lain. Istilah itu seharusnya ditukar oleh bahagian pembangunan bukannya mengecilkan meja guru kerana istilah bilik guru itu!)

Bebanan guru bertambah dengan seribu satu perangai pelajar2 dan kerenah ibu bapa yang merasakan mereka mengetahui perilaku anak2 mereka!! Seringkali tindakan guru ditafsirkan sebagai ancaman dalam membentuk anak2 yang 'kurang diajar' bukan tindakan untuk membetulkan apa yang pincang. Siapa la guru ini......Sedangkan ibu bapa berpangkat2, berkerjaya hebat2, berpendapatan besar. Apa la sangat guru2 ni.................

Kalau dapat pentadbir yang menyokong segala tindakan kita dalam mendidik anak2 murid, syukur alhamdulillah. Tapi kalau dapat pentadbir yang asyik menyekat tindakan yang dibuat ke atas pelajar yang bermasalah, bagaimana boleh masalah disiplin boleh ditangani? Guru sekarang seringkali dikongkong dengan segala macam pekeliling. Pekeliling yang dibuat untuk menyenangkan ibu bapa pelajar kerana pengaruh tangan-tangan besar yang mencorakkan pendidikan negara. Bukan pekeliling yang menyokong tindakan guru dalam membentuk jati diri pelajar menempuhi cabaran globalisasi dan segala macam masalah kemasyarakatan.

p/s : ini cuma pandangan peribadi aku sebagai insan.

Friday, May 7, 2010

Semangat je lebih.....

Semalam g SMKA Maahad Hamidiah. Ada kursus Penulisan Penyelidikan Pendidikan bagi guru2 Ting 6. Akhirnya jadi gak kursus ni setelah tertangguh dua kali. Penceramahnya Dr Jamil Ahmad - Pensyarah dari UKM. Dia telah bergelumang dengan bahagian EPRD hampir 12- 14 tahun. ( Not so sure tapi lama la ). Bagus gak intipati kata2nya.

" Guru tidak menganggap diri mereka sebagai penyelidik tapi subjek penyelidik".

Dan akhirnya masalah pendidikan yang dihadapi oleh guru diselidiki dan diselesaikan oleh orang di luar dari bidang pendidikan yang mana cadangan atau usulnya nanti menambahkan bebanan kepada guru2.

Sejajar dengan perubahan untuk guru2 Ting 6, maka Dr Jamil menggalakkan guru2 terlibat dalam Kajian Tindakan. Mengkaji masalah sendiri dan mengambil tindakan. Tegasnya lagi,. bukan takde guru2 yang membuat kajian masalah sendiri tapi tidak ramai mengambil tindakan untuk mendokumentasikan tindakan yang diambil itu.

Wah....bersemangat mendengar dia bercakap sampai aku terasa la berkobar2 nya untuk mengambil langkah awal memulakan kajianku. Namun...........................takut hangat2 tahi ayam je...( Opppssss......). Hahaha....kerana kutahu diriku bagaimana.........last minute punya orang!!!!

Pepe pong..... sememangnya kena buat dah Kajian Tindakan tu sebab ni dah bulan Mei. Selalunya kata Dr Jamil, cikgu2 memberi alasan tiada masa dan banyak bebanan tugas mengekang mereka dari meneruskan kajian itu. Betulllllllllllllllll........setuju 100%. Tapi dari dapatan dia menunjukkan sebenarnya, kekangan masa dan beban tugas tu menyumbang tak sampai pun 1% dari faktor2 itu. Faktor utama ialah sikap positif guru terhadap tugas penyelidikan.


Hmmm.....cam mana nak mula yekkk????

Apa2 pun kita memasak dulu.......Hari ni pertandingan memasak antara guru2 Pandan Mewah sempana Hari Guru. Wah....kecoh dan riuh di bengkel KH tadi. Pertandingan bermula dari jam 12.30 tengahari. Para peserta diberi masa 50 minit untuk menyiapkan hidangan utama berasaskan mee, beehoon or kueh teow. Pasukanku diketuai oleh Kak Siti Zamrud, Nazrulhaiza ( dua2 pakar masak ), Kak Zuraini ( akak ni baru di Pandan Mewah, so tak tahu la dia pakar ke tidak ) dan aku la hanya pakar makan je....Sebelum masuk ke bengkel, rasa mual membuak2 sampai rasa nak tarik diri je tapi bila tgk kemeriahan dan keriuhan guru2 termasuk la dua group guru lelaki, segala mual dan loya2 hilang.....hahaha...

Tugas aku hanya la menghiaskan dan melengkapkan meja hidangan. Chef utama Kak Siti dibantu dengan hiasan makanan yang dibuat oleh Nazrul. Menu utama mee hailam pandan mewah. Dessert dibawa dari rumah. Kak Siti wat puding laici. Cuma sayang sikit la hiasan pada puding tu senada je. So mungkin hilang la sikit markah keceriaan hiasan pada makanan. Berdebar2 gak bila time juri2 merasa makanan kami. Tengok group2 lain punya kreativiti hiasan wah punya la meriah. Pepe pong...tungu je la keputusan juri yang hanya akan diumumkan pada hari guru nanti. Menang kalah adat bertanding. Bak kata Kak Siti - Just for fun

Aku tunggu Kak Siti upload gambar2 tu kat FB. Minggu depan Isnin adalah hari pendaftaran pelajar Ting 6 Rendah. Minggu yang pasti sibuk. Ada dua slot untuk aku. Taklimat Kokurikulum dan taklimat matapelajaran Pengajian Perniagaan. Dan menyelia juga aktiviti keceriaan di padang. Dan tidak lupa latihan dikir barat guru2 di sebelah petang sempena Hari Guru yang akan disambut pada 17hb di peringkat sekolah.

Hm...skema dua2 kertas PP belum lagi bertaip walaupun soalannya dah siap. 16 soalan esei panjang. Fuuuhhhhhh....jenuh gak nak menaip tuh!!! Sape la boleh jadi typist aku untuk seminggu. Ada sesape tak de kerja???? Jom2... call aku!

Saturday, May 1, 2010

Cerminan Diri

Lokasi : Teso Ampang
Hari : Jumaat
Masa : Tengah hari


Semalam g Tesco Ampang, nak mencari sedikit barang dapur. Bukan nak cerita tentang barang2 yang dibeli atau nak promote barang2 murah harian di Tesco tuh.....

Dalam duk beratur nak membayar tuh....di depan aku ada la satu famili yang terdiri daripada seorang bapa dan ibu bersama dua orang anak ( dua2 perempuan @ satu perempuan dan satu lelaki kot anak mereka ni...tak ingat ). Agak muda, sebaya2 aku barangkali. Penuh la satu troli barang yang mereka beli. Mungkin macam aku gak kot yang suka beli barang untuk sebulan. Senang dan boleh budget!

Dalam duk melayan kepala yang berpusing dan hormon yang belum stabil nih...sementara menunggu giliran, perempuan tadi tersenyum padaku. Orang senyum kita pun lebarlah senyum balik. Nanti klu tak senyum kan, ada orang kata aku sombong lak. Okay la...tak masalah pong kan.....sekadar senyum!

Tetiba, terdengar perempuan itu memaki perkataan " B**I". Eeehh...eehhhh...kat sapa lak dia maki tuh????

Rupa2nya dia marahkan cashier Tesco tuh....sebabnya melempar wang yang diberi olehnya. Terdengar cashier itu pula membalas kata2 perempuan itu : " Dah ko dulu lemparkan duit tuh". Oh...maksudnya perempuan itu masa membayar tadi main lempar je duit tuh. Agaknya cashier tu rasa 'panas hati ' kot...tu sebab dia pun membalas la apa perempuan tu buat.

Hmm......Terkejut gak la bila terdengar perempuan tu maki depan anak2 dia. Satu contoh yang 'baik' sangat la tu pada anak2nya. Tak heran la klu nanti2 di masa2 depan, anak2 dia pun akan menggunakan perkataan itu. Ya la dah selalu dengar mak duk guna perkataan itu, jadi tak salah la tu bagi pandangan anak2nya.

Orang berbudi, kita berbahasa
Orang memberi, kita merasa

Mungkin atas dasar itu la...cashier tu pun tak mampu untuk berbahasa dengan orang seperti itu.

Entahla....................................................