Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, January 11, 2016

I am not a baker

Lately suka beno bakar membakar.  Semuanya berpunca dari brownies la.... Dulu suka order brownies dr seorang baker ni... Full time baker.  Agak mahal.  Tapi bila dia naikkan lagi harganya,  saya  mula membuat brownies sendiri.  Well.... Takde la sedap tp boleh la untuk tekak sendiri dan anak2. Kanak-kanak riang ni suka sesuatu yang chocolatey... Sebab itu lah brownies dan kek milo boleh habis dalam 24 jam je... Janganlah rajin-rajin nak kek atau brownies selain daripada yang tersebut di atas,  alamatnya ia akan mengalami kesukaran untuk dihabiskan.  Juga jangan sekali letak frosting yang cantik-cantik kerana semua itu akan ditolak ke tepi biarpun frosting itu sangat sedap di tekak orang tua ni....atau letak segala mak nenek kekacang dalam brownies..... Nanti tengoklah berlonggok je kacang tu kat tepi........... *sigh

Cuma oven tu sekarang ni macam ada sedikit ragam la... Ada masanya masa membakar mengambil masa yang lebih lama daripada sepatutnya.  Pemanasnya sudah agak 'biol'  kot.... Nampak gaya mcam kena tukar baru tu.  Tapi tu la... No money no talk la..... Kena perap la dulu keinginan ber oven baru dan dalam masa yang sama kenalah juga peram dulu kerajinan bakar membakar tu... Hurm

3 comments:

ninarif said...

Nope.... silap tu.. beli dulu oven.. jual brownies untuk cover balik harga oven tu hehe

hannahsarah said...

Nina..... K. Wan bukan miss baker mcm nina... Kihkih... Bake hanya mulut sendiri dan anak2 je....

hannahsarah said...
This comment has been removed by the author.