Diam tak diam, terasa cukup pantas masa berlalu. Dari seorang baby yang beratnya hanya 2.43kg, sekarang Hannah sudah membesar dan makin menawan ( puji anak sendiri la, aci ke?? ) serta semakin pandai bercakap dan memahami situasi di sekelilingnya.
So sempena ulangtahun kelahiran hari ini, suamiku dan aku menghadiahkannya sebuah basikal warna pink ( sesuai la dgn perwatakannya yg girlish tu )
Tengah mencuba2 basikal baru - lewat sangat abah bawa balik basikal tu...( Gara2 g servis kereta lama sangat dari jam 4. Jam 7 baru muncul hadiah ). Nak main pun dah nak maghrib
Kebetulan pulak sambutan kali ni bulan puasa, jadi aku menjemput kakakku sekeluarga berbuka di rumah. Hannah pulak tak berselera sangat nak makan nasi ayam sbb tak sabar nak makan kek Tom n Jerry ( sebenarnya dia suka kek Mickey or Princess tapi bila g kedai kek, kek gambar MIckey or Princess takde, terpaksa la ambik kek yg ada....)
Kak Ain Batrisyia dan Kak Ain Natasha yang tersandar kekenyangan berbuka dgn fovourite mereka - nasi ayam aku la...
Hannah,
Membesarlah sayang dengan penuh kebahagiaan....
Jadilah seorang anak yang taat dan patuh pada ajaran agama, hormat dan sayangkan ibu dan abah sampai ke akhir hayat ibu dan abah....
Moga sentiasa dilindungi dari kejahatan manusia dan godaan syaitan...
Moga selamat dunia dan akhir
dan berjaya juga dunia dan akhirat
Amin.
Ibu amat sayangkan kakak....
4 comments:
happy birthday Hannah, daripada Cik Na, Ayah Cik, Azri, Aiman dan Adib. Kami semua sayangkan Hannah.
Happy birthday little princess! Dlm ramai2 cucu tok, Hannah la yg paling girlish, teruskan kegirlishan hannah tu yer... Salam sayang dr ciksu, ayahsu, kak aleeya and ammar tomen!
Tima kaceh untuk seme...( suara hati hannah tu..)
sori la Hannah, cik de baru perasan, lewat sikit tak apa la..kan? Selamat hari jadi Hannah, moga jadi anak yang bahagia dan membahagiakan semua orang. Cik de bangga dgn kegirlishan Hannah, payah nak jumpa dah skrg ni! Salam sayang dari kami di Jerantut...jauh, tapi dekat!
Post a Comment