Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, October 31, 2009

Cerminan Diri

Cepat! Nanti mama lambat! Hish! Ni mama geram ni! Cepat Aisyah!


Itu dialog Hannah apabila bermain peranan dengan si Sarah. Hannah adalah mama, Sarah@ Aisyah @ Aina adalah anak. Cara bercakap dengan adiknya pun macam aku. Sebijik! Memang la anak2 akan meniru perlakuan,percakapan, gaya kita kerana kitalah cermin mereka. Selalu menjaga pertuturan dan perlakuan tapi kekadang terlepas juga.


Apa yang diharapkan agar perlakuan yang baik juga diikuti dan lebih terbekas dalam hati anak-anak. Dek kerana itu, bila kita solat, itulah juga yg akan ditiru mereka. Mulut pun terkumit2. Entah apa2 yg dibaca. Namun itulah langkah pertama mereka supaya menjadi insan yang solehah kerana SOLAT ITU TIANG AGAMA. Tanpa tiang, runtuhlah agama yang dianuti. Sia-sia lah hidup ini.

Seringkali kuterapkan perkataan " Terima Kasih ", "Maaf" dan "tolong" ( kekadang ikut, kekadang tak - namun kenalah bersabar ) supaya mereka menjadi anak2 dan ahli masyarakat yang berbudi bahasa dan menghormati orang lain suatu hari nanti. InsyaAllah.

Memanglah ketika mengamuk, mereka ni takkan mengikuti didikan kita. Macam Hannah 2 hari lepas, geram kerana aku lambat carikan dia games barbie dalam internet, dia mengetuk kepala aku dengan patung barbie dan aku pun spontan je memukul dia 3,4 kali ( lepas tu memanjang rasa menyesal ).Pertamanya ialah reaksi spontan kerana sakitnya ya rabbi. Masa itu, pujukan macam mana pun memang tak jalan la. Hari ni, pagi2 hari lagi dia teringat kejadian 2 hari lepas, then dia cakap " Ari tu akak buat ibu kan, akak minta maaf ". Terharu! Dan seringkali ketika dia minta maaf, selagi aku tak cakap ; " ibu maafkan Hannah ", selagi itulah berulang2 kali dia akan cakap " akak minta maaf ".

Geram dan sakit hari itu dah lama hilang sebab AKU SAYANGKAN ANAK2KU!!!!

Aku percaya ibu2 lain pun macam aku. Sayangkan anak2 mereka walapun kekadang perlakuan anak2 menguris hati ibu2 dan ayah2. Namun, kerana kita adalah IBU, sayang itu berkekalan dan berpanjangan.

Apa yang diharapkan agar didikan, asuhan, dan teguran akan terus melekat dalam hati sanubari anak2ku kerana merekalah hartaku yang amat berharga. Doa mereka untuk aku kelak.


2 comments:

najmiah said...

macam tu la bila anak2 prasek bermain cikgu-cikgu. Rasa malu sendiri bila mereka ulang semula apa yg kita selalu cakap. Kdg2 gelihati pun ada...

hannahsarah said...

Tu la....sesungguhnya kita pun kurang sempurnanya. Kena byk lagi cari ilmu keibubapaan