Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 5, 2010

Budi Bahasa Budaya Kita

Bulan Budi Bahasa Budaya Kita dilancarkan di peringkat sekolah. Kerjasama antara badan kaunseling, Panitia Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu. Bukan pelancaran itu atau program itu yang mahu disentuh tapi......satu cerita yang aku rasakan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang guru. Mungkin ada yang akan mengatakan aku mungkin memburukkan profesion perguruan. Demi Allah, sesungguhnya aku amat menyayangi kerja dan sumber pendapatan aku ini. Namun, apa yang berlaku ini kurasakan tidak sepatutnya berlaku kerana kita seorang guru seharusnya bersedia untuk menegur dan ditegur. Kerana kita masih juga insan. Belum sempurna bairpun dah berpuluh tahun dalam bidang pendidikan apatah lagi kalau kita ini hanyalah guru sandaran tidak terlatih!!!

Cerita ini bermula apabila ada seorang guru sandaran yang diselia oleh Penolong Kanan 1. Bagiku seliaan begitu adalah bagus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran kita supaya pembelajaran tidak membosankan. Namun tidak begitu bagi seorang guru ini. Dia melenting apabila diselia dan yang paling mengejutkan ialah dia berjumpa dengan pengetua mengutarakan ketidakpuasan hatinya. Ya Allah....kalau beginilah sikapnya, baik tak yah jadi cikgu. Ia rutin tahunan dan semua guru akan diselia / observed oleh pentadbir. Dah la guru sandaran tidak terlatih ini tidak mendapat latihan ikhtisas dalam pendidikan, jadi....cara beginilah mereka boleh mendapat ilmu pedagogi pendidikan. Ya...mungkin ilmu mereka cukup tapi......pedagogi pendidikan tidak diajar semasa di U kalau kita bukan dari fakulti pendidikan!!!! Sayang seribu kali sayang. Tujuan penyeliaan tidak difahami oleh guru ini. Berani???? Ya dia mungkin berani menyuarakan perasaan tapi bagiku tidak kena tempat!!! Sombong tidak boleh diajar.

Tidak boleh diterima oleh akalku bila ada guru melenting apabila kena observed!!!

Sesungguhnya budi bahasa bukan hanya perlu ditekankan kepada pelajar tapi juga guru ( pada pandangan aku la ). Bapa borek anak rintik... Kiranya kita mahu anak murid berbudi bahasa, kita sebagai modelnya. Jangan tepuk air didulang terpercik ke muka sendiri. Malu nanti.....

Sama-sama memartabatkan profesion perguruan kerana kita tunjang negara.

2 comments:

Unknown said...

budak2 muda sekarang, bila dah lulus u rasa hebat sangat...tengok & perhati sekeliling kita...cikgu2 baru(bukan semualah)terutama kat sekolah rendah pandang rendah pd cikgu2 otai terutama yg baru nak ambik ijazah pjj. Herannya bila ada tugasan, pentadbir asyik bagi kat orang2 tua tu lah..yg muda banyak sangat songelnya...oo,dah lari topik..so, apa tindakan pengetua?

hannahsarah said...
This comment has been removed by the author.