Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 17, 2010

Bila Hati Sudah Retak

Bila Hati Sudah Retak
Sukarnya untuk dicantumkan kembali
Sukarnya juga membina semula kepercayaan
Yang telah dibina berpuluh tahun lamanya

Bila hati telah retak
Sukarnya untuk menutup mata
Sukarnya untuk menelan bicara
Sukarnya untuk membisu tanpa atma bersoal jawab
Sendirian
Mencari jawapan
Mencari kepastian
Mencari titik mula

Bila hati sudah retak
Rembesan air mata menemani diri
Sujud padaMu penguat jiwa
Mohon padaMu
Kuatkan semangat
Bina semula kepercayaan
Hulurkan tali kejujuran
Serah padaMu
Pastinya yang dibina sekarang
Sudah tidak semurni dan setulus dulu

Maafkan diri ini
Tak mampu untuk membutakan mata
Memekakkan telinga
Membisu suara
Kerana aku sudah tidak lagi berdaya.................................



p/s Tiada kena mengena dgn aku ye....sekadar nukilan

No comments: