Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, June 18, 2010

Cerita Diri

Dah lama tak bercerita pasal diri sendiri. So hari ni rasa cam nak cerita perkembangan diri sejak mengandung la. Sebelum tu, aku cerita dulu perjalanan hari ni. Aku ke rumah kakak sulung bersama adikku Ina yang tinggal di Perumahan ATM Desa Pasific ( berdekatan RISDA Jalan Ampang ). Mengikut perancangan asal, dia yang menjemput aku di rumah tapi last minute suami dia terpaksa menggunakan kereta untuk ke Batu Kantomen, so terpaksalah aku yang menjemput dia anak beranak. Itu 1st time aku ke rumahnya sejak dia pindah dari Kelantan awal bulan Mac / April lalu. Dah tu, silap lak simpang masuk ke Plaza Ampang City. Abis tu dia cakap simpang Suzi's Cormer sedangkan restoran tu punya sign pun dah terlindung dek signboard bulatan ( tak tau nama apa ntah bulatan tu ) berdekatan Hotel Flamingo. Lepas traffic light aku dah mulai slowkan kereta tapi tak nampak batang hidung pun si Suzi' Corner hingga terlajak ke simpang SMK Hulu Kelang. Hahaha...terpaksala dia menjemput aku lak dengan motorsikalnya.

Perjalanan 45 min dari rumah Ina ke Pinggiran Saujana, Kajang dah cukup menyebabkan belakang aku sakit. Hmmm...baru empat bulan pregnen, aku dah mulai sakit2 belakang. Macamana la nak menempuh lagi 5 bulan mendatang.( Eehh..eehh.. bru perasan, aku dah melepasi trimester pertama ). Balik Tganu hari tu sakit gak tapi lojik arr sbb jauhnya 6-8 jam perjalanan.

Cuti sekolah dua minggu dan hampir selama itu juga aku tidak mengalami ' morning sickness'
( 'morning sickness' juga ke namanya klu aku hanya muntah lewat petang???). Aku ingatkan gejala itu sudah pun menghilangkan dirinya tapi petang semalam aku muntah lagi. Dua kali pulak tu...Semuanya gara2 makan ikan celup tepung ( salah satu makanan tersohor di Tganu ). Mengandung kali ini, aku tak boleh menggoreng ikan atau makan ikan goreng. Baunya menusuk hidung hingga memualkan aku. Kandungan sebelum ini takde pulak mengalami alahan ini. Masa goreng ikan celup tepung tu ok jak, makan pun boleh je... Tindakbalas reaksinya bermula lewat petang itu. Haa....Bila rasa sudah mai, maknanya aku akan muntah juga akhirnya. Waaa....tak mampu aku!!!

Kelainan lain mengandung kali ni ialah aku amat le tersukanyerrrr air kopi!! Balik kg baru ni mak aku bagi sebungkus kopi. Apa lagi layannnnnnnnnnnnnnnnn........Tau la kopi tak berapa elok untuk kandungan, tapi aku pastikan kopi yg aku ambil tu cuma segelas sehari. Kalau takde kopi, nescafe pekat sikit pun boleh layan.... ( Jgan tak tau my hubby pun teringinkan kopi kali ni dan dia masih belum memperolehi kopi yang diidam2kan oleh kepalanya. Hehehehehe... ). Harap2 dia akan dapat juga satu hari nanti sebelum aku bersalin. Insya Allah.

Waktu malam lak, jgn harap la aku ada selera nak makan nasi. Lapar cam ne pun, nasi mmg tak leh masuk. So kena la ada bekalan roti @ biskut kering untuk dicicah dengan air. Masak pun setelah balik sekolah, pastikan dimakan sebelum lewat petang sebelum selera itu hilang.

Mak aku atau mertua aku selalu bertanya kelainan mengandung kali ni dengan kandungan sebelum2 ni. Biasa la orang tua, mengharapkan kelainan agar kelainan jantina pulak kali ni. Hahaha.....mereka mengharapkan anak lelaki dari aku. Kalau lelaki, syukur. Tapi kalau perempuan juga, mereka dan aku tetap bersyukur.

Sempena cuti sekolah ni, aku mengambil kesempatan ke klinik ibu dan anak Kg Pandan Dalam. Routine check up. Dah kena minum air gula lak. Sebabnya umur melebihi 35 tahun dan mak aku pulak dalam dua tahun ni ada kencing manis. Ya Allah, kelat2 muka aku menahan rasa nak muntah nak menghabiskan segelas air gula tu. Manis tahap gaban. Kenapa la tak diletakkan perasa oren sunkist ker dalam air tu...Gerenti sekejab je air tu boleh dihabiskan!! Dah la dua belah lengan diambil darah. Sekali sebelum minum air gula, sekali lagi selepas minum air gula. Tu pun kena tunggu dua jam sebelum lengan dicucuk lagi. Dah la kena puasa dari jam 10 malam. Sampai jam 12 tengah hari pun perut aku belum diisi apa2. Lapar gilerrrrrrr...................( Tau la klinik kerajaan, ramai sungguhnya pengunjungnya )
Resultnya??? Kata nurse, klau bacaan paras gula tinggi, mereka call. Klu tak de call tu, maknanya semua ok. Tunggu sampai minggu depan la dia call ke tak sbb ujian darah tu kena hantar hospital Kajang @ Ampang.

Apa2 pun aku harapkan agar aku tidak mengalami apa jua masalah2 sepanjang mengandung kali ni seperti mana kandungan2 sebelum ini. Setakat sakit2 biasa perempuan mengandung tu normal la kan. Insya Allah. Dan aku selalu berdoa untuk kesihatan aku dan kandungan aku. Ye la aku kan dah pun menjangkaui umur lewat 30an. Doa2 kan untuk aku juga yeeee....

Adios

No comments: