Kukira sekarang anak-anak sudah tidak berkesempatan untuk menaiki bas kerana sejajar dengan perubahan hidup dan kemampuan, kebanyakan keluarga sudah mempunyai kereta @ pengangkutan sendiri untuk bergerak ke mana-mana. Tidak seperti aku. Sejak kecil, bas @ teksi lah ( sesekali je bila ada duit lebih sikit boleh la naik teksi ) yang menjadi nadi pergerakan aku sehinggalah aku berusia 31 tahun. Sehingga aku bekerja sebagai guru pun, aku masih menggunakan bas untuk bergerak. Bukan tak mahu beli kereta, tapi bila mengenangkan aku mengajar di Tawau, aku belum merasakan keperluan untuk berkereta. Ya la.....sama ada berkereta di Tawau atau di Terengganu. Kalau beli di Tawau, masalah gak nak meninggalkan kereta di rumah kawan bila cuti panjang di hujung tahun ( bukan takde kawan yg boleh diharap untuk menumpangkan kereta tu ) atau tinggalkan di Terengganu. Hanya guna bila balik bercuti sekolah. Ya la ...abah aku bukan reti gak nak bawa kereta itu. So bila dapat balik je ( dapat tahu hujung tahun 2002 ), aku booked kereta Wira Aeroback aku tu akhir tahun itu dengan jangkaan dapat sebelum aku balik hujung Mei 2003. Alhamdulillah merasa kereta pertama hasil titik peluh sendiri semingu lepas aku melaporkan diri bertugas di SMK Saujana. Seminggu itu la aku dihantar ke sekolah sejauh hampir 32km dengan motor oleh abah aku. Terima banyak2 atas pengorbanan abah kerana aku memang tak reti bawak motor (alasan tak nak belajar motor ialah badan aku kecil, tak larat nak pegang motor...hahahha ).
Disebabkan aku mendapat lesen memandu pertengahan tahun 2002, maka atuk aku la jadi peneman aku selama seminggu membawa kereta tersebut ke sekolah ( atuk aku tahu bawa kereta, so apa2 hal di tengah jalan, boleh la dia jadi penyelamat aku...hehehe. Cerdik punya cucu!!!!)
Disebabkan aku mendapat lesen memandu pertengahan tahun 2002, maka atuk aku la jadi peneman aku selama seminggu membawa kereta tersebut ke sekolah ( atuk aku tahu bawa kereta, so apa2 hal di tengah jalan, boleh la dia jadi penyelamat aku...hehehe. Cerdik punya cucu!!!!)
Setelah hampir 7 tahun membawa kereta, alhamdulillah belum terjadi apa padaku dan keretaku. Sekadar calar2 tu biasa la. Sama ada dicalar oleh budak2 atau motor yang menyondol kereta aku ketika mereka menyelit2. Opppsss.....ada satu kejadian aku dilanggar dari belakang. Kereta tu breknya tak berapa nak "makan" ( pada hal jarak dia dgn kereta aku jauh la jugak tapi dah nak kena), menyondol kereta aku yang berhenti dek kereta tua di hadapan ku yg mendadak berhenti mahu membelok ke kanan.
Dan sesungguhnya aku telah pun habis membayar ansuran keretaku itu. Tukar kereta???? Hmm....tunggu la kewangan stabil dulu. Sekarang sesak la sikit bila dah meminjam loan kerajaan untuk beli rumah. Ye la...rumah tu lambat la lagi nak settle tapi sekurangnya kalau aku dah abis bayar personal loan untuk bayar duit muka rumah tu, barulah aku berfikir2 nak tukar kereta lain @ kalau hubby punya kereta habis bayar. Maknanya 4 - 7 tahun lagi. Waaaa.....lamanya. Bersabar je la.....selagi ia boleh bergerak dan tidak mendatangkan masalah, pakai je la dulu mana yg ada!!
Wah, panjangnya intro kali ni. Nak cerita pasal anak2 ku first time naik bas ni..... Seronok giler mereka. Mereka berpeluang naik bas Uitm masa menghadiri konvo adik aku ( hari sabtu lepas ) dan konvo anak buah suami pada hari Ahad. Kampus Uitm Shah Alam kan banyak bukit dan banyak selekoh2 tajam dan bonggol, wah.....riuh anak2ku. Hahaha....anak2 moden naik bas!!! Kesianlak anak2 moden ni. Di usia 3 dan 5 tahun barulah berpeluang naik bas. Tak macam aku dan adik beradikku, sejak kecil itulah pengangkutan kami. Orang miskin mana mampu membeli kereta sendiri. Nak bagi makan anak2 pun, abah dan mek kena berkira2 terutama musim hujan. Tak boleh menoreh, maknanya duit pun tak masyuk laaaa.............
Jom kita layan gambar2 dulu...............
Kami sekeluarga bersama adik bongsuku - grad dip akaun, sekarang menyambung belajar peringkat degree akaun di Uitm gak
Ada kek??? Ooooooooooooooooo.....besday suami semalam. Nak tunggu my hubby update blog dia, lambat laaa.....so aku masukkan dalam blog aku. Hahaha...
No comments:
Post a Comment