Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Transformasi oleh Hannah

Kejadian ini berlaku samalam ketika aku dan hubby tengah syok menikmati sarapan pagi di runag tamu sambil melihat highlight WC ( cucur bawang je, sbb tu boleh makan kat ruang tamu!!!). Kemudiannya datang la si Hannah ( dia di dapur menonton Duyung bersama Sarah, dua-dua pun belum mandi pagi...hehe...kami pong!! )

" Kawan kata rambut pendek cantik. Kakak dah potong rambut kakak"

Ayat tu diulang2 sambil kami melihat apa kelainan di wajahnya pagi itu. HAHHHH????????

Gunting rambut? Mcm mana boleh gunting nih?? Tengok2 kat dapur......

Kerusi merah tu Hannah jadikan tempat pijak nak ambil gunting

Ni sebahagian rambut yang telah diguntingnya....banyak weh...

Dalam keterpaksaan hubby trim rambut Hannah. Dia nak rambut Hannah panjang. Utk makluman, rambut si Hannah tak pernah digunting sejak dia lahir ( ada sikit2 gunting hujung bila nampak bercabang )

Hannah suka je rambut pendeknya tapi...abahnya kuciwaaaa......

Tadaaaa..............my new look

Dah.....dengan adiknya sekali gunting rambut....alang2 kakak dah rambut pendek, Sarah pun kena trim rambut la.....Boleh ker???

Aksi Sarah bila suh tutup mata.....dengan mulut skali beraksi

Diam je bila kena gunting rambut tapi lupa lak nak amik gambar rupa Sarah selepas rambutnya dipotong.

p/s Kata kakakku, pandai Hannah guna psikologi untuk berambut pendek...caranya: Gunting sendiri!!! Hahaa

2 comments:

Unknown said...

oh..itu la sebabnya terpaksa! Bagus..bagus, Hannah tau apa yang terbaik untuk dirinya!

4-a&nazrah said...

sokong hannah!