Kalau sebelum ini entry tentang kenduri di sebelah pengantin perempuan, kali ini entry majlis menyambut menantu di rumah mak mertuaku seperti yang telah dijanjikan. Memandangkan Ngah adalah cucu pertama ( cucu pertama? Tapi kenapa panggil Ngah? Ada cerita disebaliknya namun aku tak bercadang untuk menceritakannya), maka keputusan diambil oleh Ngah untuk mengadakan majlisnya di rumah tok sebelah maknya walaupun rumah tok sebelah ayah hanyalah bertentangan rumah. Alasannya - ni rumah Ngah dilahirkan dan memandangkan Kak Long dan Abang Ya ( mak dan abah Ngah ) pun baru aje berpindah dari Sarawak ke Felda Rantau Abang ( Abg Ya pegawai Felda ), so sepakatlah majlis diadakan di situ.
Perjalanan kami balik ke Tganu dimulakan seawal jam 5 pagi ( hubby suka balik awal pagi supaya masih banyak masa di hari tersebut bila kami sampai ke rumah mak ). Bersama adik aku yang datang waktu konvonya dulu, maka berangkat la kami dengan anak2 masih lagi tidur. Singgah solat subuh di R & R Temerloh dan sarapan pagi nasi lemak sebelum menyambung perjalanan ke Setiu.

Makanan Hannah pagi tu selepas muntah kerana perutnya kosong. Hannah kan payah sikit nak makan. So bila dah muntah, barulah dia mahu makan. ( Alasan itu juga digunakan aku untuk menyuruh dia makan ).
Kami sampai di rumah makku tepat jam 11.30 pagi ( hantar adikku dulu la ). Kami balik rumah mak mertuaku ( ala jarak pun bukannnya jauh pun - hanya 10km je ) selepas makan tengah hari untuk menolong2 apa2 kerja yang belum selesai. Petang itu operasi merebus telur ayam.
( Haha...bukan telur itik seperti di Johor yea )
( Haha...bukan telur itik seperti di Johor yea )
Orang2 dewasa sibuk di dapur, anak2 pula duk ralit mengadap laptop
( main games la apa lagiiiiii...........)
( main games la apa lagiiiiii...........)
Cameraman in action
( suami adik iparku merangkap photografer majlis, so banyak gambar2 menarik dalam kamera dia la )
( suami adik iparku merangkap photografer majlis, so banyak gambar2 menarik dalam kamera dia la )
Dua anak dara - Aimi dan Hafizah tengah duk menyiapkan bunga telur
Malam itu operasi menyiapkan bunga telur dan beg goodies. Banyak gak gambar2nya tapi memandangkan pembuat kerja semuanya tidak bertudung dan tidak bermake up, maka simpan je la gambar2 tu jadi kenangan kami sekeluarga. Hahaha...
Adik pengantin - Izzudin tengah duk fikir jauh tu ( hmm....penat gak mengendalikan majlis kawin ye ). Nampak gayanya lambat lagi la aku nak kawin ni....
Tok pun tak ketinggalan menyusun bunga telur dalam kotak walaupun dalam keadaan tak berapa sihat - sakit belakang dan lutut tu...
Kakak iparku - Najmiah @ Cik De baru sampai malam itu dari Jerantut - terus je menyibukkan diri menolong memasukkan telur dalam bunga telur
Memandangkan bilik yang biasa kami tidur setiap kali balik kg sudah dijadikan bilik pengantin, so malam itu kami balik rumah makku untuk merebahkan badan yang seharian belum direhatkan.
Pagi2 selepas sarapan di rumah makku, kami bergerak semula rumah mak mertua. Hari Jumaat kerjanya ialah menyiapkan bahan2 untuk membuat nasi dagang. Malam nanti akan diadakan solat hajat dan majlis tahlil juga untuk menjamu rombongan dari Johor yang bertolak ke Tganu pagi Jumaat itu.

Gulai nasi dagang Tganu yang tersohor sedapnya.....
Selesai majlis solat hajat dan tahlil, kerja menyusun goodies disambung lagi...........
Selesai majlis solat hajat dan tahlil, kerja menyusun goodies disambung lagi...........
Ini disnap masa rumah makku di pagi Sabtu sebelum kami ke rumah mak mertuaku. Kali ni, sepanjang balik Tganu kami bermalam di rumah makku memandangkan rumah mak mertuaku sudah penuh dengan kakak2 ipar dan anak2.....
Di hari kenduri, Hannah kebosanan. Ye la...halaman rumah dah penuh dengan kerusi meja jamuan dan orang pun dah mulai mendatang.....
Sarah pun.....main cak cak lak dengan aku.....
Jamuan kali ini semuanya ditempah dengan katerer. Kerana jiran2 rumah mak dan mak sendiri pun dah tak larat, so jalan mudah ialah tempah katerer.
Jamuan kali ini semuanya ditempah dengan katerer. Kerana jiran2 rumah mak dan mak sendiri pun dah tak larat, so jalan mudah ialah tempah katerer.
Wedding planner - adik iparku. Dalam keadaan sarat mengandung pun dia banyak menolong dari urusan barang hantaran, goodies, kanopi , katerer dan makanan beradab bersama dengan adik iparku yang sorang lagi. Mungkin sebab kedua mereka mengajar di Setiu. So senang nak melakukan urusan.....
Pengantin diapit oleh ayah pengantin perempuan dan kakaknya
( eehhh...mana mak pengantin ????. Hmmmmm......)
( eehhh...mana mak pengantin ????. Hmmmmm......)
Lagi satu....cameraman in action
Selesai majlis, proses mengemas la......yang mana kerja kecil2 tu kami buat la tapi macam biasa la, periuk belanga yang besar2 tu ditinggalkan kepada pengantin untuk menyudahkannya....Hahaha.....macam aku dulu2 pun kena macam tu gak....................
Cuma satu saje yang aku tengok dan kalau pembaca blog ni perasan, yang melakukan kerja2 kenduri ni hanyalah kami anak beranak. Dari keluarga Kak Long, Kak G, Kak Za, Aku, adik ipar ku Na dan Imah. Tak de jiran pun datang membantu walaupun sudah menjadi adat ketika menjemput ke kenduri, biasanya kita akan meminta jiran2 terdekat datang menolong sehari dua sebelum kenduri ( Jiran2 mak mungkin ramai yang dah tua tapi generasi kedua yang tinggal bersama generasi pertama pun tidak menunjukkan batang hidung ). Entah la....Agaknya sudah hilang tradisi menolong di kampung kot. Sama seperti di bandar barang kali ( hmmm.....berat gak tanggapan ini kan krn ada kampung masih mengamalkan tradisi menolong dan ada bandar yang mengamalkan tradisi menolong2 ni ). Memang agak kalut la perjalanan majlis namun masih lagi di bawah kawalan kerana cucu2 mak pun ramai yang boleh diharap. Tahniah dan terima kasih buat anak2 buah yang rajin membantu....Kali in giliran Ngah, next time giliran korang pula....... Apa yang penting? Kerjasama!!
Apa2 pun selesai sudah satu majlis.......Tunggu majlis seterusnya....Mungkin giliran Ida lak ( adik Ngah )...hehehe....Tungguuuuuuuuuuuuuuu...................

p/s baru perasan tak upload gambar tetamu....sori yek
No comments:
Post a Comment