Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, July 1, 2010

KepadaNya kita kembali

Pagi2 buta dapat mesej dari kawan lama memberitahu salah seorang kawan lama kami sudah kembali ke rahmatullah awal pagi jam 2.45 kerana leukimia. Semuanya pantas berlaku. Bila sesuatu ditentukanNya, tidak akan lewat walaupun sedetik. Sesingat dia sendiri tau dia menghidapi penyakit ini, terus dimasukkan wad dan koma.

Kawan ini Nor Maszita Mohd Noor aku kenali semasa kami sama2 satu course Dip Pengurusan Bank di Uitm Dungun tahun 1990 - 1993. Walaupun bukan sekelas dan tak serapat rakan sehostel tapi tetap bergaul mesra krn satu course dan kampus pong kecil je. Boleh kenal semua orang yang same batch.

Aku masih ingat lagi panggilan kami pada Ita ni - Datin.( sesekali la bila time ngusik dia ) Semuanya kerana susuk badan dan dress up dia mmg macam datin la. Satu lagi penyebab ingatanku padanya masih kuat ialah stail tudung dia. Mmg menjangkau zaman la...dia boleh la dikatakan fashion setter la....Dan dia pong dalam kalangan top student. Selalu dapat Dean's list.

Yang menyebakkan aku ( dah la aku ni dikatakan ratu airmata oleh suamiku ) ialah bila mengenangkan anak2 arwah yang masih kecil seramai 4 orang. Tak dapat dibayangkan betapa mereka tentu tertanya2 apa dah jadi pada mak mereka. Tentu mereka kerinduan belaian ibu mereka dalam sebulan dua ini atau selagi ingatan pada ibu mereka masih kuat. Ya Allah berikanlah ketabahan pada anak2 kecil ni dan kekuatan juga untuk suami arwah mengharungi hidup bersama cahaya mata yang ditinggalkan ( hahaha.....dah makin laju air mata ni...). Moga anak2 kecil ini tidak kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada insan2 yang menyayangi mereka. Amin

p/s aku tak mampu menulis panjang lagi bila air mataku trus laju....

2 comments:

Unknown said...

Kita kaum hawa memang x dpt dipisahkan ngan air mata. Itu tandanya hati kita ni lembut..bukannya keras macam batu dan tak rasa apa-apa...dan itu sajala cara kita melepaskan perasaan..walaupun kita tau, air mata kita bukannya senjata..sebab x lakupun taktik tu....Takziah utk kawan Ta tu, hargailah masa kita yg masih tinggal ni.

hannahsarah said...

haah...entah banyak mana lagi masa yg kita ada utk bersama org2 yg kita sayang..............