Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, June 27, 2010

Transformasi oleh Hannah

Kejadian ini berlaku samalam ketika aku dan hubby tengah syok menikmati sarapan pagi di runag tamu sambil melihat highlight WC ( cucur bawang je, sbb tu boleh makan kat ruang tamu!!!). Kemudiannya datang la si Hannah ( dia di dapur menonton Duyung bersama Sarah, dua-dua pun belum mandi pagi...hehe...kami pong!! )

" Kawan kata rambut pendek cantik. Kakak dah potong rambut kakak"

Ayat tu diulang2 sambil kami melihat apa kelainan di wajahnya pagi itu. HAHHHH????????

Gunting rambut? Mcm mana boleh gunting nih?? Tengok2 kat dapur......

Kerusi merah tu Hannah jadikan tempat pijak nak ambil gunting

Ni sebahagian rambut yang telah diguntingnya....banyak weh...

Dalam keterpaksaan hubby trim rambut Hannah. Dia nak rambut Hannah panjang. Utk makluman, rambut si Hannah tak pernah digunting sejak dia lahir ( ada sikit2 gunting hujung bila nampak bercabang )

Hannah suka je rambut pendeknya tapi...abahnya kuciwaaaa......

Tadaaaa..............my new look

Dah.....dengan adiknya sekali gunting rambut....alang2 kakak dah rambut pendek, Sarah pun kena trim rambut la.....Boleh ker???

Aksi Sarah bila suh tutup mata.....dengan mulut skali beraksi

Diam je bila kena gunting rambut tapi lupa lak nak amik gambar rupa Sarah selepas rambutnya dipotong.

p/s Kata kakakku, pandai Hannah guna psikologi untuk berambut pendek...caranya: Gunting sendiri!!! Hahaa

Friday, June 25, 2010

Perjuangan Yang Sukar

Hidup ini satu perjuangan yang sukar
Kita tidak mampu menduga apa yang bisa terjadi
Akal kita tidak mampu membaca masa depan
Biar hanya sedetik
Kalau la kita berdaya
Nescaya kita mampu mengelak musibah
Tentunya hidup kita sentiasa tenang, damai dan menyenangkan
Namun......
Ujian menguji kesabaran,
Menguji kekuatan
Memberi kecekalan untuk terus bangkit
Kerana
Pengalaman memberi kekentalan meneruskan
perjuangan mengharungi satu ketidakpastian hari esok

Friday, June 18, 2010

Cerita Diri

Dah lama tak bercerita pasal diri sendiri. So hari ni rasa cam nak cerita perkembangan diri sejak mengandung la. Sebelum tu, aku cerita dulu perjalanan hari ni. Aku ke rumah kakak sulung bersama adikku Ina yang tinggal di Perumahan ATM Desa Pasific ( berdekatan RISDA Jalan Ampang ). Mengikut perancangan asal, dia yang menjemput aku di rumah tapi last minute suami dia terpaksa menggunakan kereta untuk ke Batu Kantomen, so terpaksalah aku yang menjemput dia anak beranak. Itu 1st time aku ke rumahnya sejak dia pindah dari Kelantan awal bulan Mac / April lalu. Dah tu, silap lak simpang masuk ke Plaza Ampang City. Abis tu dia cakap simpang Suzi's Cormer sedangkan restoran tu punya sign pun dah terlindung dek signboard bulatan ( tak tau nama apa ntah bulatan tu ) berdekatan Hotel Flamingo. Lepas traffic light aku dah mulai slowkan kereta tapi tak nampak batang hidung pun si Suzi' Corner hingga terlajak ke simpang SMK Hulu Kelang. Hahaha...terpaksala dia menjemput aku lak dengan motorsikalnya.

Perjalanan 45 min dari rumah Ina ke Pinggiran Saujana, Kajang dah cukup menyebabkan belakang aku sakit. Hmmm...baru empat bulan pregnen, aku dah mulai sakit2 belakang. Macamana la nak menempuh lagi 5 bulan mendatang.( Eehh..eehh.. bru perasan, aku dah melepasi trimester pertama ). Balik Tganu hari tu sakit gak tapi lojik arr sbb jauhnya 6-8 jam perjalanan.

Cuti sekolah dua minggu dan hampir selama itu juga aku tidak mengalami ' morning sickness'
( 'morning sickness' juga ke namanya klu aku hanya muntah lewat petang???). Aku ingatkan gejala itu sudah pun menghilangkan dirinya tapi petang semalam aku muntah lagi. Dua kali pulak tu...Semuanya gara2 makan ikan celup tepung ( salah satu makanan tersohor di Tganu ). Mengandung kali ini, aku tak boleh menggoreng ikan atau makan ikan goreng. Baunya menusuk hidung hingga memualkan aku. Kandungan sebelum ini takde pulak mengalami alahan ini. Masa goreng ikan celup tepung tu ok jak, makan pun boleh je... Tindakbalas reaksinya bermula lewat petang itu. Haa....Bila rasa sudah mai, maknanya aku akan muntah juga akhirnya. Waaa....tak mampu aku!!!

Kelainan lain mengandung kali ni ialah aku amat le tersukanyerrrr air kopi!! Balik kg baru ni mak aku bagi sebungkus kopi. Apa lagi layannnnnnnnnnnnnnnnn........Tau la kopi tak berapa elok untuk kandungan, tapi aku pastikan kopi yg aku ambil tu cuma segelas sehari. Kalau takde kopi, nescafe pekat sikit pun boleh layan.... ( Jgan tak tau my hubby pun teringinkan kopi kali ni dan dia masih belum memperolehi kopi yang diidam2kan oleh kepalanya. Hehehehehe... ). Harap2 dia akan dapat juga satu hari nanti sebelum aku bersalin. Insya Allah.

Waktu malam lak, jgn harap la aku ada selera nak makan nasi. Lapar cam ne pun, nasi mmg tak leh masuk. So kena la ada bekalan roti @ biskut kering untuk dicicah dengan air. Masak pun setelah balik sekolah, pastikan dimakan sebelum lewat petang sebelum selera itu hilang.

Mak aku atau mertua aku selalu bertanya kelainan mengandung kali ni dengan kandungan sebelum2 ni. Biasa la orang tua, mengharapkan kelainan agar kelainan jantina pulak kali ni. Hahaha.....mereka mengharapkan anak lelaki dari aku. Kalau lelaki, syukur. Tapi kalau perempuan juga, mereka dan aku tetap bersyukur.

Sempena cuti sekolah ni, aku mengambil kesempatan ke klinik ibu dan anak Kg Pandan Dalam. Routine check up. Dah kena minum air gula lak. Sebabnya umur melebihi 35 tahun dan mak aku pulak dalam dua tahun ni ada kencing manis. Ya Allah, kelat2 muka aku menahan rasa nak muntah nak menghabiskan segelas air gula tu. Manis tahap gaban. Kenapa la tak diletakkan perasa oren sunkist ker dalam air tu...Gerenti sekejab je air tu boleh dihabiskan!! Dah la dua belah lengan diambil darah. Sekali sebelum minum air gula, sekali lagi selepas minum air gula. Tu pun kena tunggu dua jam sebelum lengan dicucuk lagi. Dah la kena puasa dari jam 10 malam. Sampai jam 12 tengah hari pun perut aku belum diisi apa2. Lapar gilerrrrrrr...................( Tau la klinik kerajaan, ramai sungguhnya pengunjungnya )
Resultnya??? Kata nurse, klau bacaan paras gula tinggi, mereka call. Klu tak de call tu, maknanya semua ok. Tunggu sampai minggu depan la dia call ke tak sbb ujian darah tu kena hantar hospital Kajang @ Ampang.

Apa2 pun aku harapkan agar aku tidak mengalami apa jua masalah2 sepanjang mengandung kali ni seperti mana kandungan2 sebelum ini. Setakat sakit2 biasa perempuan mengandung tu normal la kan. Insya Allah. Dan aku selalu berdoa untuk kesihatan aku dan kandungan aku. Ye la aku kan dah pun menjangkaui umur lewat 30an. Doa2 kan untuk aku juga yeeee....

Adios

Thursday, June 17, 2010

Bila Hati Sudah Retak

Bila Hati Sudah Retak
Sukarnya untuk dicantumkan kembali
Sukarnya juga membina semula kepercayaan
Yang telah dibina berpuluh tahun lamanya

Bila hati telah retak
Sukarnya untuk menutup mata
Sukarnya untuk menelan bicara
Sukarnya untuk membisu tanpa atma bersoal jawab
Sendirian
Mencari jawapan
Mencari kepastian
Mencari titik mula

Bila hati sudah retak
Rembesan air mata menemani diri
Sujud padaMu penguat jiwa
Mohon padaMu
Kuatkan semangat
Bina semula kepercayaan
Hulurkan tali kejujuran
Serah padaMu
Pastinya yang dibina sekarang
Sudah tidak semurni dan setulus dulu

Maafkan diri ini
Tak mampu untuk membutakan mata
Memekakkan telinga
Membisu suara
Kerana aku sudah tidak lagi berdaya.................................



p/s Tiada kena mengena dgn aku ye....sekadar nukilan

Wednesday, June 16, 2010

Majlis Sambut Menantu di Kg Rahmat, Setiu

Kalau sebelum ini entry tentang kenduri di sebelah pengantin perempuan, kali ini entry majlis menyambut menantu di rumah mak mertuaku seperti yang telah dijanjikan. Memandangkan Ngah adalah cucu pertama ( cucu pertama? Tapi kenapa panggil Ngah? Ada cerita disebaliknya namun aku tak bercadang untuk menceritakannya), maka keputusan diambil oleh Ngah untuk mengadakan majlisnya di rumah tok sebelah maknya walaupun rumah tok sebelah ayah hanyalah bertentangan rumah. Alasannya - ni rumah Ngah dilahirkan dan memandangkan Kak Long dan Abang Ya ( mak dan abah Ngah ) pun baru aje berpindah dari Sarawak ke Felda Rantau Abang ( Abg Ya pegawai Felda ), so sepakatlah majlis diadakan di situ.

Perjalanan kami balik ke Tganu dimulakan seawal jam 5 pagi ( hubby suka balik awal pagi supaya masih banyak masa di hari tersebut bila kami sampai ke rumah mak ). Bersama adik aku yang datang waktu konvonya dulu, maka berangkat la kami dengan anak2 masih lagi tidur. Singgah solat subuh di R & R Temerloh dan sarapan pagi nasi lemak sebelum menyambung perjalanan ke Setiu.

Sarah tengah duk memandang kenderaan di hadapan

Makanan Hannah pagi tu selepas muntah kerana perutnya kosong. Hannah kan payah sikit nak makan. So bila dah muntah, barulah dia mahu makan. ( Alasan itu juga digunakan aku untuk menyuruh dia makan ).

Kami sampai di rumah makku tepat jam 11.30 pagi ( hantar adikku dulu la ). Kami balik rumah mak mertuaku ( ala jarak pun bukannnya jauh pun - hanya 10km je ) selepas makan tengah hari untuk menolong2 apa2 kerja yang belum selesai. Petang itu operasi merebus telur ayam.
( Haha...bukan telur itik seperti di Johor yea )

Orang2 dewasa sibuk di dapur, anak2 pula duk ralit mengadap laptop
( main games la apa lagiiiiii...........)

Si Ahmad Faiz tengah makan apa yea?

Cameraman in action
( suami adik iparku merangkap photografer majlis, so banyak gambar2 menarik dalam kamera dia la )

Dua anak dara - Aimi dan Hafizah tengah duk menyiapkan bunga telur

Malam itu operasi menyiapkan bunga telur dan beg goodies. Banyak gak gambar2nya tapi memandangkan pembuat kerja semuanya tidak bertudung dan tidak bermake up, maka simpan je la gambar2 tu jadi kenangan kami sekeluarga. Hahaha...

Adik pengantin - Izzudin tengah duk fikir jauh tu ( hmm....penat gak mengendalikan majlis kawin ye ). Nampak gayanya lambat lagi la aku nak kawin ni....

Tok pun tak ketinggalan menyusun bunga telur dalam kotak walaupun dalam keadaan tak berapa sihat - sakit belakang dan lutut tu...

Kakak iparku - Najmiah @ Cik De baru sampai malam itu dari Jerantut - terus je menyibukkan diri menolong memasukkan telur dalam bunga telur

Memandangkan bilik yang biasa kami tidur setiap kali balik kg sudah dijadikan bilik pengantin, so malam itu kami balik rumah makku untuk merebahkan badan yang seharian belum direhatkan.

Pagi2 selepas sarapan di rumah makku, kami bergerak semula rumah mak mertua. Hari Jumaat kerjanya ialah menyiapkan bahan2 untuk membuat nasi dagang. Malam nanti akan diadakan solat hajat dan majlis tahlil juga untuk menjamu rombongan dari Johor yang bertolak ke Tganu pagi Jumaat itu.

Mak sedang memilih bawang2 untuk dikupas kulitnya

Kak Long, Kak G dan Ida ( isteri sepupu Ngah ) menyiapkan acar

Adik pengantin - Ikhwan menunjukkan baju Tganu kite...

Gulai nasi dagang Tganu yang tersohor sedapnya.....

Selesai majlis solat hajat dan tahlil, kerja menyusun goodies disambung lagi...........

Sarah pun tak ketinggalan mahu menolong....

Kakaknya apatah lagi....kakak kan dah besar, kan ibu. Mesti rajin menolong....

Ini disnap masa rumah makku di pagi Sabtu sebelum kami ke rumah mak mertuaku. Kali ni, sepanjang balik Tganu kami bermalam di rumah makku memandangkan rumah mak mertuaku sudah penuh dengan kakak2 ipar dan anak2.....

Di hari kenduri, Hannah kebosanan. Ye la...halaman rumah dah penuh dengan kerusi meja jamuan dan orang pun dah mulai mendatang.....

Sarah pun.....main cak cak lak dengan aku.....

Jamuan kali ini semuanya ditempah dengan katerer. Kerana jiran2 rumah mak dan mak sendiri pun dah tak larat, so jalan mudah ialah tempah katerer.

Lauk makan beradab - Hati masak kicap

Ayam golek

Wedding planner - adik iparku. Dalam keadaan sarat mengandung pun dia banyak menolong dari urusan barang hantaran, goodies, kanopi , katerer dan makanan beradab bersama dengan adik iparku yang sorang lagi. Mungkin sebab kedua mereka mengajar di Setiu. So senang nak melakukan urusan.....
Ikhwan tengah menunjukkan skil memotong buah tembikai yang besar tu...

Anak2 macam hari biasa - ralit dengan laptop

Gadis gula-gula - Aina dan Hazwani ( ehhh...sepakat ker pakai baju kurung biru ??? )

Orang kuat bahagian air minuman

Pengantin berarak tepat jam 12 tengah hari

Orang kuat bahagian membasuh pinggan mangkuk - Idris dan Afiq ( ehhh....kat sini Faiz pun ada??? )

Aimi dan Haziah bahagian mengelap pinggan yang sudah dibasuh

Pengantin diapit oleh ayah pengantin perempuan dan kakaknya
( eehhh...mana mak pengantin ????. Hmmmmm......)

Orang2 di belakang tabir

Sempat lagi tu....mak mertua bersama menantu posing

Gambar outdoor - kat pantai Rhu Sepuluh

Main cak cak pullak.......

Gambar ni ditujukan kepada cameraman

Lagi satu....cameraman in action

Selesai majlis, proses mengemas la......yang mana kerja kecil2 tu kami buat la tapi macam biasa la, periuk belanga yang besar2 tu ditinggalkan kepada pengantin untuk menyudahkannya....Hahaha.....macam aku dulu2 pun kena macam tu gak....................

Cuma satu saje yang aku tengok dan kalau pembaca blog ni perasan, yang melakukan kerja2 kenduri ni hanyalah kami anak beranak. Dari keluarga Kak Long, Kak G, Kak Za, Aku, adik ipar ku Na dan Imah. Tak de jiran pun datang membantu walaupun sudah menjadi adat ketika menjemput ke kenduri, biasanya kita akan meminta jiran2 terdekat datang menolong sehari dua sebelum kenduri ( Jiran2 mak mungkin ramai yang dah tua tapi generasi kedua yang tinggal bersama generasi pertama pun tidak menunjukkan batang hidung ). Entah la....Agaknya sudah hilang tradisi menolong di kampung kot. Sama seperti di bandar barang kali ( hmmm.....berat gak tanggapan ini kan krn ada kampung masih mengamalkan tradisi menolong dan ada bandar yang mengamalkan tradisi menolong2 ni ). Memang agak kalut la perjalanan majlis namun masih lagi di bawah kawalan kerana cucu2 mak pun ramai yang boleh diharap. Tahniah dan terima kasih buat anak2 buah yang rajin membantu....Kali in giliran Ngah, next time giliran korang pula....... Apa yang penting? Kerjasama!!

Apa2 pun selesai sudah satu majlis.......Tunggu majlis seterusnya....Mungkin giliran Ida lak ( adik Ngah )...hehehe....Tungguuuuuuuuuuuuuuu...................


p/s baru perasan tak upload gambar tetamu....sori yek

Tuesday, June 8, 2010

Kenduri Kawen di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi

Entri kali ni khas untuk Ngah ( Mohd Idlan Abd Kadir - anak kak long merangkap anak buah suami aku la ). Setelah selesai urusan merisik dan bertunang pada 14 Februari lalu, kini tiba la masa untuk majlis seterusnya dan yg kemuncak iaitu majlis kawin yang diadakan pada 6hb Jun 2010.

Niat asal nak masukkan dalam FB, tapi fikir2 nak update blog dgn citer ngah, so keputusannya masukkan aje dlm blog la...........( klu rajin dan senang nanti bru masukkan dalam FB, lagipun mesti tuan punya badan masukkan gmbr2 kawen dia dlm FB nih )

Kita layan citer sambil tgk2 gambar2 yg diambil sepanjang proses itu berjalan...........

Kami mulakan perjalanan tepat jam 10.30 pagi. Alhamdulillah tak jammed tapi slow gak la sampai ke Senawang. Pas tu smooth je perjalanan kami walaupun tetiba teringat driver punya driving licence dah mati a week before. Macam tahun lepas, sedar lesen tu mati bila nak sewa kereta di Langkawi. Haha...sejarah berulang lagi......

Kami berenti makan dan sembahyang di R & R Pagoh. Kami makan di Wakono @ Wakoyo ( ntah aku dah lupa apa nama restoran tu )

Nasi Ayam Tiga Rasa - nasi, ayam goreng dicurahkan sambal, coleslow n soup

Ayam goreng utuk Hannah

Fries untuk Sarah - best gak

Mee rebus utk hubby - teringin gak nak makan tapi fikir balik nanti boleh singgah lagi di sebelah satu lagi tu tapi disebabkan ramai org dan kami pong nak cepat sampai KL, so tak tercapai la hajat aku tu....( bila lagi la nak ke arah Johor ni ye....). Sib baik la dah rasa gak sikit yg hubby punya ni......

Cam selera je makan - lapar, mesti la selera. Hannah pong makan banyak. Sarah je yg tak makan. Kesudahannya fres dia tu habis dimakan oleh yg lain.


Disebabkan kami ni dari KL, so jangkaannya kami akan sampai awal di Lok Heng, maka hubby membuat keputusan singgah jab kat Ayer Hitam. Tak beli apa2 pun sbb dalam poket cuma tinggal 30 hengget je..Masa tu lak tak jumpa ATM, so cuci2 mata je.....



Ntah apa yg menarik sampai terlenggok2 tengok.....

Ni pisang tanduk. Seingat aku, aku tak pernah jumpa sebelum ni..atau sbb aku tak mengenal pisang, so tak tahu la dah pernah jumpa lom psang sebesar ni...sedap bila di goreng. So on the way balik KL, kami beli dua biji...cadangnya nak goreng nanti....

Mempelam ni pong besar....rasanya hampir 2kg beratnya....

Bila dapat cari ATM, malas la pulak nak singgah lagi tempat tadi. So cuci mata betul la kami disitu...

Kami singgah jab di bandar Kota Tinggi. Cari buah2an untuk hantaran. Ok la gak bandarnya. Besar la dari Bandar Permaisuri tu...Kami sampai di Lok Heng ( tu pong dah sesat dan ikut jalan lain, gara2 salah arah keluar dari Kota Tinggi ) jam 7.30 malam. Dari Tganu ada 6 kereta. Sesampai di rumah belia yg disewakan oleh Ngah, pihak perempuan menghantar makanan malam. Alang2 perut lapar, so makan je dulu sebelum membuat final touch up pada hantaran2 itu. ( Ada banyak gambar, tapi fikirkan ambik masa nak upload, so malas la nak masukkan ).

Dalam pukul 10.30 lebih, Ngah membawa kami ( adik beradik mak dia - 3 kereta ) ke Tg Balau Resort. Satu tempat lagi yg disewakan Ngah untuk rombongan kali ni. Tak jauh tapi bila badan dah penat, rasa cam jauh je....

Sesampai di situ, mandi dan solat. Tepat jam 1 pagi semua dah ketiduran. Penat.

Pagi2 jam 8 kami dah bersiap ke Lok Heng semula sbb majlis akad nikah jam 9 pagi. Memang tak sempat langsung nak meninjau2 tempat ni....

Hannah dan sepupunya Aina berjalan keluar dari bilik yg disewakan bersama Ayah Cik di belakang

Hanya ni la yg sempat disnap oleh hubby...

Jeti pong ada tapi...memang tak sempat nak menjejakkan kaki pong ke situ ......

Sesampai di Lok Heng, semua dah siap sedia nak ke masjid. Terpaksa kelam kabut makan pagi....( hubby la yg g masjid, aku kat rumah belia tu je...malas nak melayan anak2 kat masjid tu nanti )

Akad nikah selesai....

Ngah bacakan taklik pada isterinya - Marju Aniza

Sesi cium tangan- huhuhuhu....teringat saat diijab kabulkan 6 tahun lalu

Pengantin bersama keluarga pihak lelaki

Ni la penganti baru - Mohd Idlan & Marju Aniza ( sama cantik sama padan )

Ngah disiapkan oleh mak andam untuk acara bersanding

Salah sorang pembawa dulang hantaran...hmmmm....cantiknya!!!

Adat Johor - bertol2 la....lelaki tu tgh menelek2 duit yg diberikan oleh pengapit lelaki. Satu halangan di pintu masuk rumah, satu lagi di depan pelamin. Sib baik dua jeeeee............

Bersanding ( Lupa lak nak upload gambar aku dan hubby menepung tawar )

Potong kek

Hannah yg dah kebosanan. Sarah masa ni dah terlentok tido atas bahuku...

Hantaran dari pihak perempuan ( Hantaran dari lelaki takde gambar selonggok hantaran cam ni. Ada gambar satu2 hantaran, malas la upload )

Hannah dan Sarah duk bermain sementara bersiap nak balik semula ke KL

Dalam kereta, balik ke KL. Kongsi makan jeli yg ada dalam beg goodies...
Yg pasti kami dapat 7 @ 8 biji telur asin rebus dari pihak pengantin perempuan.
Pelik gak kan sbb orang Johor biasanya bagi telur pindang.
Sib baik tak ngidam nak makan telur pindang. Haru la..klu ngidam

Singgah di R & R Pagoh dah jam 7.30 malam. Berhenti mandi ( aku dan anak2), solat dan makan.

Dalam kereta - menyanyi guna microfon la ni....

Perjalanan diteruskan. Kami sampai KL jam 11.30 malam. Kepenatan tapi sempatla memasukkan baju dalam mesin baju utk dibasuh sebelum tido.

Hari Khamis ni balik Tganu pulak. Kenduri sambut menantu pada hari Sabtu di rumah mak mertua. Nantu citer pasal majlis sambut menantu pulak...........Ciao