Cinta Hati

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 28, 2011

Cuti - cuti Terengganu

Tajuk je gempak...kihkihkih. Sebenarnya balik kg jeeeeee......Dah lama. Cuti sekolah pertengahan tahun hari tu tapi hanya berkesempatan memasukkan dlm blog hari. Sbbnya........ bercuti Cuti Rehat Khas @ CRK singkatannya. Hannah demam semalam. Hari ni lak Sarah. So dua hari la cuti. Cuti jaga anak2 sakit ni penatnya lebih. Yg demam biasanya pasif jee. Badan tak larat mata lak kuyu. Yg tak demam banyak la ragamnya. Hannah demam, Sarah tak mau g sekolah. So dua hari la Sarah tak bersekolah.

Sejak buka semula sekolah, sibuk memang la sibuk. Bulan Jun langsung takde entry. Sibuk gilerrrr. Tambah2 lagi ada masalah nak upload gambar. Dh buat berkali2, tak dpat2, so fed up la. So ada lagi gambar nak dimasukkan tapi bila sesekali bermasalah, so malas la.......Terutama gambar kek birthday my hubby yg disponsor oleh adik iparku @ Cik Na yg disambut di kg berkebetulan jatuh pada hari kami balik kg.

Dah lama tak ke KT, so merendek la kami sekeluarga ke sana. Alaaaa.....bukan ke mana2 pun. Just g Pantai Batu Buruk n Pasar Payang. So layan gambar2nya....


Tempat singgahan pertama Pasar Payang. Mak aku kirim beli rempah kawah. Cuti kali ni sepupuku kawin. So alang2 menyinggah, haa...anak2ku berkenan kasut. Yang akak penjual tu rajin melayan. Dari satu satu dicubanya. Alaaa...biasa la penjual. Mesti rajin melayan pelanggan kan?

Tempat feberet mak aku beli rempah. Dah tu aku ternampak la rempah ayam goreng. Hmmm...apa lagi beli la sebungkus. Sedap gak bila goreng ayam pakai rempah ni. Lain kali klu balik Ganu, boleh beli lagi laaa...

Melepak jab. Penat. Jalan baru sekangkang kera dah penat. Makan makanan feberet aku dan anak2....Kerepok lekor. Tak puas betul makan kerepok lekor ni. Tapi sayang hajat nak bawa balik KL dan dimakan sepanjang cuti sekolah masih berbaki di rumah sendiri tidak kesampaian...Huhuhuhuhuhu

Ni dekat Bazar Warisan. Nama gah gak tapi sayang.....takde apa2 la disini. Kedai pun banyak ditutup. Pengunjung pun tak ramai. Mungkin sebab tu kedai banyak ditutup atau sebab kedai tutup pengunjung pun tak ramai la...Apa la aku duk merapu nii.....

Destinasi kami di tengah hari ceng ceng ceng. Maksudnya tengahari lak lak lak. Maksudnya tengahari yang panas. Hahahahaha...bahasa Terengganu dah.....Pantang jumpa kite, maka nak beli la...Beli gak dua utk dua anak dara tapi sampai sekarang belum dibuka untuk dinaikkan dan dimainkan oleh sesape pun dan masih dalam boot kereta suamiku!!!!! Hahahahahaha

Posing ala2 model. Tapi dua model ni sukar memberikan kerjasama bila dikehendaki. Selalu ikut mood dorang la hingga menyebabkan ada masanya photografer naik hangin satu badan!

Part yg takleh tinggal. Icecream time!

Imaan gak yg tersenyum girang....

Bersama ibunya....

Ni sate ikan. Hok oloh....Tganu kan byk ikan. So sesuai la dgn sate ikan ni. Dibakar ketika dibeli oleh penjaja bermotor. So panas2 la lagi...

Ni pun tak leh misssssss.........

Kakak makan sate, adik lak dgn buih sabun tu....

Ni part akhir ronda2 kami. Ada apa tah kat Dataran Syahbandar. So singgah jab. Tak de apa2 yg menarik pun. Ya la kami g pada waktu dan hari org Ganu bekerja. So takde yg menarik. Cuma ada booth jualan barangan. Malas la nak upload. Malam mungkin menarik kut dan pelbagai aktivitinya. Tak menarik2 pun, kami round gak seraun. Hahahaha.....

Hajatnya nak g Taman Tamdun Islam. Tapi jam dah pukul 4 petang, cuaca lak masa tu cam nak hujan. So di Dataran Syahbandar aje la pengakhiran cuti-cuti kami pada hari Khamis 2hb Jun di Kuala Terengganu sebelum bertungkus lumus kenduri sepupu pada hari Sabtu 4hb Jun.

Next entry - family outing di PD. Tungguuuuu.....

Monday, May 23, 2011

Kecil tapi besar maknanya

Setiap kali menyiang ikan daging ayam yang dibeli, aku akan teringatkan mak aku. Bukannya apa, mak aku kalau menyiang ikan, semua sirip2 dan sisik serta kulit keras kat bahagian ekor dibuang abis. Licin dan nampak cantik ikannya. Sempurna disiang!! Begitu kalau ayam, licin habis kulit, lemak, darah dan kotoran yang tidak diperlukan dibuang. Sotong lak mata, tulang dan gigi serta dakwat hitam sotong dibuang. Bersih!

Kami anak2nya pun terikut dengan caranya. Adikku Mimi selalu merungut dengan cara housemates dia menyiang ikan. Sebabnya hanya perut ikan je yang dibuang. Hiii.....klu aku pun geli gak. Selalunya orang berniaga je yg wat cam tu. Iya la kan......ikan ayam byk nak disiang, so mrk pun mgkn membersihkannya seringkas mungkin la. Cuba perhatikan ikan goreng di kedai makan, mesti kita akan nampak ada lagi darah ikan kat bahagian kepala dan di bahagian dalamnya. ( Tapi aku telan gak...hehehe....time makan kat kedai laaaa).

Kita akan mengikut cara kita dibesarkan. Benar sekali pada pendapat aku. Aku akan pastikan sink dapur aku kosong dan dibasuh setiap malam. Kerana itu juga didikan mak aku!

Nampak kecil dan remeh, tapi setiap cara seseorang akan mencerminkan bagaimana ajaran keluarganya, kan?

Sunday, May 22, 2011

Dinos Alive @ Pusat Sains Negara

Pembuka bicara.....muka tukang blog dgn anak2 la....jgn mare.....

Si Ayu Hannah - selalu berangan dia adalah puteri.....Ya dia adalah puteri....puteri hatiku!

Si Comel Sarah..nampak kecik tapi huh....ganazzzzzzz

N3 kali ni tentang lawatan ke Pusat Sains Negara. Ada pameran dinasour. Sebelum sampai ke tempat tu, Hannah dan Sarah dah tak sabar nak tengok dinos tapi....aku tahu apa akhirnya.....Macam pameran dinos kat Midvalley 2 tahun lalu.......

Entrance PSN ada aquarium. Boleh la mengenalkan Hannah dan Sarah dengan ikan2 tu....Hahaha...mcm kenalkan org lak!

Bukan reti apa2 pun. Nampak je butang nak tekan. Tak kira la butang apa pun.....

Hahahaha...inilah anak2 ku. Duk perati dari jauh je....Aku dah agak dah....beria2 nak tgk dinos sebelum jumpa je...dah jumpa dpn mata, mereka takut! Puas duk cakap benda2 tu semua tak bergerak pun! Tak caya nya mereka tuh....

Ramai betul kanak2 tadika masa kami sampai. Asyik kena langgar je...

Masuk kawasan ni lagi haru. Sarah menangis. Dalam kawasan ni, suara dinos....wah....begitu menakutkan Sarah. Tak mau jalan dah. Terpaksa didukung lak....
Tak boleh berlama di sini sbb Sarah asyik duk ajak kuar....

G seksyen lain, seronok la mereka. Ni tgk duk gerakkan kapal terbang guna solar. Semua duk pandang atas je....hahaha sakit leher duk mendongak ke atas....


Hahahaha....tekan nak jgn tak tekan...


Hahaha...ingat anak je nak bergambar kat sini, mak budak pun sama!


Ni macam tiup balang air. Mengeluarkan berbagai pitch bunyi... Seronok la Hannah mengetuk dgn ibunya...

Sekian la saja......

Friday, May 20, 2011

Demam peperiksaan

Musim mengawas peperiksaan bermula lagi. Rutin 4,5 kali setahun. Terimbas kembali masa remaja dulu. Waktu peperiksaan adalah waktu yang paling mengecutkan perut. Takut gagal!! Apatah lagi arwah nenek aku pernah berpesan - " Belajar hanya sekali harung." Maksudnya, kalau fail maka tiada lagi ulang2 ni. Zaman SRP dulu kan boleh mengulang sampai 3 kali.

Maka, bertungkus lumus la study setiap kali exam. Baik di sek men, ITM atau kat U. Siapa nak kawin awal? ( itu ugutan arwah nenek aku ). Lagipun rupa pun tak seberapa. Harta dah la takde. Pelajaranlah jaminan masa depan.

Bila demam peperiksaan bermula, maka bilik prep, bilik darjah, library atau dewan makan menjadi tenpat ditujui. Keseorangan. Aku tak leh tumpukan pada pelajaran klu study berkumpulan. Banyak borak dari study. Dan aku pun tak pernah stay up! Tak mampu otak nak menerima apa yang dibaca sbb mengantuk. So siang la dipulun then malam jam 12 tutup mata. Enough for the day!

Tiap kali masuk dewan, langkah kaki kanan. Dapat kertas soalan, baca doa penerang hati. Duduklah menjawab sampai masanya tamat. Tak pernah langsung terlintas di hati ni nak tidur waktu exam atau niat nak keluar awal. Berasap otak mengingati apa yang dipelajari.

Malangnya, kuperhatikan pelajar sekolah aku terutama Ting 4 dan 5 ( sib baik pelajar ting 6 tidak begitu ), dapat kertas soalan, tengok sepintas lalu. 5 minit kemudian letak kepala atas meja. Tidur. Situasi ini dapat dilihat dari kelas depan sampai la kelas belakang. Kelas depan mungkinla boleh dibilang dengan jari bilangan pelajarnya tapi kalau kelas belakang, huh.....majoriti begitu! Tiada langsung inisiatif untuk berfikir@ mengingati apa yang dipelajari. Puas dikejutkan, puas dicuit, puas ditegur, tiada dikesahkan. Agak2 masa dah nak tamat, barulah buka mata, menjawab tapi dalam masa yang singkat apalah yang boleh dijawab dengan baik. Paling haru, tidur then 30 minit kemudian keluar dewan. Bila larangan keluar 30 minit pertama tamat, maka berduyun2 la keluar dewan!

Senario ini berlaku di sekolahku. Mungkin tidak di sekolah lain. Lain padang lain belalang, lain tempat lain ragam pelajarnya. Kenapa menyerah kalah sebelum berjuang???!! Barangkali tidak cukup persediaan untuk berjuang. Cukup kesal dengan pelajar yang menganggap hidup ini mudah. Ya.....mereka belum matang sepenuhnya. Masih perlu bimbingan, panduan dan nasihat untuk mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Silap aturan, pasti akan jauh tersasar.

"Ya Allah, Kau berikanlah kelapangan kepada anak2 muridku untuk menduduki peperiksaan. Semoga mereka dapat menjawab kertas peperiksaan dengan baik. Amin "


Thursday, May 19, 2011

Kerana sebilah rotan

Di traffic light. Lampu merah.
Kulihat kereta kancil di hadapan bergoyang2. Napa lakkk??? Nampak tangan pemandu tergawang-gawang. Kenapa? Apa berlaku? Kecemasan ker? Kuperhatikan lagi. Rupanya.....dia sedang memukul perempuan di sebelahnya. Tak pasti pelajar sekolahkah atau siapa. Cuma nampak perempuan bertudung. Ya Allah...ganasnya lelaki ni....

Suka hati mak bapak dia je nak pukul orang. Kalau pun perempuan tu ada pertalian darah dengannya atau ada tali ikatan perkahwinan dengannya, itu bukan lesen untuk dia memukul. Biar apapun puncanya....tentu ada jalan lain untuk menyelesaikannya. Ahh....orang cam ni klu ditegur, dengan kita2 nanti dapat penampar free......Aduuuussssssssssss.

Teringat dulu masa aku kecil - rasanya masih tadika masa tu...Aku pernah kena rotan oleh abah. Puncanya : menangis lepas bangun tidur petang. Normal la kan....anak2 aku pun selalu gak menangis bila bangun tidur. Terutama kalu mrk tak puas tidur.

Kena rotan tentulah bertambah menangis...Lagi la kuat bunyi tangisan itu! Dalam duk menangis tu...aku disuruh pergi mandi. Waktu itu, di perkampungan felda, pili air dikongsi 3,4 buah rumah. Belum ada paip air persendirian. Pili tu ada di depan rumah jiran selang 2 buah rumah dari rumah makku.

Rumah tinggi. Ada 10 anak tangga. Sambil menggosok mata, menahan sendu, kaki melangkah menuruni tangga. Satu demi satu...baru 2 anak tangga, duuussssssssssssssssssss.......aku dah kat bawah. Di atas simen kasar di hujung anak tangga. Huh....sudah jatuh ditimpa tangga. Dah la tadi kena rotan, jatuh tangga lak. Meraung la lagi aku. Sendu sendu sudah ilang, yang ada suara nyaring kesakitan!

Terburu buru mek dan abah berlari mendapatkan aku. Mek memujukku. Abah kulihat berubah mukanya. Di raut wajahnya kulihat kilasan kesal. Aku tahu......kerana dia yang mengangkat dan mencempung aku ke pili air dan lantas memandikan aku sebelum menyapu ubat pada luka. Nasib baik hanya luka. Tak de yang patah2.

Sejak dari itu, abah tak pernah memukul atau menjentik anak2nya. Akulah orang pertama dan terakhir merasai penangannya. Nasib aku..........

Tidak memukul, tidak menjentik bukan bermakna kami bebas melakukan apa2. Abah amat jarang marah. Tapi sesekali dia marah, kami menikus! Rasa hormat menebal.

Bila aku besar, abah pernah menyuarakan rasa kesalnya kerana memukul aku dulu. Tu pun cuma sekali tapi rasa kesalnya dibawanya sampai sekarang seumpama aku yang masih mengingati peristiwa itu sampai sekarang! Bukan dendam kerana kanak2 mudah memaafkan orang yang disayanginya....

Abah juga tidak menggemari kaedah itu digunakan dalam mendidik anak..Pukul sekali dan terangkan kenapa dipukul adalah cara yg betul. TAPI kalau memukul jgn dgn perasaan marah kerana pukulan itu boleh dilakukan dengan tenaga yg kuat dan berkali2.

Anak2 mungkin takut dipukul. Tidak akan melakukannya di depan mak atau ayah. Tapi di belakang mereka, tentu sekali larangan akan diengkari. Kerana tiada rasa hormat pada ibu bapa.

Dendalah berpada-pada, Hormat anak pada kita dirasai, sayang anak melimpah ruah......

Tuesday, May 17, 2011

Perkhemahan Kadet Pertahanan Awam 2011

Perkhemahan ni dah lama... Dah basi dah.....sebulan yg lalu....16hb - 18hb April 2011. Cuma berkesempatan mengentrikannya pada waktu dan hari ni. So busy. Kat sekolah dgn segala bagai kerja. Kat rumah dgn kerja2 rumah. So tak yah meleret2 la....Tak yah la cerita pasal havoc yg dibuat oleh seseorang hingga hampir memungkinkan kami tak dapat joint perkhemahan daerah yg julung2 kali diadakan....

Hari pertama tugasku menghantar mereka seramai 12 orang ke resort bersama dua rakan guru yang lain. Hampir sesat kerana tempat ni jauh terpencil dan paling mengecutkan perutku yang gayat ni ialah mendaki bukit tinggi curam dengan kereta. Huh.....hangit bau tayar kereta. Syukur selamat naik ke tempat camping bersama 3 anak muridku. Hari pertama tak de gambar sbb lepas menghantar mereka aku terus balik. So takde la gambar Ice breaking dan slot pertama.

Hari kedua - seawal jam 9 aku dah berada bersama mereka. Kebetulan mereka sedang bersarapan....Kesian lak mendengar cerita tentang kelewatan makanan sampai. Hari pertama lunch jam 3, dinner lak jam 11 malam. Hah?????

Bersedia untuk slot kawad

Tgh berkawad..ada gak kena denda pumping sbb tak serentak pergerakan. Tgk budak2 kena denda...hmmm....kat sekolah, mampus denda2 ni tak leh dikenakan...siap la mak ayah serang sekolah..tp bila time camping, denda2 cam tu leh lak yekkk....takde lak mak ayah nak kata apa2....
Tgh berehat...sempat lagi si Ani ni wat peace...

Banner camping....sesuai beno dgn tempatnya. Kena mendaki bukit yg agak curam sebelum sampai ke sini. Pas tu jauh lak masuk ke dalam dari jalan besar. Tempatnya agak sempit, tak banyak kawasan lapang, so nak berkawad pun agak terhad la...Tapi bab makan la yg paling mengharukan. Ya la...dah beraktiviti mestilah perut lapar kan..breakfast jam 9, luncah jam 3, dinner lak...9,10 mlm. Mlm terakhir lagi haru....hampir jam 12 malam. Ntah la di mana silapnya...yg nyata mmg pengusahanya kekurangan kakitangan....dia la boss dan dia la kuli!!

Sesi ikatan... ikat la apa2 patut...

Belajar cara mengangkat mangsa atas strecher...

Huh....cam mayat lakkk...


Di pusingkan 30 darjah untuk memastikan mangsa diikat ketat supaya tidak terlepas...


Lepas sesi ni ada sesi mencari dan menyelamat mangsa....ntah tak terupload la pulak gambarnya...

HAri terakhir...menunggu kedatangan Pengarah JPAM Selangor..

Sempat lagi posing anak2 dara nii...


Pengarah JPAM Selangor

Kamiiiiiii............

Huh...tunjuk macho la tuuu...


Penghulu dari SMK Perimbun dan Penghuluwati dari sekolah kami...Hanya dua buah sekolah je yg ada KAPA form 6...

Tamat la sudah...perjalanan program serba sedikit.

Friday, April 29, 2011

RM10

Teringat keperitan yang dihadapi semasa bersekolah dulu. Masa tinggal dengan arwah Wan ( tok sebelah abahku ), keperitan itu kurang dirasai. Mahunya tidak, rasa nak duit, kami ( aku dan kakakku ) buka laci kaunter kedai makan tokku dan ambik duit je tu...tak le byk sgt kami amik pun....sekadar untuk membeli apa yg kami ingini...alaaa....dulu2 keinginan kanak2 tak de la grand pun! Paling tidak, amik duit sbb nak beli makanan kat kedai runcit! Tak macam skrg kan.....mcm2 keinginan budak2 zaman moden nih!

Bila tok dah tak mampu berniaga, maka kami berpindah duduk dengan mak n ayahku di kawasan perkampungan felda. Punca rezeki cuma mengharapkan pada pokok getah. Zaman itu harga getah tak mahal. Terasa keperitan mek dan abah menanggung kami enam beradik. Sungguh perit!! Lauk yang ada dikongsi beramai2.....musim hujan lagi bertambah perit.

Masih teringat salah satu pasang baju kurungku adalah milik mak sedara yg tinggi melangut. ( Dia cuma belajar sampai Ting 3 je - tak lulus SRP mana leh naik Ting 4 kan!). Huh....aku yg pendek pakai baju yg besar. Mmg ketara baju itu bukan milikku!! Masih teringat kasut sekolahku yang koyak di bahagian depan. Malu namun apa pilihan yang ada?

Akulah orang terakhir yang membayar yuran exam SPM ( masa tu kena bayar yuran SPM, tidak seperti skrg semuanya free......). Hampir RM200 kerana aku pelajar Sains! Teringat abah datang bawak duit itu ke asrama yayasan terengganu dengan membonceng motor sejauh 60km... Yuran asrama sentiasa tertunggak. Mujur ia dapat dilangsaikan dengan menggunakan duit biasiswaku semasa mengambil keputusan SPM.

Pernah ada harinya dalam purseku cuma ada RM30. Bekalan untuk pulang semula ke asrama selepas cuti penggal. Ketika kawan ajak g kedai utk membeli bekalan sebelum masuk ke asrama, aku cuma mampu membeli sebungkus mee segera. Cukupla...di asrama makanan disediakan. Nikmatilah segala yang terhidang tanpa perlu merungut. Pasar Ramadhan sesekali. je g.......(bulan puasa selalunya budak2 asrama dibenarkan keluar membeli makanan di luar ).

Ketika di ITM ( masa melanjutkan pelajaran peringkat diploma ), setiap semester aku mendapat pinjaman dari yayasan Terengganu sebanyak RRM500. Itulah duitku sepanjang semester itu. Cukup atau tidak....pandai2 la budget...masa tu makanan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ITM. Jadi bagiku ia cukup. Nak berlebih2.....huh, bukan masanya walaupun kekadang terasa gak kurangya diri ini berbanding kekawan yg datang dari pelbagai latar belakang keluarga yg rata2 kukira senang dari segala segi.

Keperitan itu berlanjutan lagi semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UPM. Baki pinjaman selepas bayar yuran, itulah bekalanku sepanjang semester....Pandai budget, maka merasa makanan sepanjang semester. Klu tak, hujung2 semester hanya berlaukkan ikan bilis je....( duduk rumah sewa, cukuplah dengan hidangan yang paling murah dan mengenyangkan ).

Sedihnya bila teringat keperitan itu...Ada insan mampu menolong tapi cuma menghulurkan RM10 setiap kali menjengukku baik semasa di sekolah hingga la aku ke U. Apala yg mampu dibeli dgn RM10? Aku tahu dia mampu menghulurkan duit lebih dari itu!!! Namun....itulah sumbangannya sepanjang aku belajar..Biarpun ikhlas menerima dan tetap berterima kasih dgn sumbangannya, namun cuak jugak....knp hanya sebanyak itu sdgkan aku ni insan yang ada pertalian darah dgnnya????? Ketika itu hanya kami ( aku dan kakakku ) yg berjaya menjejak kaki jauh dalam bidang pelajaran. Tidakkah kami membanggakan dia? Satu persoalan yang tetap terbenam dalam benakku dari dulu hingga sekarang biarpun sekarang aku sudah berjaya.....Alhamdulillah.

Terima kasihku pada mek dan abah kerana sanggup berbuat apa saja bila anak2 berjaya melanjutkkan pelajaran. Kata mek, tak de wang bukan bermakna anak2 tak boleh belajar tinggi hingga ke U. Hanya pelajaran boleh mengubah nasib orang seperti kami! Syukur lima dari enam beradik berjaya dalam pelajaran... Dan mek dan abah mula merasa 'hasil semaian' mereka kepada kami adik beradik.

p/s Ada org lebih sukar hidupnya dari kami.....Sabar pastinya membuahkan hasil yang manis!

Friday, April 15, 2011

Jangan harap........

Lama betul tak mencoret. Bukan putus idea tapi kekangan masa. Balik skola 3 - 4 ptg , duk lepak rumah adik jab sebelum amik Hannah dan sarah dari kindy jam 5.30pm. Sampai rumah, letak segala bagai beg2, buka tudung, buka baju kurung....( hishh....jgn salah sangka lak ) tukar T-shirt, singsing lengan masuk dapur. Masak ringkas2 asal kenyang perut. Tgh masak pun boleh naik turun tangga lagi tgk2 budak berdua mandi. Kalau hari ok, mrk mandi sendiri dlm keadaan aman damai. Kalau hari amat tak ok, aku la berhempas pulas mengerjakan mereka...( ekk....bukan dera tau ). Time tu bising la satu rumah dgn suara tangisan sesape yg kena sakat plus suara aku marahkan sesape yg menyakat. Hahahaha....meriah u....i like!

Siap masak, anak2 dah siap mandi, time ibu mrk lak. Siap mandi semayang, kat dapur lak melayan makan malam. Aku dan anak2 je makan. asben takkkkkkkkk......mau jaga badan ker apa ker....ontah la. Tapi yg pasti bukan sebab aku masak tak sedap wokey! chef wan d best chef in d world, betul ker bang? kihkihkih

Selesai urusan dapur dh dekat jam 9. Lepak jab dlm 15 -30 min seblum msuk bilik menidurkan anak2 yg kena bangun awal nak sekolah. By d time dorang tido selalunya jam dah hampir 11 mlm. Malas dh la nak buka laptop tu... tu sbb aku jarang bersosial dlm FB. Tak sempat beb! Badan dh penat satu hari urusan seri paduka baginda di skola tu.....maka aku pun sama hanyut la........

Susahkan jadi wanita bekerja zaman moden ni.....kerja2 wajib punca rezeki memang takleh lepas tangan doh....tambah pulak kerja2 tipikal sebagai wanita. Faham2 sendiri la.....so nampaknya kerja la dari buka mata jam 4.30 am ker, 5.00 am ker, 5.30am ker hingga la tutup mata ( harap2 tutup mata sementara la...) jam 11,12,1,2 am....Blum lagi dgn segala bagai kerja2 pembersihan rumah. Kalau dari Isnin sampai Jumaat skola, Sabtu lak mcm2 program skola. Rasanya bulan April ni, takde satu hari pun Sabtu tu berada di rumah....( Bukan sbb g merende dgn famili yea) tapi sibuk dgn program sekolah. Hmmmm.......kakitangan gomen yg lain enak2 je bersantai bersama famili pd hari2 Sabtu. Cikgu sekolah jgn harap la....pelik gak aku. Sekolah lain cam tu gak ker??? Maka sbb itu la, Sabtu n Ahad pun tak leh nak berblog. Ada jer kerja nak buat. Tak buat kan, mata n hati lak sakit tgk rumah. Time free tu rasa amat berharga utk dihabiskan dpn laptop ......mata ngantuk pun boleh diabaikan....yg penting apa jua urusan berjln lancar .( entri kali pun sbb msh kat skola, tunggu org PPD masuk opis jam 2.45pm ....call jam 3pm pun blum tentu dpt berckp dgn individu berkenaan . Ada urusan camping perlu diuruskan....ada citer sedih psl camping ni...simpan dulu yek )

Ada masanya terasa lelahnya dgn rutin hidup ni. Ada masanya santai ....( tapi amat jarang laaa). Agak2nya boleh tak, ada satu hari utk aku bersantai tanpa sebarang kerja ( kerja sekolah mahupun rumah )....ulang lagi tanpa sebarang kerja?? Tanpa anak2??? Hanya baring atas sofa, tgk tv, n online spjg hari..............( tgh mbygkan keadaan tu ....boleh ker? )

Haha....mimpi siang hari la.....

Saturday, March 26, 2011

Kalau la kita boleh menilik.....

Boleh ker??? Tentu la tak boleh kan. Dosa besar! Dan kita pun tak tahu apa kan terjadi pada kita dlm seminit akan datang kan! Dan selalunya lepas terjadi sstu, kita sll ckp " kalau la tahu........, tentu tidak begini jadinya!" Siapa la kita untuk mengetahui segalanya. Allah jua Maha Mengetahui. Redha dan terima hakikat aje la. Klu tak, tentu sasau kita jadinya kalau sesuatu yg tidak diingini berlaku.

Bila kita fikir kita mampu menghadapi apa jua kemungkinan, ada masanya kita tetap lemah menerima takdirnya. Terutama apabila menghadapi kenyataan kehilangan org2 yg kita sayang! Kita akan jadi selemah2nya. Hilang tempat bergantung @ tempat menumpahkan kasih sayang bukanlah satu kenyataan yg boleh kita terima dgn hati terbuka dlm masa yg singkat. Biarpun kita tahu kematian itu pasti!

" Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna"

Satu pepatah yang meminta kita spy berhati2 dlm apa jua perbuatan spy tidak menyesal kemudian nanti. Aku kira sesuai benar la dgn insiden yg berlaku padaku hari ni. Kalau la aku dapat menjangkakan ia akan berlaku, sumpah aku bagi je driver ****** tu mencelah ketika jammed pagi2 tadi di MRR2. Mana aku tahu dia boleh dengan sengajanya menggeselkan keretanya pada tepi pintu keretaku semata2 krn aku tak bagi dia jalan utk mencelah. Ha...yg ko duk lalu kat lorong kecemasan tu buat apa??? Lepas tu memotong keretaku dan mencelah masuk depan aku! Nyaris nak langgar buntut kereta dia. Mmg dia nak provok aku la tu....

Sib baik aku tak ikut angin aku ni. Lagi pun...tak beraninya aku ni. Kang kena buli lak! Harus juga boleh berlaku sebegitu klu dgn driver cam ni..... huhuhu......kesannya: keretaku dah tercalar! Hmmm....bila ngadu kat en asben, dia kata :
1. Knp tak bagi je jln kat dia? ( kene sebijik! )
2. Duk KL, kereta calar balar tu perkara biasa. Jgn duk fikir lbh2. Dah terjadi pun dh! ( Aku sayu2 ada sebabnya..... sayang kereta beb )

Klu boleh menilik ia akan berlaku....aku ikut jln lain tadi...huhuhu. Sedih tak abis lagi ni.....

Tuesday, March 22, 2011

Cinnamon and Honey

Cinnamon and Honey
Honey is the only food on the planet that will not spoil or rot. It will do what some call turning to sugar. In reality honey is always honey. However, when left in a cool dark place for a long time it will do what I rather call "crystallizing". When this happens I loosen the lid, boil some water, and sit the honey container in the hot water, turn off the heat and let it liquefy. It is then as good as it ever was. Never boil honey or put it in a microwave. To do so will kill the enzymes in the honey..

Cinnamon and Honey
Bet the drug companies won't like this one getting around. Facts on Honey and Cinnamon: It is found that a mixture of honey and Cinnamon cures most diseases. Honey is produced in most of the countries of the world. Scientists of today also accept honey as a 'Ram Ban' (very effective) medicine for all kinds of diseases. Honey can be used without any side effects for any kind of diseases.

Today's science says that even though honey is sweet, if taken in the right dosage as a medicine, it does not harm diabetic patients. Weekly World News, a magazine in Canada , in its issue dated 17 January,1995 has given the following list of diseases that can be cured by honey and cinnamon as researched by western scientists:

HEART DISEASES:
Make a paste of honey and cinnamon powder, apply on bread, instead of jelly and jam, and eat it regularly for breakfast. It reduces the cholesterol in the arteries and saves the patient from heart attack. Also, those who have already had an attack, if they do this process daily, they are kept miles away from the next attack.. Regular use of the above process relieves loss of breath and strengthens the heart beat. In America and Canada , various nursing homes have treated patients successfully and have found that as you age, the arteries and veins lose their flexibility and get clogged; honey and cinnamon revitalize the arteries and veins.

ARTHRITIS:
Arthritis patients may take daily, morning and night, one cup of hot water with two spoons of honey and one small teaspoon of cinnamon powder. If taken regularly even chronic arthritis can be cured. In a recent research conducted at the Copenhagen University, it was found that when the doctors treated their patients with a mixture of one tablespoon Honey and half teaspoon Cinnamon powder before breakfast, they found that within a week, out of the 200 people so treated, practically 73 patients were totally relieved of pain, and within a month, mostly all the patients who could not walk or move around because of arthritis started walking without pain.

BLADDER INFECTIONS:
Take two tablespoons of cinnamon powder and one teaspoon of honey in a glass of lukewarm waterand drink it. It destroys the germs in the bladder.

CHOLESTEROL:
Two tablespoons of honey and three teaspoons of Cinnamon Powder mixed in 16 ounces of tea water, given to a cholesterol patient, was found to reduce the level of cholesterol in the blood by 10 percent within two hours. As mentioned for arthritic patients, if taken three times a day, any chronic cholesterol is cured. According to information received in the said Journal, pure honey taken with food daily relieves complaints of cholesterol.

COLDS:
Those suffering from common or severe colds should take one tablespoon lukewarm honey with 1/4 spoon cinnamon powder daily for three days. This process will cure most chronic cough, cold, and clear the sinuses.

UPSET STOMACH:
Honey taken with cinnamon powder cures stomach ache and also clears stomach ulcers from the root.

GAS:
According to the studies done in India and Japan, it is revealed that if Honey is taken with cinnamon powder the stomach is relieved of gas.

IMMUNE SYSTEM:
Daily use of honey and cinnamon powder strengthens the immune system and protects the body from bacteria and viral attacks. Scientists have found that honey has various vitamins and iron in large amounts. Constant use of Honey strengthens the white blood corpuscles to fight bacterial andviral diseases.

INDIGESTION:
Cinnamon powder sprinkled on two tablespoons of honey taken before food relieves acidity and digests the heaviest of meals.

INFLUENZA:
A scientist in Spain has proved that honey contains a natural ' Ingredient' which kills the influenza germs and saves the patient from flu.

LONGEVITY:
Tea made with honey and cinnamon powder, when taken regularly, arrests the ravages of old age. Take four spoons of honey, one spoon of cinnamon powder, and three cups of water and boil to make like tea. Drink 1/4 cup, three to four times a day. It keeps the skin fresh and soft and arrests old age. Life spans also increase and even a 100 year old, starts performing the chores of a 20-year-old..

PIMPLES:
Three tablespoons of honey and one teaspoon of cinnamon powder paste. Apply this paste on the pimples before sleeping and wash it next morning with warm water. If done daily for two weeks, it removes pimples from the root.

SKIN INFECTIONS:
Applying honey and cinnamon powder in equal parts on the affected parts cures eczema, ringworm and all types of skin infections.

WEIGHT LOSS:
Daily in the morning one half hour before breakfast on an empty stomach, and at night before sleeping, drink honey and cinnamon powder boiled in one cup of water. If taken regularly, it reduces the weight of even the most obese person. Also, drinking this mixture regularly does not allow the fat to accumulate in the body even though the person may eat a high calorie diet.

CANCER:
Recent research in Japan and Australia has revealed that advanced cancer of the stomach and bones have been cured successfully. Patients suffering from these kinds of cancer should daily take one tablespoon of honey with one teaspoon of cinnamon powder for one month three times a day.

FATIGUE:
Recent studies have shown that the sugar content of honey is more helpful rather than being detrimental to the strength of the body. Senior citizens, who take honey and cinnamon powder in equal parts, are more alert and flexible. Dr. Milton, who has done research, says that a half tablespoon of honey taken in a glass of water and sprinkled with cinnamon powder, taken daily after brushing and in the afternoon at about 3:00 P.M. when the vitality of the body starts to decrease, increases the vitality of the body within a week.

BAD BREATH:
People of South America, first thing in the morning, gargle with one teaspoon of honey and cinnamon powder mixed in hot water, so their breath stays fresh throughout the day.

HEARING LOSS:
Daily morning and night honey and cinnamon powder, taken in equal parts restores hearing. Remember when we were kids? We had toast with real butter and cinnamon sprinkled on it!

Wednesday, March 16, 2011

Barang lama dibuang jangan...

Semalam aku mengemas2 baju yg mana dh xleh dipakai.Tak byk yg xleh dipakai sbb x muat tp sbb dh berbulu2. Ada bju yg 10 thn msh lg elok . Cuma singkat sikit kainnya atau ketat bahagian pinggang. Ada bju bru 2,3 thn tp dh berbulu2 bagai kot berbulu mat salleh pakai musim sejuk. Hehehe....

Sebenarnya lepas kawin, aku jarang menempah baju kebaya @ kurung moden. Selalu berbaju kurung tradisional je. Ada tak ada cuma 2 tahun kebelakangan ni baju kurung riau. Bukan tak mahu berkebaya tapi....perut ada sikit menonjol selepas bersalin 3 anak ni, so seganlah sikit nak berkebaya. Ingat lagi banyak kebaya pendekku yg ditempah khas untuk majlis bertandang dan berziarah selepas kawin terpaksa disedekahkan krn sebulan lpas kawin aku disahkan mengandung anak sulung. Lps bersalinkan Hannah, baju2 tu xleh dipakai langsung kerana ketat di bahagian tertentu. Hahaha...Hissshhhh....takla naik mendadak beratku tp agak berisi berbanding anak dara. Tak caya??? Sekarang ni berat pun hanya 48kg je!

Sekarang ni tak tahu ke mana nak disedekahkan baju2 yg masih elok tu. Dulu sedekahkan pada anak jiran mak kt kg. Tu pun tak byk mrk mau. Anak2 moden, jarang mahu berbaju kurung ke mana. Hisshhh....mengata anak orang! Aku sendiri pun jarang berbaju kurung setiap kali keluar. Baju kurung tu pun sbb etika berpakaian seorang guru. Tak leh pakai seluar. Klu tak, tentu byk suit pejabat aku borong. Aku suka tgk wanita2 yg bersuit ke pejabat. Nampak elegen. Namun apakan daya, termaktub kami tak leh sebegitu ke sekolah.

Dalam setahun ada la 9,10 pasang baju kurung baru. Alaa....paling mahal pun setakat RM60 je..( tolak baju2 sutera ye ) Bayangkan almariku tu...penuh tersangkut baju2. Habis ruang penyangkut, terlipat di bahagian bawah almari lak! Perempuan kan. Kekadang bosan tgk corak baju yg sama. So beli la yg baru. Kena pulak, ada seorang uncle cina yg selalu dtg ke sekolah bawa kain2. Tak mahal sgt pun dia jual. Pas tu boleh pulak bayar ikut suka hati kita. Berapa lama n banyak mana pun kita nak. Haaaa.....pakat borong la kekawan aku pun. Yg syoknya, corak baju kami sama, warna je berbeza. Tapi...kami tak kesah pun! Ala....buat je mcm baju uniform sekolah. Kan sesetengah sekolah ada baju rasmi sekolah utk apa2 majlis sekolah kan. So mcm tu laaaa..............

p/s Kat mana nak sedekah baju2 tu??? So far masih terperuk dalam almari kat bilik bawah!!

Friday, March 11, 2011

Imbauan Tawau - 1

Teringat kenangan berada di Tawau lebih 10 tahun lalu bila ke Pameran Kraf Kebangsaan. Ada gerai yang menjual barangan dari Sabah. Dulu masa duk di Tawau, mesti ada je ole2 setiap kali balik bercuti ke Terengganu.

Buah salak ole2 wajib. 2 kotak! Hinggakan sekarang kat belakang rumah mak aku banyak pokok salak. Semuanya biji dari Sabah tuh. Sedappppp n manissssss!

Kalau pulang hujung tahun lagi banyak ole2nya. Dengan segala macam barangan Tawau ( hmmm......sebenarnya dari Indon n Filipina !!! ). Daripada kerepok, buah gajus ( murah u...), baju2, batu2 permata, hiasan rumah, makanan malah ikan kering. Huh....macam Tganu takde ikan kering!!!!! Hahaha....tapi ikan ni memang takde kat Tganu. Ikan nipis digoreng dimakan macam kerepok keping Trganu tu atau makan bersama nasi panas. Huh...sedap!

Bila dapat pindah balik Trganu, huh...lagi banyak barangan dibeli sepanjang enam bulan terakhir. Rasa cam nak angkut segala macam barangan yang ada di situ ( Pasar Rombengan - tmpt jual brgan2 spt hiasan rumah, batu2 permata n kain batik ). Dapat kontena free kan. Ahhh....org bujang. Banyak manalah barangannya pun kan. So inilah ms nya nak beli barang. Angkut tikar rotan 2,3 bidang, hiasan rumah berbagai2, batu2 permata ( masih banyak di rumah yg blum dibuat apa2 aksesori diri ), kain batik n kain pelikat. Huh...siap nak beli perabot kayu jati lagi. Tapi...masa dah suntuk baru teringin nak beli, maka tak dapat la apa yang diingini tu. Silapnya sbb tak teringin awal2 lagi. Ya la...org bujang manala nak fikir2 tentang perabot2 jati ni n rasa cam takde kepentingan nak beli. Lain la yg berkeluarga. Ni lah barangan utama mereka dari Tawau.Kang dah menyesal sekarang. Huhuhuhu.....

Oh....Tawau, aku merinduimu...............

p/s Ternampak satu makanan Tawau, Ampelang ada kat Kg Pandan. Dulu masa ngandungkan Hannah, kawanku pos dari Tawau sbb teringin nak makan!

Saturday, March 5, 2011

Pameran Kraf Kebangsaan

Dah lama tak outing bersama keluarga tersayang. Asyik g skola je setiap kali munculnya hari Sabtu. Bila Sabtu dah seharian di skola, Ahad tu malas la nak ke mana2. Rumah seminggu tak bersapu tu kena la jugak jeling2 sikit. So segala kerja rumah tertunggak, maka qadhanya hari Ahad la.....

Setelah sekian lama tak cuti 2 hari cam org lain, terasa begitu berharganya cuti hari Sabtu. So keluar la kami kali ni dan kebetulannya ada pameran kraf. Maka, sbg salah satu aktiviti tahunan kami, so menapak la kami ke sana. Hahaha...Imaan mesti la ikut!

Sebelum layan gambar2 kat sana, aku post gambar Imaan yang telah berusia 3 bulan....

Haaa....bulat mata pandang kamera

Ni lagiiiiiiiiiiiiiiii....

Hannah posing dgn rangka kereta lembu

Sarah pun nak jointtttt

Agak2nya tgh berfikir cam ne la kereta ni bergerak....

Ni mesti naik....buaian cantik menyambut kedatangan pengunjung

Hahaha...tak leh larinya dgn brooch. Tahun lepas pun beli brooch gak. Nampak ada design lain, ha...rembat la 4 set.

Hishhh...klu tak sentuh tak sah!

First time bergambar bersama 3 puteri

Ralit tgk pisau ni.. Cantik. klu abah aku tgk, mesti beli nih!

Cuba teka apa dlm sarung panjang mcm buluh ni? Haaaa.....parang!

Ni pun menarik perhatian Hannah dan Sarah

Ada gak singa nih! time jiran jemput lion dancers ms CNY, Hannah n Sarah selalu takut. Bunyi bising alat muzik mrk tu buat mrk takut. Kali ni cool je sbb xde muzik!

Cantik kerusi kayu ni. Kalau ada laman yg luas, sudah tentu ada kerusi2 kayu kami borong. Cantik gua cakap lu....

Hahaha...Hannah dan Sarah ingatkan bekas congkak ni tempat duduk. Huh.....daratnya ( perkataan org Tganu - maksudnya cam tak pernah jumpa benda2 ni. Betulker maksudnya nih??? sori tak tahu perkataan yg sesuai nak menerangkan perkataan ni )

Muka penat

Haaa....dah buat macam kat rumah dah......

Pantang jumpa kerusi mesti nak duduk. Tapi....mmg cantik kerusi2nya.

Ni benda apa ntah si Hannah duk pegang


Puas meround, berhenti isi tekak yg kering. Serasa aku, pameran kali ni tak sehebat tahun lepas dan dua tahun lepas. Sbb tak sebanyak booth tahun2 sebelumnya. Jalan pun tak penat. Dulu khemahnya sampai E @ F. Kali ni cam tiga khemah besar je. Nape yek???

Balik rumah keriangan bersambung lagi....tgk gbr2 Hannah posing dgn crown yg dia beli semalam kat pasar malam. Terikut2 dgn citer Tangled la tu...


p/s - yg dibeli cuma brooch, bekas seramik nak isi garam gula kunyit, bahulu dan sebatang rotan.Rotan tu sekadar alat utk menakutkan budak2 ni, bukan nak mendera yek....